BPR Isi Rumah 2021:Semakan, Permohonan Baru & Kemaskini RM 500-RM1800
Untuk anda yang ingin memohon BPR Isi Rumah 2021, terdapat beberapa maklumat penting yang perlu diketahui berkaitan proses permohonan baru, syarat, semakan dan kemaskini.
Pada Belanjawan 2021 yang lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aiz telah mengumumkan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 bagi menggantikan Bantuan Sara Hidup sebelum ini.
Bagi isi rumah kategori yang berpendapatan RM2,500 ke bawah boleh mengemaskini dan membuat permohonan baru untuk bantuan prihatin rakyat ini.
Oleh yang demikian, anda perlu meneliti maklumat dan info ini sebelum membuat permohonan agar permohonan anda tidak menjadi masalah dalam sistem BPR.
Anda juga boleh memohon bantuan tanam semula RISDA klik di SINI.
Anda Mungkin Berminat, Carian Tertinggi Di Google
- Cara Memohon STR 2024
- Cara Semakan Permohonan STR 2024
- Contoh Kertas Kerja
- Surat Permohonan Kerja Kosong. Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Syarat Permohonan STR 2024
- RAYUAN STR: Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula
- Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024
- Contoh Surat Rasmi
- Biasiswa Sekolah Menengah
- Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
- Biasiswa Kecil Persekutuan 2024: Cara Permohonan BKP Online
Apa Itu BPR Isi Rumah 2021?
BPR Isi Rumah 2021 merupakan salah satu kategori Bantuan Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz.
BPR Isi Rumah 2021 bagi membantu isi rumah untuk kelangsungan hidup akibat kekangan semasa berikutan pendemik Covid-19 sekarang ini.
Bantuan Prihatin Rakyat sebelum ini ia dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH)
Permohonan Bantuan Yuran Taska RM 100 sebulan. Program Asuh Pintar 2021
Tarikh Permohonan Baru & Kemaskini BPR Isi Rumah 2021
Permohonan baharu dan kemaskini untuk BPR Isi Rumah 2021 boleh dibuat bermula 15 Januari 2021 – 15 Februari 2021.
Tempoh sebulan diberikan untuk pemohon baru mengemukakan permohonan serta mengemaskini permohonan BPR Isi Rumah 2021.
Syarat Permohonan Baru
Syarat permohonan bagi isi rumah yang ingin memohon adalah sebagaimana berikut:
Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
- Bujang [termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU)] berumur 60 tahun dan ke atas
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
Kelayakan Permohonan BPR Isi Rumah 2021
Pemohon perlulah memenuhi kelayakan mengikut kategori seperti berikut:
Isi Rumah
a) Pemohon
Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
b) Pasangan
Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
c) Anak (jika mempunyai anak)
Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
Had umur: (17 tahun dan ke bawah; atau 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta
Jika anda memenuhi syarat diatas anda layak memohon BPR Isi Rumah 2021.
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Jumlah Bayaran Yang Di Terima BPR Isi Rumah 2021
Jumlah yang akan diterima secara dua fasa:
Pembayaran Fasa Pertama adalah mulai penghujung Februari 2021 secara berperingkat.
Daftaf Kelahiran Online JPN di SINI
Cara Memohon BPR Isi Rumah 2021
Kemaskini dan Permohonan baharu boleh dibuat melalui tiga cara iaitu;
1.Secara dalam talian melalui https://bpr.hasil.gov.my
2.Borang Permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my atau melalui pautan berikut https://bpr.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPermohonanBPR2021(BK-01).pdf
Contoh Borang
Nak tahu cara Login Portal DELIMa KPM klik: Login Portal DELIMa KPM 2021
3.Hadir ke;
- Cawangan LHDNM
- Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan BPR.
Nak tahu menu menarik dalam DELIMA KPM 2021? Klik Menu Menarik Delima KPM
Tarikh Pembayaran Bagi Permohonan Baru
Jadual pembayaran adalah sebagaimana berikut:
Fasa 1
Penghujung Februari 2021
Fasa 2
September / Oktober 2021
* Nota: Jadual pembayaran adalah tertakluk kepada perubahan.
Soalan Lazim BPR (FAQ)
1.Bagaimanakah cara untuk saya menyemak status permohonan BPR 2021?
Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:
- Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
- Semakan secara Aplikasi Mobile BPR: Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
2.Sijil perkahwinan saya telah hilang, apakah dokumen sokongan yang boleh digunakan untuk pengesahan status perkahwinan?
Dokumen sokongan yang boleh digunakan sebagai pembuktian status perkahwinan:
- Kad nikah; atau
- Sijil Lahir Anak
Anda juga boleh baca Cara dan Tarikh Permohonan Pertukaran Guru 2021
3.Borang Permohonan BPR 2021 mengandungi 2 maklumat akaun bank yang perlu diisi iaitu pada Bahagian Pemohon dan Bahagian Pasangan. Jika saya lulus BPR 2021, bayaran BPR 2021 akan dibuat kepada saya atau pasangan saya?
Ruangan maklumat akaun bank diwujudkan bagi Pemohon dan Pasangan. Walau bagaimanapun, jika permohonan BPR 2021 diluluskan, mekanisme pembayaran adalah seperti berikut:
- Bayaran kepada pemohon sekiranya:
a) Pemohon melaporkan akaun bank dan status pembayaran BPR 2021 berjaya kredit.
b) Pemohon dan pasangan tidak melaporkan maklumat akaun bank
- Bayaran kepada Pasangan (lapor akaun bank) sekiranya:
a) Pemohon tidak melaporkan akaun bank
b) Pemohon melaporkan akaun bank tetapi status pembayaran BPR 2021 gagal kredit.
Baca Juga: Tarikh Keputusan EGTukar 2021: Tarikh penting Pertukaran Guru
Sambunag Soalan Lazim
4.Saya berkahwin di luar negara dan mempunyai sijil perkahwinan yang sah dari negara tersebut, adakah saya layak memohon BPR 2021 kategori isi rumah dan apakah dokumen yang diperlukan?
Tidak. Anda tidak layak memohon di bawah kategori isi rumah kecuali anda telah mendaftar perkahwinan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
Namun sekiranya anda mempunyai anak, anda layak memohon BPR 2021 dengan mengemukakan Sijil Lahir Anak yang berdaftar di JPN sebagai bukti perkahwinan.
5.Suami saya adalah penerima BSH 2020 dan BPN 2.0. Bolehkah saya menukar permohonan suami saya kepada permohonan saya?
Sekiranya Permohonan di portal BPR 2021 wujud atas nama suami anda, permohonan atas nama suami perlu dibatalkan terlebih dahulu dengan mengisi borang pembatalan (BK-05) dan dikemukakan ke cawangan LHDNM sebelum permohonan baharu BPR 2021 dibuat atas nama anda
6.Suami saya adalah penerima BSH 2020 dan telah meninggal dunia sebelum 15 Januari 2021. Adakah saya boleh membuat Permohonan Baharu BPR 2021?
Ya. Anda boleh membuat Permohonan Baharu BPR 2021 dengan status perkahwinan yang terkini.
Untuk Guru-Guru sila baca: Cara Login&Semak Kenaikan Pangkat KPM
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh mengikuti di laman rasmi media sosial Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia iaitu;
Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM
Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial
Sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
1-800-88-2747
Sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:
03-8882 4565
03-8882 4566
Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
03- 89111000
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang BPR Isi Rumah 2021 memudahkan anda dan semua pemohon berjaya insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com