eSPBT KPM: Panduan Sistem Pesanan Buku Teks SPBT

eSPBT KPM

eSPBT KPM: Panduan Sistem Pesanan Buku Teks SPBT

Log masuk eSPBT KPM, Sistem eSPBT KPM adalah versi baru Sistem Pesanan Buku Teks bagi memesan buku kegunaan tahun hadapan.

Apabila mula tahun baru, setiap murid perlu memesan buku teks sekolah yang baharu dengan cara log masuk eSPBT KPM.

eSPBT KPM diwujudkan bagi memudahkan pelajar dan ibubapa memesan buku teks tanpa perlu berkumpul di sekolah bagi mengurangkan kesesakan ketika pendemik sedang melanda ini.

Jika dilakukan secara manual, tentu ianya memakan masa dan menyukarkan sistem kerja pegawai yang terlibat.

Dalam artikel ini dikongsikan serba sedikit tentang sistem eSPBT KPM secara ringkas.

Baca Juga: Soalan PKSK : Soalan Dan Jawapan Terbaik PKSK

Apakah eSPBT KPM?

Bagi memudahkan pengurusan skim pinjaman buku teks ini, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah membangunkan dan menyediakan sistem pesanan buku teks online melalui sistem eSPBT KPM.

Sistem eSPBT KPM ini telah dibangunkan dan ditambahbaik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa iaitu secara atas talian dan capaian internet melalui laman web https://espbt.moe.gov.my.

eSPBT KPM

Baca Juga: UPU Online KPT: Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan

Sistem eSPBT KPM ini diwujudkan bagi menggantikan versi sistem pesanan terdahulu adalah BTBT Online yang telah dibangunkan menggunakan ORACLE 6i.

Pengguna bagi sistem ini terdiri daripada Sekolah, PPD, JPN dan Bahagian Buku Teks (BBT) selaku pentadbir dan urus setia sistem.

Cara Buat Pesanan Buku Teks Melalui eSPBT KPM

eSPBT KPM

Baca Juga: Inisiatif Cerdik.org: Semak Kelayakan Bantuan Peranti / Laptop Pelajar B40

Berikut dikongsikan secara umum tentang cara membuat pesanan buku sekolah melalui eSPBT KPM.

  1. Sila klik ke laman web rasmi Sistem Pesanan Buku Teks https://espbt.moe.gov.my/ untu ke sistem eSPBT KPM.
  2. Anda digalakkan menggunakan sistem browser seperti Google Chrome dan Mozilla Firefox untuk mengakses laman web ini.
  3. Masukkan kod sekolah anda serta kata laluan (password) untuk Log masuk eSPBT KPM.
  4. Pastikan sebelum anda melakukan pesanan buku teks secara online (atas talian), anda muat turun borang unjuran enrolmen murid sekolah dan lengkapkan borang tersebut
  5. Setelah berjaya Login, sila klik butang ‘PROFIL’ untuk melakukan kemaskini segala maklumat dengan info yang tepat dan terkini
  6. Kemudian, klik butang ‘PRA PESANAN’ di mana anda perlu download ‘Borang Maklumat Stok Buku’ untuk anda lengkapkan
  7. ENROLMEN MURID perlu dilakukan bagi mengesahkan murid yang mendapat buku teks
  8. Guru besar atau Pengetua Sekolah perlu login dengan ID pengguna dan password untuk mengesahkan segala butiran yang telah diisikan.

Baca Juga: Daftar Prasekolah Online

Prosedur pesanan buku eSPBT KPM adalah seperti berikut:

  1. Taklimat Pesanan Buku Teks SPBT
  2. Jana Dan Penyediaan Data Pra Pesanan
  3. Pengisian dan Pengesahan Data Enrolmen Murid dan Data Unjuran Enrolmen Murid
  4. Semakan Data Enrolmen Dan Data Unjuran Enrolmen Murid
  5. Pengesahan Data Enrolmen Dan Unjuran Enrolmen Murid
  6. Kemasukan Data Pesanan
  7. Pengesahan Data Pesanan
  8. Semakan Status Pesanan Sekolah
  9. Semakan dan Pembetulan Data / Agihan Dalaman
  10. Pembentangan Data dan Kos Pesanan untuk kelulusan Pengarah JPN
  11. Serahan data pesanan kepada BSTP mengikut format yang ditetapkan
  12. Kelulusan untuk penurunan waran dan penentuan kelompok pesanan
  13. Semak Jumlah Naskhah, Perbelanjaan dan Penyata BTBT481, 451 dan bandingkan dengan Penyata BTBT320
  14. Penyediaan Kontrak Pesanan (Contract Order)
  15. Jana dan Simpan Penyata Pesanan BTBT320, 481, 451
  16. Serah Kontrak Pesanan (Contract Order) berserta Penyata BTBT481, 451 kepada Penerbit
  17. Pembekalan Buku Teks
  18. Pemantauan Pembekalan dan Tuntutan Pembayaran

Baca juga: Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi KPM

Senarai Tajuk Bahan

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk panduan berikut beserta borang yang disertakan.

BilSENARAI TAJUK BAHAN
1.Panduan Am Pesanan Buku Teks Arus Perdana Tahun 2020
2.Borang Unjuran Enrolmen Murid Arus Perdana
3.Borang Unjuran Enrolmen Murid Program DLP Arus Perdana
4.Panduan Am Pesanan Buku Teks Pendidikan Khas Tahun 2020
5.Borang Unjuran Enrolmen Murid Pendidikan Khas
6.Borang Maklumat Stok Pendidikan Khas
eSPBT-KPM

IbuBapa wajib tahu: Cara Login IQ NILAM: Rekod Bacaan Murid 2021.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan eSPBT, sila hubungi :

Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Persiaran Bukit Kiara, Bukit Damansara,

50604 Wilayah Persekutuan KL.

Faks : 03-20817788

Telefon : 03-20818111 / 03-20818085 / 03-20818194 / 03-20818121

atau

Unik Aplikasi Sekolah (UAS)

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Aras 3 &4, Blok E11,

Kompleks E,

62604 Putrajaya.

E-mel: sys_espbt@moe.gov.my

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

 Terima kasih. Semoga artikel ini memudahkan anda untuk memohon buku teks sekolah insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment