Semakan Keputusan MRSM 2021:Permohonan Rayuan Kemasukan Tingkatan 1&4

Semakan keputusan UKKM / semakan keputusan MRSM 2021 tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM sesi 2021 boleh disemak secara berperingkat mulai Rabu, 10 Mac 2021.
Semakan keputusan MRSM 2021 itu diumumkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi satu kenyataan pada Selasa.
Semakan keputusan MRSM 2021 ialah bagi mereka yang menduduki peperiksaan UKKM sesi kemasukan Tingkatan 1 & 4 baru-baru ini.
Baca Juga:Permohonan PPC 2021:Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam
Kriteria Kemasukan MRSM
Kemasukan ke MRSM pada tahun ini mengambil kira 2 kriteria berikut:
- Lulus Ujian Kecenderungan Kecemerlangan Kemasukan ke MRSM (UKKM) atau Ujian Khas Ulul Albab
- Merit Status Sosio Ekonomi (SES) keluarga.
Pengerusi Mara, Datuk Azizah Mohd Dun berkata agensi itu masih mengekalkan dasar 60 peratus pengambilan pelajar dalam kalangan berpendapatan rendah atau B40.
“Keutamaan juga diberikan kepada pelajar luar bandar dan miskin bandar. Bagi memastikan pelajar B40 ini dapat meneruskan pengajian di MRSM, Mara akan meneruskan program BUDI Mara.
“Pelajar terpilih akan diberi bantuan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,100 merangkumi yuran persekolahan, pembelian pakaian persekolahan, pakaian harian, keperluan asrama, peralatan persekolahan dan sebagainya,” ujarnya.
Pada tahun ini, dua buah MRSM baharu juga akan dibuka iaitu MRSM ATM Bera, Pahang dan MRSM Bagan Datuk, Perak yang dijangka beroperasi pada awal Jun 2021 bagi memberi peluang pendidikan yang lebih besar kepada masyarakat.
Pelajar MRSM sedia ada kini berjumlah 28,087 orang pelajar setakat Februari 2021 di 53 buah MRSM.
MRSM menawarkan enam program iaitu
- MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
- MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP)
- MRSM Ulul Albab
- MRSM Program Khas Pendidikan (PKP)
- MRSM Premier
- MRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).
Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021
Cara Semakan Keputusan MRSM Sesi 2021
- Cara membuat semakan keputusan MRSM 2021 bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Mara di www.mara.gov.my atau terus ke pautan UKKM MARA di bawah
- Semakan MRSM Tingkatan 1 – https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1/
- Semakan MRSM Tingkatan 4 – https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4/


- Log masuk semakan keputusan MRSM 2021 menggunakan ID yang telah didaftarkan.
- Keputusan semakan keputusan MRSM akan dipaparkan seperti gambar di bawah.
- Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem MyMrsm dalam portal Mara.
- Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari, tawaran kepada calon berkenaan dianggap terbatal.

Selain semakan keputusan MRSM online di portal UKKM MARA, calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.
Baca Juga:Permohonan GrEP MARA 2021:PROGRAM GRADUAN CEMERLANG 2021
Rayuan Semakan Keputusan MRSM 2021 Kemasukan MRSM Sesi 2021
Bagi yang tidak Berjaya semakan keputusan MRSM 2021, permohonan rayuan ke MRSM akan dibuka pada 7 April 2021 sehingga 30 Mei 2021 secara dalam talian.
Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online 2021
Pengenalan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.
Baca Juga : Buka Akaun SSPN Online:Cara Lengkap Bergambar
Visi & Misi MRSM
Visi MRSM
Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.
Misi MRSM
Melahirkan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.
Kemudahan MRSM
MRSM menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pelajar seperti berikut :
- Surau
- Pusat Media
- Kedai Koperasi
- Rawatan Gigi
- Kaunseling
- Perkhidmatan Bas dan Van
- Pusat Sumber (berhawa dingin)
- Dewan Makan
- Perkhidmatan Dobi
- Kawalan Keselamatan
- Kemudahan Sukan dan Permainan / Rekreasi

Penting: Kira Fidyah Puasa: Cara Kira Fidyah Puasa
Program Sistem Pendidikan MRSM
Terdapat enam program yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)
dilaksanakan di MRSM seperti berikut:

Bagi pengambilan pelajar MRSM setiap tahun, MARA mempelawa pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang berminat serta cemerlang dalam akademik, sahsiah diri, aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan 4. Keutamaan pengambilan pelajar ini akan diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori pendapatan bawah 40 peratus (B40) yang tinggal di luar bandar dan bandar.
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Syarat Kemasukan MRSM
Syarat kemasukan ke MRSM ialah seperti berikut:
- Calon warganegara Malaysia.
- Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
- Calon mestilah memohon atas talian (online).
- Calon mengikuti Kurikulum Kebangsaan serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun semasa yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR/PT3), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Calon mestilah berminat belajar di MRSM.
- Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
- Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
Lokasi MRSM Seluruh Malaysia
Terdapat 53 MRSM di seluruh Malaysia seperti peta dibawah:

Anda juga boleh memohon bantuan tanam semula RISDA klik di SINI.
Maklumat Lanjut Semakan Keputusan MRSM 2021
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan anda, sila hubungi MARA di saluran berikut:
Portal rasmi MARA : www.mara.gov.my
Telefon : 03-2613 2000
Facebook : MAJLIS AMANAH RAKYAT
Baca Juga: Jawatan Kosong RISDA 2021: Jawatan Ditawarkan & Cara Mohon
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang semakan keputusan MRSM 2021 memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com