Bayaran BPR Fasa2 2021:Tarikh Bayaran, Baki Serta Permohonan Rayuan BPR

Pengumuman rasmi tarikh bayaran BPR Fasa2 telah diumumkan oleh kerajaan. BPR Fasa2 ialah bayaran baki Bantuan Prihatin Rakyat yang diluluskan permohonan sebelum ini setelah bayaran pertama dibuat awal tahun 2021.
Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150
Kenyataan Media Rasmi YB Tengku Zafrul Menteri Kewangan Berkenaan Pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Bernilai RM2.75 Bilion Secara Berperingkat Mulai 7 Mei 2021 (Jumaat).
Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Tarikh Bayaran BPR Fasa2 Mulai 7 Mei 2021
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam kenyataan media sebentar tadi, pembayaran BPR Fasa Kedua akan dikreditkan ke dalam akaun bank secara berperingkat mulai 7 Mei hingga 12 Mei ini.
Sementara itu, bagi penerima BPR yang tiada akaun bank pula, pembayaran tunai akan dibuat mulai 17 Mei melalui BSN.


Baca Juga:Tukar Duit Raya:Guna Mesin ATM Sahaja. Mudah & Cepat!
Jumlah Baki Bayaran BPR Fasa 2 & Fasa 3
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:
NILAI BAYARAN BPR FASA2
- Kategori Isi Rumah berpendapatan RM5000 ke bawah: RM150-RM400 (Baki bayaran pada fasa seterusnya)
- Warga Emas berpendapatan RM5000 ke bawah: RM300-RM600 (Bayaran akhir)
- Bujang berpendapatan RM2500 ke bawah: RM200-RM350 (Bayaran akhir)

Berikut adalah maklumat terperinci berkenaan jumlah bayaran BPR Fasa2 yang diterangkan melalui Soalan Lazim








Baca Juga:Duit eKasih: Semakan Tarikh Bayaran & Kemaskini Permohonan
Cara Semakan Status Bayaran BPR Fasa 2
Untuk membuat semakan status bayaran BPR Fasa2 melalui Portal BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), sila rujuk langkah berikut:
- Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
- Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang ‘Semak Status’
- Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.
- Jika tertulis ‘Permohonan Diterima’, sila klik pada ‘Maklumat Bayaran’ seperti dalam gambar di bawah.
- ‘Dalam Proses Pengkreditan’ = bermakna duit akan masuk tak lama lagi.
- ‘Alasan’ = akan diterangkan kenapa tidak lulus
Nota: Jika anda belum menerima pembayaran Fasa 1, sila rujuk di SINI untuk membuat semakan.
Pembayaran Bayaran BPR Fasa2 Secara Tunai Mulai 17 Mei 2021
Bagi individu yang tiada akaun bank, anda akan menerima bayaran BPR Fasa2 secara tunai mulai 17 Mei 2021.
Penerima perlu membawa kad pengenalan ke mana-mana cawangan BSN ketika hadir ke cawangan BSN.

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Permohonan Rayuan BPR 2021
Rayuan BPR Dibuka Mulai 15-30 Jun 2021
Bagi memastikan BPR dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak, permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.
Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021
Kategori Permohonan BPR 2021
Terdapat dua (2) kategori permohonan BPR 2021 iaitu seperti berikut :
- Merupakan pasangan yang telah berkahwin; atau
- Terdiri dari ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak; atau
- Belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas
Bujang
- Merupakan individu bujang atau ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak
- Berumur 21 tahun hingga 59 tahun
- Bagi individu kategori OKU mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun
- Pemohon Bayaran BPR Fasa2 merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
- Merupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 5,000 dan ke bawah (seisi rumah)
- Memiliki pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR / MyKAS
- Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sah
- Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan / atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai pengenalan diri Malaysia sama ada MyKad atau MyKid)
- Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam / Swasta
Kategori Bujang BPR
- Pemohon Bayaran BPR Fasa2 merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
- Berpendapatan kasar sebanyak RM 2,500 dan ke bawah (sebulan)
- Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu OKU
Untuk makluman, jumlah penuh bantuan Bayaran BPR Fasa2 mengikut kadar pendapatan isi rumah adalah seperti berikut:

Manakala jumlah bayaran BPR Fasa 1 yang dibuat adalah seperti berikut:

Baca Juga:Tarikh Bayaran PTPTN 2021:Semakan PTPTN Online
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk mendapatkan maklumat Bayaran BPR Fasa2 terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR Fasa 2, sila lakukannya hubungi saluran berikut:
- Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
- Soalan Lazim :FAQ Bayaran Fasa Pertama
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bayaran BPR Fasa2 ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com