Pendaftaran Tabika Perpaduan Online:Permohonan Sesi 2024/2025 (Terbuka kepada murid 3-5 tahun)
Pendaftaran Tabika Perpaduan Online adalah bagi memudahkan ibubapa mendaftar secara atas talian tanpa perlu hadir ke sekolah
Kerajaan membangunkan pelbagai aplikasi dalam talian baru ekoran pendemik Covid-19 yang melanda sekarang ini. Terbaru Pendaftaran Tabika Perpaduan Online telah dibangunkan.
Makluman untuk ibu bapa yang mempunyai anak berusia 3-5 tahun, anda boleh membuat pendaftaran Tabika Perpaduan Online bagi sesi 2024/2025 bermula 1 Mac 2024.
Tahukah anda apa itu Tadika Perpaduan dan lokasinya?
Dalam artikel ini akan dikongsikan serba sedikit maklumat tentang Tabika Perpaduan dan cara Pendaftaran Tabika Perpaduan Online dan manual yang boleh anda lakukan sama ada secara online atau manual.
Anda Mungkin Berminat, Carian Tertinggi Di Google
- Cara Memohon STR 2024
- Cara Semakan Permohonan STR 2024
- Contoh Kertas Kerja
- Surat Permohonan Kerja Kosong. Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Syarat Permohonan STR 2024
- RAYUAN STR: Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula
- Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024
- Contoh Surat Rasmi
- Biasiswa Sekolah Menengah
- Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
- Biasiswa Kecil Persekutuan 2024: Cara Permohonan BKP Online
Baca Juga: Inisiatif Cerdik.org: Semak Kelayakan Bantuan Peranti / Laptop Pelajar B40
Apakah Tabika Perpaduan?
Tabika Perpaduan (Taman Bimbingan Kanak-kanak) mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat iaitu sebanyak 25 buah kelas ditubuhkan sebagai projek rintis.
Tabika Perpaduan banyak diwujudkan di bandar dan pinggir bandar khususnya kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga.
Tabika Perpaduan dilaksanakan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak.
Permohonan Bantuan Yuran Taska RM 100 sebulan. Program Asuh Pintar
Objektif Penubuhan Tabika Perpaduan
- Menyemai dan memupuk semangat mihibah, kejiranan dan perpaduan dikalangan kanak-kanak.
- Mengeratkan hubungan serta memupuk perpaduan dikalangan ibu bapa dan masyarakat.
- Memperkembangkan keupayaan fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang betul.
- Menggalakkan kanak-kanak mengamalkan nilai-nilai murni, kerohanian dan moral yang positif.
- Mengamalkan nilai agama/moral dalam kehidupan harian.
- Mewujudkan perasan ingin tahu melalui pelbagai deria ke arah pembentukan kognitif, penaakulan dan penyelesaian masalah serta meneroka ilmu pengetahuan.
- Menghormati dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
- Memperkembangkan konsep kendiri ke arah pembentukan peribadi dan perwatakan yang positif.
- Memperkembangkan daya kretif dan estetika.
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Kurikulum Tabika Perpaduan
Tabika Perpaduan menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkuat kuasa pada 1 Januari 2003.
Terdapat 6 komponen kurikulum prasekolah iaitu :
- Bahasa dan Komunikasi
- Perkembangan Kognitif
- Kerohanian dan Moral
- Perkembangan Sosioemosi
- Perkembangan Fizikal
- Kreativiti dan Estitika
Cara Permohonan / Pendaftaran Tabika Perpaduan
Permohonan Tabika Perpaduan boleh dibuat secara online dan manual seperti berikut:
PENDAFTARAN TABIKA PERPADUAN ONLINE (SESI 2024/2025)
- Boleh layari laman web jabatan di laman web https://emaklumat.perpaduan.gov.my/
- Klik menu Permohonan Pendaftaran Murid Tabika Perpaduan
- Isikan maklumat pendaftaran pengguna portal
- Log masuk menggunakan ID pengguna
- Daftar maklumat dan pilih lokasi Tabika Perpaduan
- Untuk melihat senarai tabika, sila klik Senarai Tabika Perpaduan Seluruh Negeri
- Setelah selesai Pendaftaran Tabika Perpaduan Online, tunggu kelulusan daripada pihak Tabika Perpaduan.
- Semakan boleh dibuat melalui menu Semakan Permohonan Pendaftaran Murid Tabika Perpaduan.
PENDAFTARAN TABIKA PERPADUAN SECARA MANUAL (SESI 2024/2025)
Sekiranya secara manual, boleh hubungi talian 03-8883 7151 / 7180 dan minta disambungkan ke Bahagian Tabika Perpaduan.
Maklumat berkenaan akan diambil maklum oleh pegawai yang bertanggungjawab dan proses seterusnya akan diserahkan kepada PPD / PPB.
Baca juga: Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2022/2023 KPM
Tarikh Pendaftaran Tabika Perpaduan 2024/2025 & Semakan Status Permohonan
Tarikh permohonan dan semakan status adalah seperti berikut:
- Permohonan Pendaftaran Tabika Perpaduan Online (1 Mac – 15 Ogos)
- Semakan permohonan (15 September – 30 September)
Sila ambil maklum, ibu bapa juga boleh membuat pendaftaran tabika melalui Tabika Kemas Online atau ePrasekolah KPM dengan merujuk artikel di bawah:
- Pendaftaran TABIKA KEMAS Online Sesi (Untuk 3-5 Tahun)
- ePrasekolah KPM: Daftar Prasekolah Online (Mulai 1 Mac )
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja :Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut Tentang Pendaftaran Tabika Perpaduan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk portal Jabatan Perpaduan Negara di https://www.jpnin.gov.my/ms/komuniti/tabika-perpaduan
Sila hubungi nombor berikut untuk bertanyakan soalan:
Tabika Perpaduan : 03-8883 7151 / 7180
KRT / SRS : 03-8888 8586 / 03-8883 7155 ( Unit KRT )
Teknikal : 03-8883 7029 / 7023 ( Unit Aplikasi )
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(Jabatan Perdana Menteri)
Aras 9, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Tel : 03-8883 7000 || Emel : aduan@perpaduan.gov.my || www.perpaduan.gov.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Pendaftaran Tabika Perpaduan Online memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com