Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT / Bantuan Persediaan IPT MAIWP

Bantuan Am Pelajaran MAIWP / Bantuan IPT MAIWP / Bantuan Persediaan IPT MAIWP kini dibuka untuk membantu pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Berikut adalah syarat permohonan dan kelayakan.
Isi Kandungan:
-Apakah Bantuan IPT MAIWP?
-Syarat Kelayakan
-Dokumen Yang Diperlukan
-Cara Permohonan
-Maklumat Lanjut Tentang Bantuan IPT MAIWP
Baca juga
- Bantuan Inisiatif Belia Berniaga RM15000
- Tarikh Bayaran Bonus Kerajaan 2021
- Pengumuman Tarikh Bayaran Fasa Ke-2BPN 2.0
- Skim Pinjaman Komputer Pelajar SKIP MARA
- Kemaskini Amaun Permohonan i-Sinar Tersilap Mohon
- Cara Memohon i-Sinar Kategori 2
- Muat Turu Buku Teks Digital KPM
Apakah Bantuan IPT MAIWP?
Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab boleh memohon pelbagai Skim Bantuan Zakat Oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Baca di https://www.maiwp.gov.my/i
Antaranya orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi.
Terdapat dua syarat iaitu syarat umum dan khusus untuk memohon Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP ini.
Sila rujuk syarat kelayakan di bawah:
Syarat Kelayakan
Syarat Umum
1-Beragama Islam
2-Warganegara Malaysia
3-Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
4-Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah rujuk (kira kelayakan had al-Kifayah)
Syarat Khusus
1-Pengajian Sepenuh Masa / Separuh Masa
2-Peringkat pengajian Sijil sehingga PhD
3-Bidang pengajian diiktiraf oleh MQA dan Kursus yang boleh dibantu (tidak termasuk Kursus Profesional)
4-Permohonan setahun sekali mengikut tempoh pengajian
5-Tempoh pengajian 6 bulan ke atas
6-Bagi bekas pelajar di bawah institusi bawah MAIWP perlu melampirkan surat pengesahan
7-Borang permohonan dan senarai semak borang bantuan sila rujuk laman web MAIWP atau Pusat Agihan Zakat yang berdekatan
Dokumen Yang Diperlukan
Untuk membuat permohonan, berikut adalah dokumen yang diperlukan:
1-Borang permohonan
2-Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
3-Satu salinan kad pengenalan:
●Pemohon
●Suami
●Isteri
●Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
4-Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
●*Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung*
5-Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
6-Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
7-Satu surat pengesahan pengajian di IPT dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar / Jabatan Penuntut Malaysia ASAL
8-Satu surat penajaan IPT samaada mendapat pinjaman / tajaan atau tidak dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar / Unit Biasiswa dan Kewangan IPT / Jabatan Bendari / Jabatan Penuntut Malaysia (ASAL)
9-Satu salinan pengiktirafan pengajian Jabatan Perkhidmatan Awan / Lembaga Akreditasi Negara / Agensi Kelayakan Malaysia dari Jabatan Akademik Pelajar ( bagi semua IPTS dan IPTA yang mengiktiraf kos professional dan eksekutif sahaja)
10-Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
11-Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan seperti di bawah.
Keluarga bercerai. | Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini. |
Ahli keluarga telah meninggal dunia. | Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri. |
Saudara baru. | Satu salinan kad memeluk Islam. |
Orang Kelainan Upaya. | Salinan kad orang kelainan upaya (OKU). |
Pengidap sakit kronik. | Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja. |
Sedang mengikuti pengajian di IPT. | Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar. |
Keluarga bermasalah. | Satu salinan laporan polis/ surat penjara. |
Muflis. | Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi. |
Cara Memohon
●Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP
●Sila rujuk senarai kaunter Pusat Agihan Zakat MAIWP di sini
Maklumat Lanjut Tentang Bantuan IPT MAIWP
Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan IPT MAIWP boleh hubungi mereka seperti di bawah:
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,Aras G,1,20,22,
Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh, 51200
Kuala Lumpur
Telefon: 03- 4047 9444 / Faks: 03- 4044 9444
3 thoughts on “Bantuan Am Pelajaran MAIWP – Cara Memohon”