Jawatan Kosong Guru DG41:Cara Mohon Online/Guna APPS & Semakan Permohonan
Permohonan jawatan kosong guru gred DG41 akan dibuka untuk permohonan. Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa mereka yang layak untuk mengisi jawatan kosong guru gred DG41 yang mempunyai kekosongan sebanyak 18,702 jawatan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan satu sidang media berkenaan jawatan kosong guru gred DG41 dan pengambilan khas Guru secara one-off.
Pengambilan jawatan kosong guru DG41 ini dilakukan secara one-off yang melibatkan jawatan kosong guru gred DG41 kekosongan jawatan sebanyak 18,7022.
Kekosongan jawatan kosong guru gred DG41 ini adalah bagi Pegawai Perkhdimatan Pendidikan Gred DG41.
Baca Juga:E-Lembaga Peperiksaan:Permohonan Salinan Sijil Peperiksaan & Semak Semula Status Exam
Baca Juga:Login SPLKPM Modul Individu:Cara Login Sistem Pengurusan Latihan KPM Guru
Kenyataan Media KPM Jawatan Kosong Guru DG41
PENGAMBILAN GURU DG41 MULAI 7 JULAI 2021
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan akan mengambil 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 secara ‘one off’ untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini khususnya membabitkan negeri dan mata pelajaran tertentu.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihaknya akan mengeluarkan iklan tawaran pada 7 Julai ini dan penempatan secara berperingkat akan dibuat bermula Oktober.
Beliau menjelaskan, ia merupakan pengambilan guru yang paling terbesar untuk setakat ini.
“Dalam memastikan ia menjadi kenyataan, insya-Allah Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan perancangan ia lebih teratur dengan pendekatan baharu dibuat kementerian bersama SPP dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
“Pengambilan ini bertujuan untuk mengurangkan jurang kekurangan guru dan mata pelajaran yang menghadapi masalah kekurangan guru,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Bagi yang ingin membuat permohonan, sila buat pendaftaran melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), iaitu badan yang bertanggungjawab membuat pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran seperti guru dan pensyarah.
Permohonan Jawatan Kosong Guru DG41 One-Off Online
Iklan dan permohonan ini akan mula dibuuka pada 7 Julai 2021. Di mana permohonan ini boleh dilakukan secara atas talian.
Penempatan pula akan diadakan secara berperingkat bermula pada bulan Oktober 2021.
Baca Juga:Cara Kemaskini Maklumat APDM:Cara Kemaskini Maklumat Murid Oleh Guru/Admin
Baca Juga: Daftar Prasekolah Online 2022
Senarai Jawatan Kosong Guru DG41 Mengikut Mata Pelajaran
Jawatan kosong guru DG41 mengikut kekosongan mata pelajaran adalah seperti berikut:
Sekolah Rendah
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Agama Islam
- Teknologi Maklumat & Komunikasi
Sekolah Menengah
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Agama islam
- Reka Bentuk & Teknologi
Baca juga: ISMP 2021: Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Untuk Guru-Guru sila baca: Cara Login&Semak Kenaikan Pangkat KPM
Kekosongan Jawatan Guru Mengikut Negeri
Sementara itu, negeri dengan jumlah jawatan kosong guru DG41 tertinggi bagi tahun terkini 2021 adalah:
- Sabah
- Sarawak
- Johor
- Selangor
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Cara Pendaftaran mySPP (Pengguna Baharu)
Ikuti langkah berikut untuk mendaftar sistem mySPP bagi pengguna kali pertama:
- Layari Portal mySPP
- Klik butang ‘DAFTAR AKAUN BAHARU’ bagi mendaftar MyID (boleh dilakukan sekali sahaja)
- Paparan skrin Daftar Akaun Baharu akan ditunjukkan dan isikan semua maklumat yang diperlukan lalu klik butang ‘Daftar’
- Jika pendaftaran mendapat ralat, semak semula medan yang dinyatakan seperti berikut:
- Mesej: Kata Laluan dan Sahkan Kata Laluan Tidak Sama
Tindakan: Pastikan medan kata laluan dan medan sahkan kata laluan yang dimasukkan sama
- Mesej: Kod Keselamatan Salah
Tindakan: Pastikan kod yang betul dimasukkan kerana kod adalah case-sensitive
- Mesej: Maaf! No K/P atau nama tidak tepat. Sila masukkan No K/P dan nama seperti yang tertera di Kad Pengenalan
Tindakan: Nombor kad pengenalan dan nama mestilah sama seperti yang terdapat di dalam kad pengenalan
- Mesej: Maaf pendaftaran tidak berjaya. Sila hubungi Hotline SPP atau SISPAA-SPP
Tindakan: Pemohon bukan warganegara atau Pemastautin Tetap atau telah meninggal dunia atau maklumat tidak sah oleh JPN
- Mesej: Tahniah! Pendaftaran Berjaya!
