Bantuan PEMERKASA PLUS PKP 3.0:Semak Kelayakan Moratorium B40&Golongan Terjejas

Bantuan PEMERKASA PLUS PKP 3.0:Semak Kelayakan Moratorium B40&Golongan Terjejas

Bantuan PEMERKASA PLUS diumumkan ekoran pelaksanaan PKP 3.0 di seluruh negara bermula 01 JUN 2021. Kerajaan berharap dengan adanya bantuan PEMERKASA PLUS ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang terjejas dengan pelaksanaan PKP 3.0 ini.

YAB Perdana Menteri telah pun mengumumkan ‘total lockdown’ melibatkan Fasa Pertama di seluruh Malaysia bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Susulan itu kerajaan mengumumkan pakej stimulus PEMERKASA PLUS bernilai RM40 bilion bagi rangsang ekonomi & bantu rakyat hadapi PKP 3.0.

B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi diberikan pilihan untuk mendapatkan moratorium automatik selama 3 bulan atau ansuran 50% selama tempoh 6 bulan.

Mereka yang berkenaan boleh menghubungi bank masing-masing untuk mengetahui proses selanjutnya.

Perkara ini boleh dirujuk di institusi perbankan mulai esok.

Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150

bantuan pemerkasa plus moratorium b40 dan golongan terjejas

Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.

Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.

Teks Ucapan Moratorium Automatik Bantuan PEMERKASA PLUS

Teks ucapan berkaitan Moratorium Automatik Bantuan PEMERKASA PLUS yang diumumkan YAB Perdana Menteri berada pada kenyataan No.19 & No. 20. Untuk lebih lanjut anda boleh menyemak teks ucapan seperti di bawah.

19. Sehubungan itu, hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM),industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium. Oleh itu, bagi semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, anda diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.

20. Inisiatif Bantuan PEMERKASA PLUS ini akan dilaksanakan segera pada bulan Jun yang dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga 30 bilion ringgit.  Insha-Allah, industri perbankan akan memberikan maklumat lebih terperinci berhubung perkara ini mulai esok. Saya berharap, pengumuman moratorium automatik ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada peminjam institusi perbankan. Para peminjam hanya perlu menghubungi bank masing-masing untuk mendapat manfaat bantuan ini.

teks ucapan bantuan pemerkasa plus oleh YAB Perdana Menteri

Terkini Kerajaan Sarawak:Bantuan BKSS 6.0: Senarai 15 Inisiatif & Bantuan Untuk Rakyat Sarawak

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Moratorium Automatik Bantuan PEMERKASA PLUS yang diumumkan YAB Perdana Menteri, anda boleh menghubungi https://www.bnm.gov.my/ atau anda boleh menghubungi bank pinjaman anda masing-masing.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Moratorium Automatik Bantuan PEMERKASA PLUS ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment