Pendaftaran Tabika Perpaduan Online:Permohonan Sesi 2022(Terbuka kepada murid 3-5 tahun)

Pendaftaran Tabika Perpaduan Online:Permohonan Sesi 2022(Terbuka kepada murid 3-5 tahun)

Pendaftaran Tabika Perpaduan Online adalah bagi memudahkan ibubapa mendaftar secara atas talian tanpa perlu hadir ke sekolah

Kerajaan membangunkan pelbagai aplikasi dalam talian baru ekoran pendemik Covid-19 yang melanda sekarang ini. Terbaru Pendaftaran Tabika Perpaduan Online telah dibangunkan.

Pendaftaran Tabika Perpaduan Online

Makluman untuk ibu bapa yang mempunyai anak berusia 3-5 tahun, anda boleh membuat pendaftaran Tabika Perpaduan Online bagi sesi 2022 bermula 1 Mac 2021.\.

Tahukah anda apa itu Tadika Perpaduan dan lokasinya?

Dalam artikel ini akan dikongsikan serba sedikit maklumat tentang Tabika Perpaduan dan cara Pendaftaran Tabika Perpaduan Online dan manual yang boleh anda lakukan sama ada secara online atau manual.

Pendaftaran Tabika Perpaduan Online

Baca Juga: Inisiatif Cerdik.org: Semak Kelayakan Bantuan Peranti / Laptop Pelajar B40

Apakah Tabika Perpaduan?

Tabika Perpaduan (Taman Bimbingan Kanak-kanak) mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat iaitu sebanyak 25 buah kelas ditubuhkan sebagai projek rintis.

Tabika Perpaduan banyak diwujudkan di bandar dan pinggir bandar khususnya kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga.

Tabika Perpaduan dilaksanakan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak.

Pendaftaran Tabika Perpaduan Online

Permohonan Bantuan Yuran Taska RM 100 sebulan. Program Asuh Pintar 2021

Objektif Penubuhan Tabika Perpaduan

  • Menyemai dan memupuk semangat mihibah, kejiranan dan perpaduan dikalangan kanak-kanak.
  • Mengeratkan hubungan serta memupuk perpaduan dikalangan ibu bapa dan masyarakat.
  • Memperkembangkan keupayaan fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang betul.
  • Menggalakkan kanak-kanak mengamalkan nilai-nilai murni, kerohanian dan moral yang positif.
  • Mengamalkan nilai agama/moral dalam kehidupan harian.
  • Mewujudkan perasan ingin tahu melalui pelbagai deria ke arah pembentukan kognitif, penaakulan dan penyelesaian masalah serta meneroka ilmu pengetahuan.
  • Menghormati dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
  • Memperkembangkan konsep kendiri ke arah pembentukan peribadi dan perwatakan yang positif.
  • Memperkembangkan daya kretif dan estetika.
Pendaftaran Tabika Perpaduan Online

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Kurikulum Tabika Perpaduan

Tabika Perpaduan menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkuat kuasa pada 1 Januari 2003.

Terdapat 6 komponen kurikulum prasekolah iaitu :

  1. Bahasa dan Komunikasi
  2. Perkembangan Kognitif
  3. Kerohanian dan Moral
  4. Perkembangan Sosioemosi
  5. Perkembangan Fizikal
  6. Kreativiti dan Estitika
Pendaftaran Tabika Perpaduan Online

Cara Permohonan / Pendaftaran Tabika Perpaduan

Permohonan Tabika Perpaduan boleh dibuat secara online dan manual seperti berikut:

PENDAFTARAN TABIKA PERPADUAN ONLINE (SESI 2022)

  1. Boleh layari laman web jabatan di laman web https://emaklumat.perpaduan.gov.my/
  2. Klik menu Permohonan Pendaftaran Murid Tabika Perpaduan
  3. Isikan maklumat pendaftaran pengguna portal
  4. Log masuk menggunakan ID pengguna
  5. Daftar maklumat dan pilih lokasi Tabika Perpaduan
  6. Untuk melihat senarai tabika, sila klik Senarai Tabika Perpaduan Seluruh Negeri
  7. Setelah selesai Pendaftaran Tabika Perpaduan Online, tunggu kelulusan daripada pihak Tabika Perpaduan.
  8. Semakan boleh dibuat melalui menu Semakan Permohonan Pendaftaran Murid Tabika Perpaduan.

PENDAFTARAN TABIKA PERPADUAN SECARA MANUAL (SESI 2022)

Sekiranya secara manual, boleh hubungi talian 03-8883 7151 / 7180 dan minta disambungkan ke Bahagian Tabika Perpaduan.

Maklumat berkenaan akan diambil maklum oleh pegawai yang bertanggungjawab dan proses seterusnya akan diserahkan kepada PPD / PPB.

Baca juga: Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2022/2023 KPM

Tarikh Pendaftaran Tabika Perpaduan 2022 & Semakan Status Permohonan

Tarikh permohonan dan semakan status adalah seperti berikut:

  • Permohonan Pendaftaran Tabika Perpaduan Online (1 Mac – 15 Ogos)
  • Semakan permohonan (15 September – 30 September)

Sila ambil maklum, ibu bapa juga boleh membuat pendaftaran tabika melalui Tabika Kemas Online atau ePrasekolah KPM dengan merujuk artikel di bawah:

Maklumat Lanjut Tentang Pendaftaran Tabika Perpaduan

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk portal Jabatan Perpaduan Negara di https://www.jpnin.gov.my/ms/komuniti/tabika-perpaduan

Sila hubungi nombor berikut untuk bertanyakan soalan:

Tabika Perpaduan : 03-8883 7151 / 7180

KRT / SRS : 03-8888 8586 / 03-8883 7155 ( Unit KRT )

Teknikal : 03-8883 7029 / 7023 ( Unit Aplikasi )

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

(Jabatan Perdana Menteri)

Aras 9, Blok E2, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tel : 03-8883 7000 || Emel : [email protected] ||  www.perpaduan.gov.my

 Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Pendaftaran Tabika Perpaduan Online memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment