DELIMa KPM : ID, Password, Log Masuk & Cara Guna
Portal DELIMa KPM merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia.
Portal Delima KPM merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.
Aplikasi DELIMa KPM merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pelajar, di mana ia boleh diakses menggunakan akaun Google sedia ada.
Anda Mungkin Berminat, Carian Tertinggi Di Google
- Cara Memohon STR 2024
- Cara Semakan Permohonan STR 2024
- Contoh Kertas Kerja
- Surat Permohonan Kerja Kosong. Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Syarat Permohonan STR 2024
- RAYUAN STR: Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula
- Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024
- Contoh Surat Rasmi
- Biasiswa Sekolah Menengah
- Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
- Biasiswa Kecil Persekutuan 2024: Cara Permohonan BKP Online
ID DELIMa KPM & Password
Setiap pelajar dan guru akan diberikan satu ID Delima KPM yang akan membolehkan mereka mengakses semua kemudahan ini secara percuma.
Untuk maklumat lanjut tentang ID dan Password Pelajar/Guru atau masalah terlupa kata laluan dan sebagainya, sila rujuk dengan pihak admin sekolah masing-masing.
DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak paling asas bagi platform pembelajaran maya ini.
Id guru bermula dengan huruf ‘g-‘
Manakala id murid bermula huruf ‘m-‘.
Sila hubungi guru ict atau guru data sekolah masing-masing untuk mendapatkan ID DELIMa KPM.
Anda hanya perlu ke … (sila ke link di bawah)
https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
Fokus kepada cara mengunakan quizizz.com, satu aplikasi yang tersedia di dalam DELIMa KPM ini.
Gunakan id google classroom yang KPM bagi untuk masuk ke portal DELIMa.
Akaun SSPN kini boleh dibuka secara atas talian klik: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i PLUS Untuk Anak Online
Cara Login Portal DELIMa
Sebelum login Portal DELIMa ini, para guru dan pelajar perlu mendapatkan ID dan kata laluan yang dibekalkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan mereka mengakses portal ini.
Untuk mengakses Portal DELIMa, para guru dan murid boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari Portal Delima KPM https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
- Klik butang ‘Log Masuk.’
- Masukkan ID dan kata laluan yang diberikan oleh pihak sekolah.
- Klik butang ‘Login.’
- Kemudian, pilih menu Pelajar, Guru atau Sekolah.
- Guru dan pelajar boleh memilih aplikasi dan fungsi yang boleh digunakan oleh pengajaran dan pembelajaran.
Untuk lebih detail mengenai cara login klik: Cara Guna DELIMa
Pelbagai Aplikasi Dalam Portal DELIMa KPM
Tak ramai yang tahu ada banyak function/apps menarik dalam Portal DELIMa KPM antaranya:
- Digital Textbook
- Microsoft Office 365 (Word, Excel, Power Point etc)- Free untuk semua murid/guru
- Canva
- Padlet
- Wolfram Alpha
- Semua Google services – Earth, Translate, etc.7. MINECRAFT EDUCATION EDITION
Untuk lain-lain bantuan pendidikan anda boleh baca: Aplikasi Pengurusan Bantuan KPM
Baca Juga: Permohonan Bantuan JKM Online
Tatacara Mengakses Bahan Delima KPM:
Di sini dikongsikan cara akses bahan DELIMa KPM dan fokus adalah tentang cara buat kuiz menggunakan portal ini.
1. Log masuk laman sesawang DELIMa di https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
2. Klik Log Masuk DELIMa KPM.
3. Klik Murid atau Guru.
4. Pada Menu Guru Delima KPM terdapat pilihan seperti berikut:
a. Buku Teks Digital.
b. Aktiviti.
c. Aplikasi.
d. Pusat Sumber.
e. Ruang Ilmu.
f. Sumber Rujukan PdP.
g. Maklum Balas.
Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online
5. Klik Aplikasi.
6. Pada Menu Aplikasi DELIMa KPM terdapat pilihan seperti berikut:
a. Padlet.
b. Blendspace.
c. Edpuzzle.
d. Plickers.
e. WolframAlpha.
f. Quizizz.
g. Kahoot.
h. Wakelet.
i. Tinkercad.
j. Canva.
8. Klik Quizizz.
Baca Juga: Inisiatif Cerdik.org: Semak Kelayakan Bantuan Peranti / Laptop Pelajar B40
9. Pada menu ‘atas sebelah kanan’ ada perkataan Log in. Klik login.
10. Klik ‘Log in with Gmail‘.
11. Log masuk dengan Google. Pilih akaun untuk meneruskan ke Quizizz.
12. Klik pada carian ‘Seach for quizizzes on any topic‘. Masukkan (taip) mata pelajaran, tajuk atau sub tajuk dengan kombinasi tingkatan atau darjah.
Contoh, ‘Sains (subjek) Struktur, Fungsi dan Organisasi (tajuk) tingkatan 1 (tingkatan)’.
Taip di carian seperti ini ‘Sains Struktur, Fungsi dan Organisasi tingkatan 1‘.
Atau boleh taip seperti ini, ‘Sains bab 2 tingkatan 1‘.
13. Pilih set soalan kuiz yang bersesuaian, dan klik Save.
14. Masukkan (taip) Tajuk folder pada ruangan ‘Create a new collection‘. Klik ‘Create/ Done‘.
Contoh, ‘Sains T1‘. Klik ‘Create/ Done‘.
Baca Juga: Daftar Prasekolah Online
15. Pada menu di sebelah kiri klik ‘My Library‘ DELIMa KPM. Ada soalan-soalan kuiz yang sudah disimpan dan soalan itu menjadi milik cikgu.
