Daftar Tabika KEMAS Online: Pendaftaran Online Sesi 2024/2025 (Untuk 3-5 Tahun)

Daftar Tabika KEMAS Online: Pendaftaran Online Sesi 2024/2025 (Untuk 3-5 Tahun)

Aplikasi Daftar Tabika KEMAS Online Sesi 2024/2025 ini dibangunkan melalui projek rintis bagi membantu rakyat dengan memberi kemudahan melakukan permohonan kemasukan anak ke prasekolah dan tabika secara dalam talian.

Anda Mungkin Berminat, Carian Tertinggi Di Google

Permohonan Daftar Tabika KEMAS Online

Daftar Tabika KEMAS Online

Tahukah anda, perkhidmatan digital baharu di www.malaysia.gov.my kini menawarkan Daftar Tabika KEMAS Online sesi pembelajaran 2024/2025.

Jika sebelum ini hanya ada e-Prasekolah untuk tujuan pendaftaran atas talian bagi Prasekolah KPM, kini pendaftaran online telah diperluaskan untuk Daftar Tabika KEMAS Online.

Baca Juga:Tips Ajar Anak Membaca. Cara Santai & ‘Fun’

Daftar Tabika KEMAS Online

Walaubagaimanapun, sebagai permulaan hanya beberapa TABIKA KEMAS saja yang boleh menggunakan Daftar Tabika KEMAS Online 2024/2025

Jom kita ketahui syarat Daftar Tabika KEMAS Online Sesi 2024/2025, senarai TABIKA yang terlibat dan dokumen yang diperlukan untuk ibu bapa membuat persediaan.

Baca Juga: Daftar Prasekolah Online

Apakah TABIKA KEMAS?

Daftar Tabika KEMAS Online

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard   Pra sekolah   Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tabika KEMAS trtakluk Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  • Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) : kanak-kanak 2 – 4 Tahun
  • Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun

Baca juga: Pendaftaran Murid Tahun 1 Online KPM

Syarat Daftar Tabika KEMAS Online

Daftar Tabika KEMAS Online
  1. Permohonan Tabika KEMAS Online Sesi 2024/2025 boleh dilakukan oleh ibu/bapa/penjaga kanak-kanak.
  2. Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak haruslah mendaftar sebagai pengguna berdaftar di Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS (https://enrol.kemas.gov.my/permohonan/public/) atau di Portal MyGovernment (https://www.malaysia.gov.my/).
  3. Permohonan hanya boleh dilakukan 1 KALI SAHAJA.
  4. Salah seorang daripada Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak haruslah berstatus WARGANEGARA MALAYSIA.
  5. Permohonan HARUSLAH DICETAK dan DIHANTAR ke TABIKA KEMAS pilihan berserta dokumen-dokumen sokongan bagi tujuan semakan. Borang permohonan
  6. TIDAK AKAN diproses sekiranya dokumen-dokumen ini tidak dihantar ke TABIKA KEMAS.
  7. Profil kanak-kanak haruslah didaftarkan di Profil Keluarga di MyDashboard Pengguna Portal MyGovernment (www.malaysia.gov.my/portalprotected/familyprofile) terlebih dahulu sebelum permohonan boleh dilakukan.
  8. Kanak-kanak haruslah berstatus WARGANEGARA MALAYSIA serta berumur 3 – 5 tahun pada tahun permohonan.

Permohonan Bantuan Yuran Taska RM 100 sebulan. Program Asuh Pintar

Senarai TABIKA KEMAS Untuk Daftar Tabika KEMAS Online Sesi 2024/2025

Daftar Tabika KEMAS Online

Senarai TABIKA KEMAS yang terlibat dalam projek rintis MyGovernment untuk Daftar Tabika KEMAS Online Sesi 2024/2025 adalah seperti berikut:

SELANGOR

               1. TABIKA  KEMAS 31 Rad

               2. TABIKA KEMAS Jalan Bahagia Olak Lempit A

               3. TABIKA KEMAS Kg. Kerdas

               4. TABIKA KEMAS Kg. Teras Jernang

               5. TABIKA KEMAS Kg. Salak Tinggi

PAHANG

               1. TABIKA KEMAS Kampung Kuala Sat

               2. TABIKA KEMAS Kampung Bukit Mat Daling

               3. TABIKA KEMAS Sungai Kucing

               4. TABIKA KEMAS (JAKOA) Sg.Berjuang

               5. TABIKA  KEMAS Kampung Tekek Pulau Tioman

NOTA: Bagi TABIKA KEMAS yang tidak terdapat dalam senarai di atas, anda boleh memuat turun Borang Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) atau di semua Tabika KEMAS yang berhampiran.

Rujuk senarai TABIKA KEMAS setiap di negeri dalam senarai di bawah:

  1. KEDAH
  2. PERLIS
  3. PULAU PINANG
  4. PERAK
  5. KELANTAN
  6. WILAYAH PERSEKUTUAN
  7. TERENGGANU
  8. PAHANG
  9. SELANGOR
  10. MELAKA
  11. NEGERI SEMBILAN
  12. JOHOR
  13. SABAH
  14. SARAWAK

*Cetak Di Sini : Borang Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS

Daftar Tabika KEMAS Online
Daftar Tabika KEMAS Online
Daftar Tabika KEMAS Online

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Tarikh Daftar Tabika KEMAS Online Sesi 2024/2025

Daftar Tabika KEMAS Online

Permohonan secara talian di buka daripada 1 Jun 2021 sehingga 31 Oktober 2021.

Untuk pendaftaran menggunakan borang sila rujuk Tabika KEMAS yang berdekatan.

Baca Juga: Inisiatif Cerdik.org: Semak Kelayakan Bantuan Peranti / Laptop Pelajar B40

Cara Daftar Tabika KEMAS Online Sesi 2024/2025

Daftar Tabika KEMAS Online

Daftar Tabika KEMAS Sesi 2024/2025 melalui Portal MyGovernment adalah seperti berikut:

Cara Mendaftar Sebagai Pengguna

  1. Sila layari Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS melalui URL
  2. https://enrol.kemas.gov.my/
  3. Tekan butang Daftar
  4. Isi kesemua maklumat yang diperlukan dan tekan butang Hantar.
  5. Semak Peti Masuk (Inbox) pada e-mel yang didaftarkan. Pengguna akan menerima makluman pendaftaran yang akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
  6. Pemohon perlu klik pada pautan yang diberi sebagai pengesahan pendaftaran.
  7. Pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
  8. Pilih Kaedah ‘Kata Laluan’ untuk pengesahan.
  9. Log masuk dengan menaipkan ID Pengguna atau No. Kad Pengenalan/No. Pasport atau E-mel pengguna.
  10. Setelah berjaya log masuk, pengguna boleh membuat semakan/mengemaskini profil penguna di Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS. Ikuti langkah berikut untuk panduan mengemaskini maklumat di profil pengguna.

Baca Juga :UPU Online KPT: Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan

Cara Membuat Permohonan Daftar Tabika KEMAS Online

  1. Sila layari Daftar Tabika KEMAS Online Sesi 2024/2025 melalui URL https://enrol.kemas.gov.my/
  2. Klik [BORANG PERMOHONAN]
  3. Pilih No. MyKid kanak-kanak melalui senarai dropdown untuk membuat permohonan. Sekiranya tiada senarai No. MyKid untuk dipilih, sila kemas kini Profil Keluarga di MyDashboard Pengguna.
  4. Maklumat di Profil Pengguna merupakan maklumat yang diekstrak daripada pangkalan data Portal MyGovernment sewaktu pengguna pertama kali berjaya log masuk ke Aplikasi Daftar Tabika KEMAS Online Sesi 2022
  5. Maklumat yang diekstrak ialah:-
    1. Nama;
    2. No Kad Pengenalan;
    3. Alamat E-mel; dan
    4. No Telefon.
  6. Pemohon perlu memasukkan maklumat anak yang ingin dipohon ke dalam Senarai Profil Keluarga ini.
  7. Senarai No Mykid kanak-kanak hanya akan dipaparkan pada Borang Permohonan sekiranya terdapat maklumat kanak-kanak yang berumur 3 hingga 5 tahun pada tahun semasa di Profil keluarga Portal MyGovernment.
  8. Isikan juga Maklumat Kesihatan, Maklumat Keluarga, Maklumat Tanggungan, Pemilihan Tabika dalam ruang yang disediakan.
  9. Klik [Simpan] untuk menyimpan maklumat.
  10. Setelah selesai, anda perlu membuat pengesahan dan menerima notis permohonan berjaya.
  11. Sila cetak Borang Permohonan untuk dihantar ke tabika kemas.

Penting: BPR Isi Rumah :Semakan, Permohonan Baru & Kemaskini RM 500-RM1800

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Pendaftaran KEMAS

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dilampirkan semasa menghantar permohonan ke sekolah TABIKA KEMAS yang telah dipilih.

  1. Borang Permohonan Online yang telah dicetak
  2. Borang Pengesahan Majikan / Slip gaji ibu dan bapa/penjaga
  3. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  4. Salinan MYKID Kanak-kanak 1 keping.
  5. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak 1 keping.
  6. 1 Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  7. 1 Salinan kad OKU (jika berkenaan)
  8. Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

*Nota: Dokumen ini perlu dihantar dalam masa 2 minggu setelah tarikh permohonan online.

Baca Juga: Cara Login Google Classroom: Cara Log Masuk Mudah Beserta Gambar

Kaedah Pembelajaran Tabika KEMAS Semasa PKP

Kaedah pembelajaran Tabika KEMAS semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan adalah seperti gambar berikut:

Daftar Tabika KEMAS Online

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Maklumat Lanjut Tentang Daftar Tabika KEMAS Online Sesi 2024/2025

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disaran mendapatkan maklumat melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)

Kementerian Pembangunan Luar Bandar,

Aras 5-9, No 47, Persiaran Perdana, Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.

Tel: +603-8891 2682

Faks: +603-8888 2312

Emel: info[at]kemas[dot]gov[dot]my

 Terima kasih. Semoga semua pemohon berjaya medaftarkan anak masing-masing insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment