Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK
Biasiswa UniSHAMS di bawah Lembaga Zakat Negeri Kedah kini dibuka untuk permohonan bagi mereka yang layak. Pemohon yang layak dipelawa memohon biasiswa ini untuk dipertimbangkan permohonan tersebut.
TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN BIASISWA UNISHAMS, LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (UniSHAMS)
Kini dibuka kepada Pelajar Tahun 1 Kemasukan tahun 2021 !
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Biasiswa Pendidikan UniSHAMS Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.
Pautan Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024
- · RAYUAN STR: Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula
- · STR 2024: Sumbangan Tunai Rahmah
- · Penerima STR 2024
- · Syarat Permohonan STR 2024
- · Cara Memohon STR 2024
- · Cara Semakan Permohonan STR 2024
- · Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024
- · Tarikh Bayaran Fasa 2 STR 2024
- · Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 3
- · Bayaran STR 2024 Fasa 4
Apakah Biasiswa Pelajar UniSHAMS?
Biasiswa Pelajar UniSHAMS adalah merupakan tajaan pengajian kepada mahasiswa/i UniSHAMS iaitu sepanjang pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Bantuan ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak.
Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan
Kadar Bantuan & Kelebihan BIASISWA UniSHAMS
- Diploma (semua bidang pengajian) : RM 5,000.00 (semester), RM10,000 (setahun)
- Ijazah Sarjana Muda (semua bidang pengajian) : RM 6,000.00 (semester), RM12,000 (setahun)
Baca Juga:Tarikh Bayaran PTPTN :Semakan PTPTN Online
KELEBIHAN BIASISWA UniSHAMS LZNK
Antara kelebihan biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Terbuka bagi tahun 1 kemasukan tahun
- Tajaan penuh RM12, 000.00 setahun bagi Ijazah Sarjana Muda dan RM10,000.00 setahun bagi Diploma.
- Semua Kursus Pengajian di Peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS
- Pemantauan Mentor berkaitan akademik dan ko-kurikulum
Baca Juga:Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun :Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan
Syarat Kelayakan Biasiswa UniSHAMS
Syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini tebahagi kepada dua kategori iaitu pemohon diploma dan juga pemohon kategori ijazah sarjana muda. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa calon-calon berkelayakan untuk memohon Biasiswa Penuh Pendidikan (UniSHAMS) yang memenuhi syarat seperti maklumat berikut :
Diploma:
Bagi pengajian diploma syarat permohonan Biasiswa UniSHAMS adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah beragama Islam
- Pemohon sedang bermastautin / menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-kurangnya 2 tahun
- Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2021/22 (Intake Jun)
- Semua bidang pengajian Diploma di UniSHAMS
- Keputusan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 3B dan 3 Kredit serta kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
- Lulus ujian penempatan Bahasa Arab yang dianjurkan oleh UniSHAMS dan lulus ujian temuduga. (Diploma Tahfiz Wal Qiraat)
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi kemasukan UniSHAMS
- Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40)
Ijazah Sarjana Muda:
Bagi pengajian ijazah sarjana muda pula syarat permohonan biasiswa UniSHAMS adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah beragama Islam
- Pemohon sedang bermastautin / menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-sekurangnya 2 tahun.
- Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2021/22 (Intake Jun)
- Semua bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS
- Lulus Diploma/Matrikulasi/STPM/ASASI dalam bidang berkaitan dengan pencapaian sekurangnya CGPA 2.5 atau sekurang-kurangnya pangkat maqbul bagi lepasan STAM
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi UniSHAMS
- Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40)
Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank :Cara & Syarat Permohonan
Cara Memohon Biasiswa UniSHAMS LZNK
Cara membuat permohonan biasiswa UniSHAMS ini adalah seperti berikut:
- Sila layari Portal Biasiswa : biasiswa.zakatkedah.com.my
- Daftar ID Pengguna di portal Biasiswa tersebut.
- Pemohon WAJIB mengisi maklumat dengan lengkap dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Gambar pemohon berukuran passport
- Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau Penjaga
- Salinan Penyata Gaji / Pencen / Pengesahan Pendapatan
- Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran semua ahli keluarga dibawah tanggungan
- Salinan kelulusan pengajian (PT3/Percubaan SPM/ SPM/ Sijil/ Diploma/ Ijazah)
- Salinan Surat Tawaran atau Pengesahan Pengajian daripada IPT
- Permohonan diuruskan oleh Ibu Pejabat melalui Bahagian Pendidikan :
Bahagian Pendidikan
Lembaga Zakat Negeri Kedah
Menara Zakat
Jalan Teluk Wan Jah
05200, Alor Setar
Kedah Darul Aman.
Telefon : 047331740
Peringatan
*Setiap pemohonan biasiswa UniSHAMS dibuat secara online dan dokumen berkaitan perlu dilampirkan (attach/upload) masuk ke dalam sistem.
*Sila pastikan anda klik pada HANTAR PERMOHONAN setelah selesai mengisi profil permohonan untuk hantar permohonan
Bagi anda yang belum memohon pinjaman PTPTN anda boleh menyemak tatacara permohonan pinjaman PTPTN terlebih dahulu bagi memudahkan anda. Klik PERMOHONAN BARU PINJAMAN PTPTN
Tarikh Permohonan
Semakan tarikh permohonan biasiswa UniSHAMS dibuka dan tutup adalah seperti berikut:
- Tarikh permohonan DIBUKA dari 17 Mei 2021
- Tarikh tutup permohonan 06 Jun 2021.
Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Baca Juga:Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu :Semak kelayakan & Cara Memohon
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan biasiswa UniSHAMS atau perkara berkaitan Lembaga Zakat Negeri Kedah anda boleh hubungi LZNK di:
Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah
- 04-7331740
- Aras 5, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Alor Setar, Kedah
- Portal Biasiswa : biasiswa.zakatkedah.com.my
- Email : pendidikan@zakatkedah.com.my
- Facebook : Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman
- Info penuh: http://bit.ly/GarisPanduanUnishams
” Zakat Anda Merubah Asnaf “
Panjangkan makluman ini, untuk kebaikan anak-anak asnaf menyambung pengajian di Universiti Negeri Kedah
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Biasiswa UniSHAMS ini memudahkan anda untuk membuat permohonan insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com