Temujanji Online JPN: Cara Buat Temujanji di mytemujanji.jpn.gov.my

Temujanji Online JPN: Cara Buat Temujanji di mytemujanji.jpn.gov.my

Jika anda ingin melakukan urusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda harus membuat temujanji online JPN terlebih dahulu di mytemujanji.jpn.gov.my sebelum pergi ke pejabat JPN. Ini adalah kerana bagi mengelakkan kesesakan di kaunter memandangkan Malaysia masih lagi dalam wabak pandemik.

Izinkan kami berkongsi mengenai temujanji online JPN.

Baca Juga: MyKad Online:Cara Mohon Mykad Online Umur 12 Tahun

JPN juga memperkenalkan permohonan pendaftaran surat beranak online: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online boleh daftar kelahiran di pautan tersebut.

Temujanji Online JPN: Cara Buat Temujanji di mytemujanji.jpn.gov.my

Baca Juga: Permohonan TUDM 2021/2022:Syarat & Borang Pengambilan TUDM

Cara Buat Temujanji Online JPN Di mytemujanji.jpn.gov.my

Berikut adalah cara-cara untuk membuat temujanji online JPN:

  1. Layari mytemujanji.jpn.gov.my.
  2. Pilih MULA TEMPAHAN.
  3. Sila baca Terma dan  Syarat Permohonan Online Sistem MyJanjiTemu Jpn.
  4. Tick pada kotak Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan.
  5. Tekan Seterusnya.
  6. Pilih Negeri pilihan anda.
  7. Pilih Pejabat JPN.
  8. Pilih Perkhidmatan yang anda inginkan.
  9. Tekan SETERUSNYA.
  10. Anda dikehendaki untuk memilih tarikh untuk temujanji. Tarikh berwarna merah menandakan sudah penuh, sila pilih tarikh berwarna hitam.
  11. Tekan Semak.
  12. Sila pilih Masa untuk temujanji anda.
  13. Tekan SETERUSNYA.
  14. Masukkan Maklumat Anda yang diperlukan iaitu:
    • Nama
    • No Pengenalan Diri
    • Telefon
    • Email
  15. Tekan HANTAR.
  16. Slip Tempahan akan dipaparkan. Sila mencetak/memuatnaik/screenshot untuk dibawa ke pejabat JPN semasa temujanji anda nanti.

PERHATIAN

  • Tiada emel pengesahan akan dihantar oleh sistem temujanji online JPN.
  • Semakan tempahan boleh dibuat di laman utama Sistem temujanji online JPN MyJanjitemu.
  • Sebarang pertanyaan atau pembatalan temujanji, sila hubungi [email protected]

Selesai.

Baca Juga: E-Lembaga Peperiksaan:Permohonan Salinan Sijil Peperiksaan & Semak Semula Status Exam

Cara Semak Atau Batalkan Temujanji Di mytemujanji.jpn.gov.my

Setelah anda membuat temujanji online JPN, anda juga boleh menyemak temujanji anda. Berikut adalah cara-caranya:

  1. Layari temujanji online JPN di mytemujanji.jpn.gov.my.
  2. Pilih SEMAK/BATAL PERMOHONAN.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan iaitu:
    • No Pengenalan
    • No Telefon
    • Emel
  4. Tekan Semak/Batal Permohonan.
  5. Waktu temujanji anda akan dipaparkan.
  6. Anda boleh semak semula dan muat turun Slip Tempahan temujanji anda.
  7. Jika anda ingin membatalkan temujanji anda, tekan batal.

Jika anda ingin menukar tarikh temujanji anda, anda perlu membatalkan temujanji online JPN anda dan memohon semula temujanji online JPN untuk tarikh yang baru.

Baca Juga: Dermasiswa Lepasan SPM:Cara Memohon & Semakan Kelayakan Sesi 2021/2022

Perkhidmatan Kaunter Yang Ditawarkan JPN

Berikut ialah khidmat yang ditawarkan JPN:

  1. Daftar kelahiran anak.
  2. Mohon Kad Pengenalan.
  3. Mohon anak angkat.
  4. Mohon kahwin bukan Islam.
  5. Mohon cerai bukan Islam.
  6. Daftar kematian ahli keluarga.
  7. Mohon warganegara Malaysia.

