Permohonan Program Usahawan PUNB JUMPER 2021: Elaun RM1,200 Geran RM10,000 Serta Pinjaman Minimum RM 40,000
Program Usahawan PUNB JUMPER disediakan kepada anda yang ingin menjadi usahawan muda yang berjaya.
Kini anda boleh menyertai program JUMPER ‘Start Up’ PUNB bagi pengambilan Mac 2021 yang dikendalikan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).
Untuk makluman, PUNB adalah syarikat yang ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 dan sejak 2019, PUNB telah disenaraikan sebagai syarikat di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Objektif utama penubuhan PUNB adalah meningkat kualiti usahawan bumiputera dan menggalakkan pembentukan usahawan bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.
Oleh itu, program JUMPER ‘Start Up’ PUNB diwujudkan untuk menyediakan platform latihan dan bimbingan kepada usahawan muda dalam bidang perniagaan.
Permohonan bagi menyertai program ini telah dibuka dan akan ditutup pada 17 Januari 2021.
Pembiayaan dan perkhidmatan PUNB terbuka kepada semua usahawan dan perniagaan Bumiputera yang terlibat dalam sektor peruncitan, perdagangan dan pengedaran, pembuatan dan perkhidmatan di pelbagai sektor kecuali sektor pertanian, perikanan dan perladangan.
Baca juga
- Cara Memohon Bantuan Am Pelajaran MAIWP
- Download Buku Teks Digital KPM
- Bantuan Inisiatif Belia Berniaga RM15000
- Tarikh Bayaran Bonus Kerajaan 2021
Isi Kandungan:
●Manfaat Menyertai JUMPER ‘Start Up’ PUNB
●Syarat Permohonan
●Cara Memohon
●Pertanyaan Lanjut
Anda Mungkin Berminat, Carian Tertinggi Di Google
- Cara Memohon STR 2024
- Cara Semakan Permohonan STR 2024
- Contoh Kertas Kerja
- Surat Permohonan Kerja Kosong. Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Syarat Permohonan STR 2024
- RAYUAN STR: Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula
- Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024
- Contoh Surat Rasmi
- Biasiswa Sekolah Menengah
- Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
- Biasiswa Kecil Persekutuan 2024: Cara Permohonan BKP Online
Manfaat Menyertai JUMPER ‘Start Up’ PUNB
Antara manfaat bagi anda yang terpilih untuk menyertai programProgram Usahawan PUNB JUMPER (JUMPER ‘Start Up’ PUNB) ini adalah:
- Para usahawan akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM1,200.
- Mereka terpilih akan menyertai program ini selama 8 bulan dengan berkonsepkan Latihan Sangkut.
- Peserta akan diberikan latihan dan modul secara percuma.
- Para usahawan akan mendapat latihan daripada mentor yang berpengalaman daripada pelbagai industri.
- Para usahawan berpeluang mendapatkan geran berjumlah RM10,000 beserta pembiayaan minimum sebanyak RM40,000 bagi memulakan perniagaan.
Anda Mungkin Berminat:
- Pengumuman Tarikh Bayaran Fasa Ke-2BPN 2.0
- Skim Pinjaman Komputer Pelajar SKIP MARA
- Kemaskini Amaun Permohonan i-Sinar Tersilap Mohon
- Cara Memohon i-Sinar Kategori 2
Syarat Permohonan Program Usahawan PUNB JUMPER
Mereka yang berminat untuk menyertai program JUMPER ‘Start Up’ PUNB perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:
- Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan.
- Pemohon adalah pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari institusi yang diiktiraf Kerajaan (MQA).
- Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman kerja (termasuk latihan industri semasa tempoh pengajian) dalam apa jua industri.
- Keutamaan permohonan diberikan kepada mereka yang berpengalaman dalam bidang perniagaan.
- Sanggup menjalani latihan sepenuh masa.
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Cara Memohon Program Usahawan PUNB JUMPER
Untuk memohon program JUMPER ‘Start Up’ PUNB ini, ikuti langkah-langkah mudah iaitu
- Imbas atau scan QR Code di website PUNB
- Layari laman web https://e-borang.punb.com.my/.
- Isi maklumat dengan betul dan lengkap.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Hantar permohonan yang telah dilakukan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai program JUMPER ‘Start Up’ PUNB, sila hubungi pegawai PUNB berikut:
- Amirul: 03-2785 1417
- Raha: 03-2785 1413
- Aina: 03-2785 1908
- Nazlina: 03-2785 1477
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Program Usahawan JUMPER ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Semoga bermanfaat keptennews.com