Kira Fidyah Puasa: Cara Kira Fidyah Puasa
Menjelang bulan Ramadhan pasti ramai yang bertanya Cara Kira Fidyah Puasa.
Di sini dikongsikan cara kira fidyah puasa supaya kita semua dapat beramal dengan cara yang tepat dan betul.
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.
Hasil bayaran fidyah perlu diserahkan kepada Baitulmal dan akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Fidyah dan Kaffarah Majlis Agama Islam Negeri atau mana-mana akaun Majlis agama mengikut negeri masing-masing.
Semua duit fidyah dimasukkan ke dalam akaun terlebih dahulu sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
Anda Mungkin Berminat, Carian Tertinggi Di Google
- Cara Memohon STR 2024
- Cara Semakan Permohonan STR 2024
- Contoh Kertas Kerja
- Surat Permohonan Kerja Kosong. Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Syarat Permohonan STR 2024
- RAYUAN STR: Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula
- Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024
- Contoh Surat Rasmi
- Biasiswa Sekolah Menengah
- Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
- Biasiswa Kecil Persekutuan 2024: Cara Permohonan BKP Online
Hukum Fidyah
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Jadi kita mesti tahu cara kira fidyah puasa supaya senang kita membuat pembayaran.
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Sebab-Sebab Dikenakan Fidyah
Baca Juga: Bonus Tabung Haji: Tarikh Pengumuman & Kadar Dividen
1. Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
2. Perempuan hamil
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
3. Ibu yang menyusukan Anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.
4. Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
5. Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan
Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
6. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Baca Juga: Permohonan Bantuan JKM Online
Taksiran Fidyah/ Cara Kira Fidyah Puasa
Cara kira fidyah puasa adalah seperti berikut:
(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH
Baca juga: Cara Kemaskini Maklumat APDM:Cara Kemaskini Maklumat Murid Oleh Guru/Admin
Kadar Bayaran Fidyah
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).
Dalam bentuk nilaian matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2019, secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM 4.00.
Konsep Gandaan Bagi Penentuan Bayaran Fidyah
Apabila seseorang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasa tersebut, tidak perlu menggandakan fidyah tersebut kecuali bagi mereka yang berkemampuan.
Untuk lebih memahami cara kira fidyah puasa tgk contoh situasi di bawah.
Contoh 1
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka cara kira kadar fidyah nya ialah:
RM 4.00 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM 36.00.
Contoh 2
Fatimah belum menggantikan puasa 7 hari yang ditinggalkan sehingga memasuki Ramadan berikutnya pada tahun 1439H (2018).
Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]
7hari x RM4.00 = RM28.00
Contoh 3
Fatimah belum menggantikan puasa sehingga memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun berikutnya. Beliau tidak berpuasa 7 hari pada Ramadan 1438H (2017) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1441H (2020). Fatimah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau.
Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]
(7hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00
Keterangan :
Justeru kiraan akan bermula dari tahun 1439H hingga 1441H = 3 tahun. Tahun pertama yang bermula dari 1438H hingga 1439H tidak termasuk dalam kiraan fidyah kerana masih dalam tempoh puasa boleh digantikan dan belum memasuki Ramadan yang berikutnya.
Wajib Kongsi: Cara Mohon Bantuan OKU: Mohon Melalui jkm.gov.my
Kalkulator Kira Fidyah Puasa
Untuk memudahkan anda mengira kadar fidyah puasa anda boleh terus klik link dibawah untuk ke kalkulator fidyah puasa.
Terbaru: TemuJanji Online Klinik Kesihatan:Cara Tempah Temu Janji Online KKM
Prosedur Membayar Fidyah Di MAIWP
Disini saya kongsikan prosedur membayar fidyah di MAIWP jika negeri-negeri lain anda boleh membayar fidyah di pejabat agama negeri masing-masing.
Cara kira fidyah puasa dan jumlah bayaran fidyah boleh dibuat di Unit Sumber Am Bahagian Baitulmal manakala bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat manakala pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin oleh Baitulmal.
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Fidyah Dan Qadha
Rujuk gambar di bawah untuk lebih jelas tentang fidyah dan qadha:
Penting: Pendaftaran Tabika Perpaduan Online:Permohonan Sesi (Terbuka kepada murid 3-5 tahun)
Terima kasih. Semoga sedikit perkongsian tentang cara kira fidyah puasa ini dapat membantu kita semua dalam beribadat insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com