iBita:Cara Mohon Online, Syarat & Semakan Permohonan Bantuan Pelajaran P.Pinang
Perhatian bagi bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA, IPTS atau Politeknik di seluruh Malaysia, anda boleh memohon bantuan iBita oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
iBita adalah sebuah sistem atas talian Sistem Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi atau iBita bagi anak-anak negeri tersebut bagi sesi kemasukan pengajian akan datang.
Matlamat pemberian bantuan iBita ini adalah untuk meringankan beban keluarga pelajar khususnya dalam kalangan keluarga B40 untuk menanggung kemasukan anak mereka ke IPT
Jumlah bantuan iBita yang diterima pelajar IPT yang layak menerusi bantuan ini adalah seperti berikut:
- Pelajar yang belajar di universiti dalam Semenanjung Malaysia: RM1,000.00
- Pelajar yang belajar di universiti Sabah dan Sarawak: RM1,200.00
- Pelajar yang belajar di Politeknik Malaysia: RM300.00.
Permohonan bantuan iBita ini hanya diberikan sekali seumur hidup sama ada permohonan dibuat bagi Pengajian Peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
Sekiranya pelajar telah diluluskan bantuan bagi pengajian peringkat Diploma, pelajar adalah tidak layak lagi memohon bantuan jika menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Untuk mengetahui biasiswa lain kerajaan Malaysia baca di:Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini 2021/2022 Malaysia.
Tarikh Permohonan Bantuan Pelajaran iBita
Permohonan bantuan iBita ini akan dibuka mulai 1 September sehingga 30 September 2021.
Baca Juga:Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK
Syarat-syarat Permohonan iBita Bantuan Pelajar Ke IPT
Syarat-syarat permohonan iBita Bantuan Pelajar ke IPT oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang (iBita) adalah seperti berikut:
- Pendapatan isi rumah (gaji pokok termasuk elaun tetap) tidak melebihi RM8,000.00.
- Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mesti merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
- Pelajar yang ditawarkan ke Program Sepenuh Masa sahaja yang layak memohon.
- Pelajar yang ditawarkan Program Luar Kampus, Program Pendidikan Jarak Jauh, Program Kejururawatan dan Program Asasi / Matrikulasi adalah tidak layak memohon.
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Senarai Nama IPT / Kolej Yang Boleh Memohon Bantuan
i. Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM)
- UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
- UNIVERSITI MALAYA (UM)
- UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
- UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
- UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
- UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
- UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
- UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
- UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
- UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
- UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
- UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
- UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
- UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UteM)
- UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
- UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
- UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
- UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
ii. Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
- UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)
- UNIVERSITI TERBUKA WAWASAN (WOU)
- UNIVERSITI AIMST (AIMST)
- KOLEJ UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (KTAR)
- KOLEJ UNIVERSITI KOMUNIKASI HAN CHIANG (KUKHC)
- MSU COLLEGE PENANG
iii. Politeknik
- POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR (PMKL)
- POLITEKNIK METRO KUANTAN (PMKU)
- POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU (PMJB)
- POLITEKNIK METRO BETONG (PMBS)
- POLITEKNIK METRO TASEK GELUGOR (PMTG)
- POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)
- POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)
- POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS)
- POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)
- POLITEKNIK TUN SYED NASIR ISMAIL (PTSN)
- POLITEKNIK BESUT (PBT)
- POLITEKNIK BAGAN DATUK (PBD)
- POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD)
- POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)
- POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS)
- POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)
- POLITEKNIK MELAKA (PMK)
- POLITEKNIK KUALA TERENGGANU (PKT)
- POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
- POLITEKNIK MERLIMAU (PMM)
- POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
- POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (PTSB)
- POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)
- POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)
- POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS)
- POLITEKNIK BALIK PULAU (PBU)
- POLITEKNIK JELI (PJK)
- POLITEKNIK NILAI (PNS)
- POLITEKNIK BANTING (PBS)
- POLITEKNIK MERSING (PMJ)
- POLITEKNIK HULU TERENGGANU (PHT)
- POLITEKNIK TAWAU (PTS)
- POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK)
- POLITEKNIK SANDAKAN (PSS)
- POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)
- POLITEKNIK MUKAH SARAWAK (PMU)
Baca Juga:Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan
Jumlah Bantuan Pelajaran
Jumlah bantuan iBita (berbentuk cek) akan diterima oleh pemohon adalah seperti nilai yang berikut:
- Universiti di Semenanjung = RM1,000.00 ;
- Universiti Sabah dan Sarawak = RM1,200.00
- Politeknik Malaysia = RM300.00
Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan
Cara Permohonan Bantuan iBita
Pemohon yang ingin memohon bantuan iBita boleh membuat permohonan melalui langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://ibita.penang.gov.my/
- Klik bahagian ‘Login Pemohon.’