Baca Juga: i-Citra KWSP:Permohonan Pengeluaran & Semakan Kelayakan

Senarai Cawangan JPN Yang Tidak Beroperasi

Sebelum memohon temujanji online JPN tarikh temujanji, pastikan cawangan JPN yang anda ingin pergi masih beroperasi. Berikut adalah cawangan JPN yang tidak beroperasi:

  1. JPN Cawangan PKD Johor (Kulai)
  2. JPN Pulau Tioman (pejabat JIM)
  3. JPN Cawangan Pelabuhan Klang
  4. JPN Seri Kembangan
  5. JPN Taman Melawati
  6. JPN Bandar Baru Kerteh
  7. JPN Cawangan PKD Terengganu (Al-Muktafi Billah Shah)
  8. JPN Seputeh
  9. JPN Taman Maluri
  10. JPN Cawangan Hospital Pakar Likas

Baca Juga: SPLKPM:Cara Login & Kemaskini Maklumat SPLKPM splkpm.moe.gov.my

Soalan Lazim

1. Bagaimana untuk membuat permohonan temujanji online JPN?

Layari mytemujanji.jpn.gov.my kemudian buat tempahan janjitemu.

2. Apakah perkhidmatan yang perlu dibuat janji temu?

Semua perkhidmatan urusniaga JPN.

3. Pejabat JPN yang boleh dipilih?

Pejabat JPN yang disenaraikan dalam pilihan sahaja.

4. Bagaimana jika telah mendapat janji temu pada hari tidak bekerja atau cuti umum?

Mohon semula janji temu baru. pilih tarikh mengikut waktu sebenar operasi Pejabat JPN.

  • ISNIN- JUMAAT: WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak)
  • AHAD- KHAMIS: Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu

5. Berapa lama tempoh mendapatkan tarikh janji temu?

Pemohon akan membuat pilihan tarikh janji temu sendiri melalui sistem tertakluk kepada kekosongan slot.

6. Apa perlu dibuat sekiranya terlepas tarikh janji temu?

Pemohonan tersebut terbatal. Perlu memohon janji temu baru.

7. Bolehkan tarikh janji temu diubah?

Tidak, pemohon perlu membuat janji temu baru.

8. Bila Sistem MyJanjiTemu mula digunakan?

4 Jun 2020 (TBC).

9. Maklumat apa yang mesti diisi oleh pemohon?

Semua medan adalah wajib di kunci masuk oleh pemohon.

10. Nombor untuk dihubungi sekiranya terdapat pertanyaan?

Teknikal : [email protected] Am: 03-8880 7077

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan sila layari: https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/#slider atau hubungi:

Tel: 03-8880 7077

Sila pastikan anda membaca dengan teliti terma dan syarat yang diberikan. Semoga perkongsian ini akan memudahkan urusan anda di JPN.

Bagi anda yang sudah buat permohonan MyKad dan ingin menyemak samada  status kad sudah diambil atau tidak, anda boleh ketahui cara semak status kad pengenalan anda di oskp.jpn.gov.my.

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Temujanji Online JPN ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

10 thoughts on “Temujanji Online JPN: Cara Buat Temujanji di mytemujanji.jpn.gov.my”

  1. Saya nk batal temujanji pd 2hr9 ni…sya tersilap tulis daerah bandar bharu…bandar bharu jauh sgt dr tmpt sya sungai petani…sya nk p yg terdekat ja…utc sungai petani kedah

    Reply
  2. Saya nak buat temujanji di JPN Bandar Baru Klang .
    Tuan bagi 3 Tarikh slod yang kosong.

    Reply
  3. Saya nak buat temujanji di JPN KualaSelangor. Tuan bagi 24 sept 21 tarik slod yang kosong

    Replay

    Reply
  4. Saya telah cuba berkali kali untuj buat temujanji online bagi JPN Perlis TETAPI GAGAL, MOHON JASA BAIK untuk temujanji pada 29 Sept atau 30 Sept ini.

    Reply
  5. Sy ada buat temujanji pada 29/12/21,sy ingin batalkan temujanji saya pada tarikh itu,tapi sy tak dapat batal kan dalam sistem temujanji..

    Reply
  6. Saya sudah temujanji pada 19/11/2021 , pada jam 2.50pm, saya ingin batalkan dan tukar tarikh 26/11/2021 , boleh kah ? Saya tak dapat batal kan dalam sistem temujanji , terima kasih

    Reply
  7. Sya nak batalkan temu janji pada 22/03/2022 bertempat Di JPN Daerah penampang Sabah pada jam 11

    Reply

Leave a Comment