Tindakan: Anda boleh terus log masuk ke mySPP menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan.
Baca Juga:Permohonan PPC 2021:Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam
Baca Juga:eBelia PEMERKASA: Semakan & Penebusan RM150 Kredit eWallet
Cara Mengisi Permohonan Jawatan mySPP
Pemohon jawatan kosong guru DG41 boleh mengisi mySPP namun dinasihatkan membaca Maklumat Jawatan terlebih dahulu untuk mengelakkan jawatan yang dimohon tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki. Langkah Permohonan Jawatan mySPP adalah seperti berikut:
- Log Masuk ke mySPP
- Isikan maklumat yang ditandakan dengan bintang berwarna merah (*) di Maklumat Pemohon (maklumat secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan pemohon semasa proses daftar akaun baharu)
- Klik butang ‘SIMPAN’ setelah semua maklumat lengkap diisikan
- Isikan maklumat akademik mengikut tahap akademik yang diperolehi dan klik butang ‘SIMPAN’
- Isikan Maklumat Tambahan sekiranya ada dan klik butang ‘SIMPAN’. Jika tiada klik butang ‘Tiada Maklumat Tambahan’
- Seterusnya klik menu JAWATAN DIMOHON dan sub-menu ‘Jawatan SPP’ serta sub-menu ‘Jawatan PDRM/lain’ akan dipaparkan.
- Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang Jawatan Yang Dipohon
- Permohonan mySPP 2Nota: Jawatan yang boleh dimohon bergantung kepada Maklumat Akademik pemohon justeru pastikan maklumat dimasukkan adalah betul
- Untuk membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, pilih jawatan tersebut di ruang Jawatan Yang Dipohon dan klik butang <<
- Seterusnya pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan
- Klik butang ‘SIMPAN’ bagi menyimpan maklumat yang telah diisi
- Nota: Pemohon boleh memohon seberapa banyak jawatan yang ditawarkan namun hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki
- Pastikan permohonan dihantar dengan klik pautan Pengakuan Pemohon, klik petak Saya setuju dan tanda ✓ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan
- Jika telah berpuas hati dengan maklumat yang diisi, klik butang ‘HANTAR’ dan sekiranya tidak berbuat demikian permohonan tidak akan diproses
Baca Juga: Wang Tidak Dituntut eGumis:Cara Semak WTD 2021 (https://egumis.anm.gov.my/)
Baca Juga: Biasiswa MyBrain SC 2021:Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama
Semakan Keputusan Permohonan Jawatan mySPP
Pengguna yang telah membuat permohonan jawatan di sistem mySPP boleh membuat semakan status permohonan seperti cara berikut:
- Log Masuk Portal mySPP seperti pautan di atas
- Klik pautan ‘Semakan Permohonan’ dan status permohonan setiap jawatan akan dipaparkan
- Permohonan mySPP 4
- Beberapa jenis paparan akan dipaparkan contohnya seperti berikut:
- Mesej: Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan
Maksud: Tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar
- Mesej: Tidak Melepasi Syarat-Syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya
Tindakan: Pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian
NOTA: Tempoh sah laku permohonan jawatan kosong guru DG41 adalah (1 tahun) daripada tarikh pendaftaran jawatan tersebut. Ianya boleh dilihat di paparan skrin status permohonan.
Baca Juga:Pendaftaran Vaksin Covid-19:Cara Datar Penerimaan Vaksin Melalui Aplikasi MySejahtera
Muat Turun Aplikasi myMobile SPP
Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi myMobile SPP ke telefon pintar seperti berikut:
Baca Juga:Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA 2021
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Bagi pertanyaan atau aduan selain daripada jawatan kosong guru DG41 yang dinyatakan di atas, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP mulai tarikh jawatan dibuka iaitu 7 Julai 2021.
https://spp.spab.gov.my/eApps/system/index.do
Sebarang pertanyaan tentang jawatan kosong guru DG41 boleh hubungi Hotline mySPP seperti berikut:
Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang jawatan kosong guru DG41 ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk mengisi jawatan kosong guru ini melalui mySPP. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com