- Isikan maklumat pada ‘Daftar Maklumat Akses Pemohon’
- Klik butang’ Setuju & Daftar.’
- Login dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
- Setelah selesai cetak borang permohonan tersebut.
- Hantar borang permohonan ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) bersama dokumen sokongan yang telah disahkan.
- Penghantaran borang permohonan boleh dilakukan sama ada oleh pemohon/ibu/bapa/penjaga/wakil.
Baca Juga:Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon
Senarai Dokumen Sokongan Permohonan Bantuan Pelajaran iBita
Senarai dokumen sokongan iBita perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan surat tawaran ke IPT.
- Slip bayaran yuran pendaftaran IPT.
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar.
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga.
- Salinan Penyata Gaji terbaru/Kad Persara/ borang pengesahan pendapatan Ibu/ Bapa/Penjaga. Mana-mana Ibu/Bapa/ Penjaga yang tiada pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Untuk pesara, penyata pencen wajib dikemukakan dan Salinan borang EA (penyata gaji tahunan) perlu dikemukakan sekiranya bekerja sendiri.
Semua dokumen sokongan iBita di atas perlu disahkan oleh Pegawai Daerah/Guru Besar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan/Pensyarah/Profesor/Pendaftar Universiti/Jaksa Pendamai/ Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Penghulu-Penghulu Kerajaan sahaja.
Baca Juga:Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
Semakan Kelulusan Permohonan Bantuan Pelajaran iBita
- Pemohon iBita boleh membuat semakan status permohonan selama 1 bulan selepas tarikh permohonan ditutup.
- Semakan kelulusan permohonan iBita boleh disemak melalui laman web https://ibita.penang.gov.my/.
Pemohon iBita juga boleh memuat turun Perkhidmatan Aplikasi Mudah Alih PgGOV iBITA di Google Playstore atau IOS untuk membuat semakan permohonan.*Semua dokumen sokongan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Daerah / Guru Besar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan / Pensyarah / Profesor / Pendaftar Universiti / Jaksa Pendamai / Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu-Penghulu Kerajaan sahaja.
NOTA:
- Kegagalan menghantar dokumen sokongan iBita selepas tarikh tutup penghantaran borang akan ditolak.
- Permohonan iBita bantuan ini hanya diberikan sekali seumur hidup sama ada permohonan dibuat bagi Pengajian Peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja. Sekiranya pelajar telah diluluskan bantuan bagi Pengajian Peringkat Diploma, pelajar adalah tidak layak lagi memohon bantuan jika menyambung pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda.
- Pemohon iBita boleh terdiri daripada pelajar, ibu, bapa, penjaga.
- Keputusan pemberian bantuan iBita adalah muktamad.
- Sebarang rayuan iBita tidak akan dipertimbangkan.
- Hanya 20 buah IPTA, 6 buah IPTS dan 36 buah Politeknik Malaysia seperti yang disenaraikan di atas sahaja yang layak memohon iBita.
Biasiswa My Brain SC untuk tahun 2021 juga telah dibuka untuk permohonan. MOHON DI SINI
Soalan Lazim
1.Berapakah jumlah bantuan iBita yang akan diterima?
Jumlah bantuan yang akan diterima adalah seperti berikut:
- Universiti di Semenanjung = RM1,000.00
- Universiti Sabah dan Sarawak = RM1,200.00
- Politeknik Malaysia = RM300.00
2.Siapakah yang boleh saya hubungi untuk pertanyaan lanjut mengenai permohonan iBita ini?
Anda boleh hubungi 04-8689424 atau 04-8689431/432
3.Kemanakah borang dan dokumen sokongan iBita perlu dihantar?
Ianya boleh dihantar ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan)
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut
Pemohon iBita boleh menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah yang memproses borang permohonan mengikut daerah masing-masing di portal IBITA:
1. Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya.
- E-mel: pdtdbd@penang.gov.my
- Telefon: 04-8689424 / 04-8689431/432
2. Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut Pulau Pinang.
- E-mel: pdtdtl@penang.gov.my
- Telefon: 04-6505533 / 04-6505528
3. Pejabat Daerah Dan Seberang Perai Utara. iBita
- E-mel: pdtspu@penang.gov.my
- Telefon: 04-5776505/ 04-5776515/ 04-5759963
4. Pejabat Daerah & Tanah,Seberang Perai Selatan. iBita
- E-mel: pdtsps@penang.gov.my
- Telefon: 04-5857814 / 04-5857821
5. Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah. iBita
- E-mel: pdtspt@penang.gov.my
- Telefon: 04-5488818 / 04-5488814
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang iBita ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
- PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
- PEMULIH Permohonan Baru GKP4.0:Permohonan Baharu & Bayaran RM1,000 Julai 2021
- i-Citra KWSP:Permohonan Pengeluaran & Semakan Kelayakan