Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah 2021:Cara Mohon, Kadar Bantuan & Semakan Status Kelayakan

Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah 2021:Cara Mohon, Kadar Bantuan & Semakan Status Kelayakan

Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah

Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah 2021 kini telah dibuka untuk permohonan.

Para pelajar yang layak dipelawa memohon Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah 2021 ini yang sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka.

Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah merupakan bantuan oleh Lembaga Zakat Kedah yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi.

Berikut dikongsikan maklumat bagi Bantuan Dermasiswa Lembaga Zakat Kedah 2021 khusus bagi pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan & Indonesia.

Bagi mereka yang ingin memohon bantuan dermasiswa zakat negeri Pulau Pinang Klik di SINI.

Baca Juga:Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA 2021

Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Dasar Agihan Zakat Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke Mesir Jordan & Indonesia

Dasar agihan Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah adalah seperti berikut:

  1. Dasar agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi skim bantuan Pendidikan di bawah peruntukan tahun 2021 yang telah diluluskan pada Mesyuarat Lembaga Zakat Negeri Kedah.
  2. Lembaga Zakat Negeri Kedah telah menyediakan bantuan pengajian kepada pelajar yang berkelayakan melanjutkan pelajaran ke Mesir, Jordan dan Indonesia.
  3. Bantuan ini hanya diberikan sekali bagi setiap tahun pengajian berdasarkan keputusan peperiksaan sesi pengajian tahun 2019/2020.
  4. Bantuan ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak.

Baca Juga: Jawatan Kosong RISDA:Permohonan Jawatan Kelayakan SPM&PMR

Syarat Bantuan Dermasiswa Kedah 2021 (Melanjutkan Pengajian Ke Mesir)

Syarat Bantuan Dermasiswa Kedah 2021 yang melanjutkan pelajaran ke Mesir adalah seperti berikut:

  1. Pemohon Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan / dermasiswa / biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan /
  4. institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah
  5. Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon.
  6. Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian dan berada di Pusat Bahasa.
  7. Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut:
    • Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar)
    • Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjaga
    • Surat akuan belajar Sesi 2020/2021 (Tasdiq) yang diterjemah oleh Pegawai Atase Pendidikan
    • Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2019/2020) yang diterjemahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan.
    • Salinan akaun bank pemohon
    • Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar)

Untuk jawatan kelayakan Diploma & Ijazah klik: Jawatan Kosong RISDA Kelulusan Diploma & Ijazah.

Syarat Bantuan Dermasiswa Kedah 2021 (Melanjutkan Pengajian Ke Jordan)

Syarat Bantuan Dermasiswa Kedah 2021 yang melanjutkan pelajaran ke Jordan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam
  2. Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan / dermasiswa / biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan / institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah.
  4. Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon
  5. Pemohon melanjutkan pengajian di peringkat IJAZAH PERTAMA SAHAJA
  6. Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian
  7. Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut :
    • Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar)
    • Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjaga
    • Surat akuan belajar Sesi 2020/2021 (Tasdiq) yang diterjemah daripada Majlis Persatuan Pelajar
    • Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2019/2020) daripada pihak Universiti atau yang diterjemah oleh Majlis Persatuan Pelajar
    • Salinan akaun bank pemohon
    • Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Majlis Persatuan Pelajar (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar )

Baca Juga:Permohonan PPC 2021:Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam

Syarat Bantuan Dermasiswa Kedah 2021 (Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia)

Syarat Bantuan Dermasiswa Kedah 2021 yang melanjutkan pelajaran ke Indonesia adalah seperti berikut:

  1. Pemohon Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan / dermasiswa / biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan /
  4. institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah.
  5. Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon
  6. Pemohon melanjutkan pengajian di peringkat IJAZAH PERTAMA SAHAJA
  7. Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian.
  8. Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut :
    • Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar)
    • Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjaga
    • Surat akuan belajar Sesi 2020/2021 daripada pihak Universiti atau daripada Majlis Persatuan Pelajar
    • Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2019/2020) daripada pihak Universiti atau daripada Majlis Persatuan Pelajar
    • Salinan akaun bank pemohon
    • Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Majlis Persatuan Pelajar (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar)

Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu

Kadar Bantuan Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah

Kadar Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah mengikut tempat melanjutkan pelajaran adalah seperti berikut:

Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah
Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah
Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah

Baca Juga: Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang 2021

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan 16 MAC 2021 SEHINGGA 31 MAC 2021.

Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah

Baca Juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Mudah Cepat Siap

Tatacara Permohonan

Pemohonan Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah boleh dilakukan secara atas talian (online) di laman web www.zakatkedah.com.my atau terus ke pautan berikut :

( Dermasiswa Mesir )

http://bit.ly/LZNKMESIR2021

( Dermasiswa Jordan )

http://bit.ly/LZNKJORDAN2021

( Dermasiswa Indonesia )

http://bit.ly/LZNKINDONESIA2021

Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah

Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021

Tatacara Permohonan Bergambar

Tatacara permohonan Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah secara atas talian bergambar adalah seperti berikut:

Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah

Baca Juga:Permohonan GrEP MARA 2021:PROGRAM GRADUAN CEMERLANG 2021

Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah

Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online 2021

Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah

Baca Juga: Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat tentang Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah lanjut sila rujuk pautan:

http://bit.ly/GarisPanduanDermasiswa

Sebarang persoalan boleh hubungi:

Atase Pendidikan Kedah ( bagi penuntut di Timur Tengah ) / Persatuan Pelajar Anak Kedah Mesir / Jordan / Indonesia

Bahagian Pendidikan

Aras 5, Menara Zakat, Jalan telok Wan Jah

05200 Alor Setar

No Tel : 1800-88-1740 / whatsapp : +60 19-910 6349

Baca juga: ISMP 2021: Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah memudahkan anda membuat permohonan insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment