Kenapa Tidak Lulus BKC (Kod Gagal BKC)
Antara alasan kenapa tidak lulus BKC Bantuan Khas Covid-19 yang menyebabkan duit BKC tidak masuk ke akaun mereka. Kerajaan mendengar keluhan segelintir rakyat yang resah apabila mengetahui pemberian Bantuan Khas Covid (BKC) kepada golongan B40 adalah berdasarkan data lulus BPR, memandangkan mereka masih berada dalam tempoh rayuan.
Kepada pemohon yang lulus rayuan dengan kelayakan sedia ada, mereka juga layak menerima BKC. Jika tidak layak (menerima BPR), kerajaan akan menggunakan kaedah silang data untuk semak dengan data percukaian dan jika memenuhi syarat M40, mereka juga tidak terkecuali untuk menerima bantuan BKC ini.
Kami akan kongsikan kepada anda beberapa alasan kenapa tidak lulus BKC. Ini dapat membantu menjawab persoalan anda sekiranya tidak layak menerima BKC tersebut.
Artikel Lain : BKC Fasa 1: Tarikh dan Jumlah Pembayaran September 2021
Senarai Alasan Kenapa Tidak Lulus BKC
Semakan kelayakan akan dibuat bagi penerima BKC berdasarkan data permohonan BPR 2021 dan juga percukaian yang dilaporkan. Pelbagai alasan kenapa tidak lulus BKC, Antara sebab tidak tersenarai sebagai penerima BKC adalah seperti berikut:
BIL. | ALASAN |
Data BPR 2021 | |
1 | Tiada maklumat pada permohonan BPR 2021 |
2 | Penerima BPR 2021 (Bujang dan Warga Emas Sebatang Kara) meninggal dunia |
3 | Permohonan BPR 2021 berstatus tidak layak |
4 | Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP |
5 | Bekerja / menetap di luar negara |
Data Percukaian | |
1 | Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP |
2 | Pendapatan cukai yang dilaporkan melebihi syarat kelayakan M40 |
3 | Tidak menghantar Borang Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020 |
4 | Pembayar cukai meninggal dunia |
5 | Bekerja / menetap di luar negara |
Baca Juga: Duit BKC:Semak Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19 TERKINI Bermula 6 September
Faktor Kenapa Tidak Lulus BKC
Selain alasan kenapa tidak lulus BKC, Kerajaan sedaya upaya memastikan mereka yang terkesan dengan pandemik ini dibantu menerusi pelbagai kaedah diberikan kerajaan, namun bantuan ini juga mesti mematuhi syarat ditetapkan. kenapa tidak lulus BKC
Pandemik yang tidak pernah berlaku di Malaysia sebelum ini, juga menyebabkan berlaku situasi mereka dalam kategori T20 berubah menjadi M40, sekali gus layak untuk menerima bantuan kerajaan, jika memenuhi syarat. kenapa tidak lulus BKC
Sehubungan itu, kerajaan sentiasa melaksanakan proses semak dan imbang untuk mengemas kini data bagi mengurangkan risiko mereka yang layak tercicir, mengambil kira bantuan diberikan adalah secara bersasar dan berperingkat.
Artikel lain: Tarikh Terkini Bayaran BKC:Bantuan Khas Covid-19
Jumlah Bayaran BKC Fasa 1 Mengikut Kategori
Jumlah Pembayaran bagi fasa-1 BKC ini pula adalah seperti berikut:
- Miskin tegar – RM500
- Warga emas sebatang kara – RM200
- Bujang miskin tegar / B40 – RM200
- B40 isi rumah- RM500
- M40 isi rumah – RM250
- Warga emas M40 – RM100
- Bujang M40 – RM100
Baca Juga: Bantuan Khas Covid-19 BKC:Cara Mohon, Syarat & Semakan Status Permohonan
Cara Pembayaran Duit BKC Jika Lulus
Kaedah pembayaran duit BKC fasa 1 adalah seperti berikut:
- Pembayaran akan dibuat terus dengan pemindahakn wang ke dalam akaun yang didaftarkan di bawah BPR/ BPN.
- Manakala bagi M40 pula pembayaran mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam urusan percukaian LHDN.
- Manakala bagi yang tiada no akaun, pembayaran melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
Baca Juga: Pendaftaran MUET Online 2021:Tarikh Peperiksaan MUET Terkini
Cara Permohonan Rayuan Jika Tidak Lulus BKC
Bagi mereka yang gagal kelulusan BKC sila buat rayuan melalui laman WEB BPR.
Atau hadir ke mana-mana cawangan LHDN untuk mengemukakan penyata prcukaian dan juga menyerahkan dokumen sokongan rayuan bantuan BKC ini.
Tarikh permohonan rayuan BKC akan kami kemaskini setelah mendapat maklumat rasmi dari pihak kerajaan.
Penerima BKC Secara Tunai Di BSN
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahukan supaya baucar tunai Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang disediakan Kementerian Kewangan sampai ke tangan penerima tanpa sebarang kelewatan.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata perdana menteri telah meminta supaya Kementerian Kewangan memastikan kelancaran proses pengagihan BKC khususnya bagi penerima yang berada di kawasan pedalaman, jauh daripada akses perbankan dan tidak memiliki akaun bank.
Menurut kenyataan itu berdasarkan data Kementerian Kewangan terdapat kira-kira 708,223 penerima BKC tidak mempunyai akaun bank.
“Justeru Perdana Menteri mahu baucar tunai yang disediakan Kementerian Kewangan sampai ke tangan penerima terlibat tanpa sebarang kelewatan,” menurutnya.
Soalan Lazim
1.Pasangan saya adalah penerima BPR 2021 tetapi telah meninggal dunia. Adakah permohonan pasangan saya masih layak untuk menerima BKC?
Sekiranya penerima BPR 2021 telah meninggal dunia, pembayaran BKC akan dibuat kepada pasangan yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021. Pembayaran adalah secara pengkreditan ke akaun pasangan yang telah dilaporkan atau secara tunai di BSN jika tidak melaporkan maklumat akaun bank. kenapa tidak lulus BKC
2.Permohonan BPR 2021 saya telah lulus dengan status Bujang tetapi saya telah membuat rayuan dengan status berkahwin, adakah saya layak menerima BKC sebagai isi rumah?
Sekiranya tuan ada membuat rayuan BPR 2021 dengan perubahan status kahwin, pembayaran BKC akan dibuat dengan klasifikasi (Isi Rumah / Bujang) yang terkini jika rayuan BPR 2021 berstatus lulus. kenapa tidak lulus BKC
3.Bilakah tarikh pembayaran BKC 2021?
Bermula 6 September 2021.
4.Siapakah yang layak menerima BKC?
Golongan miskin tegar, B40, M40, Bujang dan warga emas.
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut mengenai alasan kenapa tidak lulus BKC dan cara permohonan rayuan, sila layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/.
Makluman terkini mengenai jadual bayaran duit BKC Fasa 1 2021 akan dikemaskini lalui portal rasmi bpr.hasil.gov.my atau anda boleh tekan pada pautan BKC 2021
Untuk Maklumat lanjut berkenaan kenapa tidak lulus BKCanda boleh klik pautan ini : https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/pemulih-bkc
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang alasan kenapa tidak lulus BKC ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
- PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
- PEMULIH Permohonan Baru GKP4.0:Permohonan Baharu & Bayaran RM1,000 Julai 2021
- i-Citra KWSP:Permohonan Pengeluaran & Semakan Kelayakan