Kenapa Tidak Lulus BKC (Kod Gagal BKC)

Kenapa Tidak Lulus BKC (Kod Gagal BKC)

Kenapa Tidak Lulus BKC (Kod Gagal BKC)

Antara alasan kenapa tidak lulus BKC Bantuan Khas Covid-19 yang menyebabkan duit BKC tidak masuk ke akaun mereka. Kerajaan mendengar keluhan segelintir rakyat yang resah apabila mengetahui pemberian Bantuan Khas Covid (BKC) kepada golongan B40 adalah berdasarkan data lulus BPR, memandangkan mereka masih berada dalam tempoh rayuan.

Kepada pemohon yang lulus rayuan dengan kelayakan sedia ada, mereka juga layak menerima BKC. Jika tidak layak (menerima BPR), kerajaan akan menggunakan kaedah silang data untuk semak dengan data percukaian dan jika memenuhi syarat M40, mereka juga tidak terkecuali untuk menerima bantuan BKC ini.

Kami akan kongsikan kepada anda beberapa alasan kenapa tidak lulus BKC. Ini dapat membantu menjawab persoalan anda sekiranya tidak layak menerima BKC tersebut.

Kenapa Tidak Lulus BKC (Kod Gagal BKC)

Artikel Lain : BKC Fasa 1: Tarikh dan Jumlah Pembayaran September 2021

Senarai Alasan Kenapa Tidak Lulus BKC

Semakan kelayakan akan dibuat bagi penerima BKC berdasarkan data permohonan BPR 2021 dan juga percukaian yang dilaporkan. Pelbagai alasan kenapa tidak lulus BKC, Antara sebab tidak tersenarai sebagai penerima BKC adalah seperti berikut:

BIL.ALASAN
Data BPR 2021
1Tiada maklumat pada permohonan BPR 2021
2Penerima BPR 2021 (Bujang dan Warga Emas Sebatang Kara) meninggal dunia
3Permohonan BPR 2021 berstatus tidak layak
4Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP 
5Bekerja / menetap di luar negara  
Data Percukaian
1Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP 
2Pendapatan cukai yang dilaporkan melebihi syarat kelayakan M40 
3Tidak menghantar Borang Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020 
4Pembayar cukai meninggal dunia 
5Bekerja / menetap di luar negara

Baca Juga: Duit BKC:Semak Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19 TERKINI Bermula 6 September

Faktor Kenapa Tidak Lulus BKC

Selain alasan kenapa tidak lulus BKC, Kerajaan sedaya upaya memastikan mereka yang terkesan dengan pandemik ini dibantu menerusi pelbagai kaedah diberikan kerajaan, namun bantuan ini juga mesti mematuhi syarat ditetapkan. kenapa tidak lulus BKC

Pandemik yang tidak pernah berlaku di Malaysia sebelum ini, juga menyebabkan berlaku situasi mereka dalam kategori T20 berubah menjadi M40, sekali gus layak untuk menerima bantuan kerajaan, jika memenuhi syarat. kenapa tidak lulus BKC

Sehubungan itu, kerajaan sentiasa melaksanakan proses semak dan imbang untuk mengemas kini data bagi mengurangkan risiko mereka yang layak tercicir, mengambil kira bantuan diberikan adalah secara bersasar dan berperingkat.

Artikel lain: Tarikh Terkini Bayaran BKC:Bantuan Khas Covid-19

Jumlah Bayaran BKC Fasa 1 Mengikut Kategori

Jumlah Pembayaran bagi fasa-1 BKC ini pula adalah seperti berikut:

  • Miskin tegar – RM500
  • Warga emas sebatang kara – RM200
  • Bujang miskin tegar / B40 – RM200
  • B40 isi rumah- RM500
  • M40 isi rumah – RM250
  • Warga emas M40 – RM100
  • Bujang M40 – RM100

Baca Juga: Bantuan Khas Covid-19 BKC:Cara Mohon, Syarat & Semakan Status Permohonan

Cara Pembayaran Duit BKC Jika Lulus

Kaedah pembayaran duit BKC fasa 1 adalah seperti berikut:

  • Pembayaran akan dibuat terus dengan pemindahakn wang ke dalam akaun yang didaftarkan di bawah BPR/ BPN.
  • Manakala bagi M40 pula pembayaran mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam urusan percukaian LHDN.
  • Manakala bagi yang tiada no akaun, pembayaran melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

Baca Juga: Pendaftaran MUET Online 2021:Tarikh Peperiksaan MUET Terkini

Cara Permohonan Rayuan Jika Tidak Lulus BKC

Bagi mereka yang gagal kelulusan BKC sila buat rayuan melalui laman WEB BPR.

Atau hadir ke mana-mana cawangan LHDN untuk mengemukakan penyata prcukaian dan juga menyerahkan dokumen sokongan rayuan bantuan BKC ini.

Tarikh permohonan rayuan BKC akan kami kemaskini setelah mendapat maklumat rasmi dari pihak kerajaan.

Penerima BKC Secara Tunai Di BSN

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahukan supaya baucar tunai Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang disediakan Kementerian Kewangan sampai ke tangan penerima tanpa sebarang kelewatan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata perdana menteri telah meminta supaya Kementerian Kewangan memastikan kelancaran proses pengagihan BKC khususnya bagi penerima yang berada di kawasan pedalaman, jauh daripada akses perbankan dan tidak memiliki akaun bank.

Menurut kenyataan itu berdasarkan data Kementerian Kewangan terdapat kira-kira 708,223 penerima BKC tidak mempunyai akaun bank.

“Justeru Perdana Menteri mahu baucar tunai yang disediakan Kementerian Kewangan sampai ke tangan penerima terlibat tanpa sebarang kelewatan,” menurutnya.

Soalan Lazim

1.Pasangan saya adalah penerima BPR 2021 tetapi telah meninggal dunia. Adakah permohonan pasangan saya masih layak untuk menerima BKC?

Sekiranya penerima BPR 2021 telah meninggal dunia, pembayaran BKC akan dibuat kepada pasangan yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021. Pembayaran adalah secara pengkreditan ke akaun pasangan yang telah dilaporkan atau secara tunai di BSN jika tidak melaporkan maklumat akaun bank. kenapa tidak lulus BKC

2.Permohonan BPR 2021 saya telah lulus dengan status Bujang tetapi saya telah membuat rayuan dengan status berkahwin, adakah saya layak menerima BKC sebagai isi rumah?

Sekiranya tuan ada membuat rayuan BPR 2021 dengan perubahan status kahwin, pembayaran BKC akan dibuat dengan klasifikasi (Isi Rumah / Bujang) yang terkini jika rayuan BPR 2021 berstatus lulus. kenapa tidak lulus BKC

3.Bilakah tarikh pembayaran BKC 2021?

Bermula 6 September 2021.

4.Siapakah yang layak menerima BKC?

Golongan miskin tegar, B40, M40, Bujang dan warga emas.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut mengenai alasan kenapa tidak lulus BKC dan cara permohonan rayuan, sila layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/.

Makluman terkini mengenai jadual bayaran duit BKC Fasa 1 2021 akan dikemaskini lalui portal rasmi bpr.hasil.gov.my atau anda boleh tekan pada pautan BKC 2021

Untuk Maklumat lanjut berkenaan kenapa tidak lulus BKCanda boleh klik pautan ini : https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/pemulih-bkc

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang alasan kenapa tidak lulus BKC ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Leave a Comment