16. Bagaimana ingin menyediakan soalan sama seperti yang guru lain gunakan tanpa mengubah soalan untuk diberi kepada murid.
Jawapan:
- Jika nak beri tugasan secara live iaitu bermain sambil belajar bersama-sama murid, maka boleh klik ‘Start a live quiz‘.
- Jika nak beri tugasan untuk dijawab sekarang atau kemudian kepada murid, maka boleh klik ‘Assign homework‘.
Baca Juga: Cara Mohon Bantuan OKU: Mohon Melalui jkm.gov.my
Sambungan
17. Bagaimana ingin mengubah suai soalan yang telah tersedia oleh guru lain.
Jawapan:
- Klik ‘edit‘. Masukkan atau gabungkan beberapa set soalan sama ada ‘copy and paste‘ atau ditaip semula dari buku rujukan.
- Klik ‘New tab‘ untuk memilih soalan dan jawapan. Sila ‘scroll down‘ kemudian ‘copy and paste‘ soalan-soalan dan jawapan yang sudah tersedia untuk cikgu lain untuk ‘re-create’ (buat semula) set soalan dengan klik Create dan pilih sama ada Quiz atau Lesson.
18. Apa kelebihan Quizizz DELIMa KPM ini?
Jawapan:
- Banyak soalan kuiz yang sudah dikongsikan oleh guru lain. Boleh guna terus.
- Boleh analisis keupayaan murid dalam fasa penilaian pdpc atau pdpr. Caranya klik ‘Reports‘ pada menu sebelah kiri DELIMa KPM.
Baca Juga: Bonus Tabung Haji: Tarikh Pengumuman & Kadar Dividen
19. Tugasan guru-guru ialah membina set soalan pertama untuk dijawab oleh murid-murid. Caranya ialah:
a. cari set soalan yang dikehendaki (ikuti langkah 12 hingga 15).
b. Beri tugasan untuk dijawab kepada murid, klik ‘Assign homework‘.
c. Ubah ‘setting deadline‘ dan lain-lain seperti yang dikehendaki.
d. Klik ‘continue‘.
e. Klik ‘Share a link‘.
f. Klik ‘Copy link‘.
g. ‘Paste link‘ tadi di group wasap kelas dan minta pelajar jawab. Sebelum itu cikgu boleh cuba link dan bimbing murid untuk masukkan nama sebenar dan jawab soalan.
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Baca Juga: Cara Kemaskini Maklumat APDM
Masalah & Soalan Lazim Pengguna DELIMa KPM
1.Isu Akaun Admin Saya adalah guru admin Google Saya terlupa password baru untuk akaun admin sekolah Bagaimana untuk reset password akaun admin Delima KPM?
- sekolah Jawapan Akaun sekolah boleh direset melalui JPN atau PPD Manakala akaun guru dan murid boleh direset melalui akaun admin sekolah
2.Isu Akaun Admin Saya ingin reset password bagi admin sekolah tetapi saya tidak jumpa butang reset password untuk PPD dan JPN.
- Jawapan Admin JPN dan PPD boleh reset akaun sekolah melalui skrin yang disediakan di menu JPN PPD Pilihan 2 Userid password
3. Isu Akaun Pengguna Bagaimana untuk dapatkan ID dan password bagi murid baru masuk ke sekolah?
- Jawapan Id dan password bagi guru murid baru akan dijana melalui data APDM 2 kali sebulan Jadual waktu akan di sediakan dalam masa terdekat
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
4. Isu Akaun Pengguna Apakah tindakan admin di peringkat sekolah jika terdapat guru atau murid yang berpindah?
- Jawapan Akaun guru dan murid yang berpindah dikemaskini secara automatik setiap 2 minggu melalui data APDM Eoperasi Opsyen bagi Sekolah Admin sekolah boleh memastikan salinan kandungan online guru telah diserahkan backup untuk kegunaaan sekolah dan apa apa kandungan sekolah boleh di unshare Ini adalah sebagai langkah offboarding untuk memastikan kandungan online kepunyaan sekolah dijaga dan boleh digunakan lagi
5.Isu Akaun Pengguna Akaun murid ID dan password tiada dalam Google Drive Apakah tindakan yang perlu saya lakukan?
- Jawapan Id dan password bagi guru murid baru akan dijana melalui data APDM 2 kali sebulan Jadual waktu akan di sediakan dalam masa terdekat. Jika dalam waktu sebulan tiada butiran akaun di google drive sila buat laporan melalui Ikon Meja Bantuan
6.Isu Akaun Pengguna Bagaimana untuk create ID sementara?
- Jawapan Fungsi id creation tidak diberikan untuk kepada admin JPN PPD Sekolah untuk Fasa ini Id Guru Murid akan dijana secara automatik dari data sistem KPM Ini adalah untuk mengurangkan beban sekolah dan guru juga bagi memastikan tiada penyalahgunaan DELIMa KPM. Akan tetapi cadangan boleh diterima untuk fungsi fungsi yang diperlukan dengan justifikasi untuk Fasa yang akan datang Sila hantar cadangan anda melalui ikon Meja Bantuan di menu portal anda
Penting perlu tahu dan kongsi: Kira Fidyah Puasa: Cara Kira Fidyah Puasa
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja :Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Bagi sebarang masalah atau ingin mengemukakan pertanyaan lanjut mengenai Portal DELIMa KPM, sila hubungi pihak sekolah atau guru penyelaras yang menguruskan portal ini.
atau layari
Link Portal Delima KPM: https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang DELIMa KPM ini dapat membantu anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com