Semak Baki Pinjaman LPPSA:Cara Semak Baki Pinjaman LPPSA Online & SMS
Kemudahan Semak Baki Pinjaman LPPSA secara online & SMS ini dikongsikan bagi memudahkan anda menyemak baki pinjaman anda dan juga boleh menyemak penyata bayaran tahunan pinjaman perumahan anda. Semak Baki Pinjaman LPPSA boleh dijadikan rujukan kepada mereka yang ingin membuat penyelesaian pembiayaan ataupun rujukan lain.
Bagi para peminjam disarankan untuk sentiasa Semak Baki Pinjaman LPPSA anda supaya semua transaksi bayaran anda sentiasa dikemaskini oleh pihak LPPSA.
Berita baik kepada kakitangan awam kerajaan yang ingin membeli rumah. Melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam ( LPPSA ), anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan pinjaman pembiayaan perumahan.
Jika anda belum membuat permohonan perumahan penjawat awam baca disini untuk tatacara permohonan dan syarat permohonan: PPAM:Permohonan Perumahan Penjawat Awam Malaysia Syarat & Panduan (PPA1M)
Sistem Pengurusan Pembiayaan ( LMS ) telah dinaiktarafkan kepada Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu ( SPPB ) yang berkuatkuasa pada 1 april 2019. Dengan itu sistem atas talian ini, anda boleh membuat permohonan secara online, melihat akaun pembiayaan pinjaman tanpa perlu menghadirkan diri ke pejabat LPPSA semak baki pinjaman LPPSA.
Berikut merupakan cara-cara untuk semak baki pinjaman LPPSA. Untuk pengetahuan semua, terdapat dua cara untuk semak baki pinjaman LPPSA, pertama secara online dan kedua adalah melalui aplikasi MyFinancing. Sila rujuk langkah di bawah untuk semak baki pinjaman LPPSA.
Baca Juga:Permohonan Rayuan BPR 2021 Fasa 2:Mulai 15-30 Jun 2021
Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.
Login Permohonan LPPSA
Untuk membuat permohonan pembiayaan pinjaman, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu dengan mengikuti langkah-langkah seperti dibawah :
- Layari portal rasmi = http://www.lppsa.gov.my/v2/
- Klik pada ruangan “Daftar Masuk & pendaftaran Baharu”
- Isikan maklumat yang diperlukan dalam ruangan yang disediakan
- Baca terma dan syarat dan klik pada kotak tanda setuju, kemudian klik “Daftar “
- Emel pengesahan akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan dan klik pautan untuk mengaktifkan akaun
- Selepas itu, anda akan terus dibawa ke laman OTP (One-Time Password). Klik pada butang Permintaan Otp untuk meneruskan pengesahan OTP
- SMS akan dihantar ke nombor yang telah didaftarkan, masukkan 6 digit pin yang diteriman melalui SMS pada laman pengesahan SMS dan klik pada butan “Teruskan”
- Apabila pengesahan SMS telah berjaya, pengguna akan dibawa ke laman Kemaskini Butiran
- Bagi pinjaman bersama, kedua-dua pengguna (atau lebih) perlu membuat pendaftaran ID pengguna secara berasingan
Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Syarat-Syarat Pinjaman Perumahan
Permohonan pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan hanya boleh dilakukan oleh mereka yang berkelayakan seperti syarat-syarat yang ditetapkan dibawah :
- Ahli Parlimen
- Hakim
- Bada-badan berkanun
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Anggota Pentadbiran Persekutuan
- Kerajaan Negeri
- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Anggota Pentadbiran Negeri
- Anggota Perkhidmatan awam
- Anggota Polis
- Anggota tentera
Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021
Baca Juga:Tarikh Bayaran PTPTN 2021:Semakan PTPTN Online
Semakan Baki Pinjaman LPPSA
Selepas permohonan anda telah berjaya diluluskan, peminjam boleh membuat semakan baki pinjaman melalui portal rasmi LPPSA .
Ikuti langkah-langkah dibawah untuk membuat semakan yang berkaitan :
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan . Portal rasmi Login LPPS = https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal/
- Pada paparan utama, klik bahagian Inkuiri Status
- Pengguna boleh membuat semakan inkuiri status berkenaan
# 1. Permohonan Pembiayaan
# 2. Dokumentasi Pembiayaan
# 3. Status Bayaran Balik
# 4. Status Baki Pembiayaan
# 5. Status Bayaran Pembiayaan
# 6. Penyata Tahunan ( boleh dimuat turun )
- Berikut adalah paparan jika anda ingin menyemak status bayaran balik pinjaman. Paparan Semak Baki Pinjaman LPPSA status baki pembiayaan yang akan dikeluarkan. Dan juga paparan semakan status bayaran pembiayaan :
Baca Juga: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online
Cara Semak Baki Pinjaman LPPSA melalui SMS
Jika anda tidak mempunyai capaian internet, anda juga boleh semak baki pinjaman LPPSA melalui sistem pesanan ringkas SMS . Ikuti langkah-langkah dibawah :
- Taip LPPS<jarak>BAKI<jarak> No. Kad Pengenalan
- Hantar ke 15888
untuk membuat semakan status.
- Taip LPPSA<jarak>STATUS<jarak>No. Kad Pengenalan
- Hantar ke 15888
Baca Juga:Bayaran BPR Fasa2 2021:Tarikh Bayaran, Baki Serta Permohonan Rayuan BPR
Baca Juga:Duit eKasih: Semakan Tarikh Bayaran & Kemaskini Permohonan
Soalan Lazim
1.Apa itu LPPSA ?
LPPSA ada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang disediakan kepada kakitangan awam kerajaan yang ingin membeli rumah. Mereka hanya membuat permohonan pembiayaan pinjaman.
2.Bolehkah membuat semakan baki pinjaman LPPSA melalui SMS ?
Boleh . Anda boleh membuat semakan baki pinjaman dan juga status pinjaman dengan mengikuti langkah yang disediakan dalam artikel ini.
3.Bagaimana cara untuk membuat semakan baki pinjaman perumahan kerajaan melalui online?
Ikuti cara mudah yang dikongsikan dalam artikel ini.
4.Apakah syarat utama untuk membuat permohonan pinjaman perumahan ?
Bekerja sebagai kakitangan awam kerajaan dan hendaklah mempunyai kerja dibawah syarat yang telah ditetapkan.
5. Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan perumahan untuk membeli rumah kedai?
Permohonan pembiayaan untuk membeli rumah kedai dibenarkan dengan syarat rumah kedai tersebut mempunyai ciri-ciri rumah kediaman iaitu mempunyai fungsi dan struktur ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur secara kekal.
6. Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan untuk membeli apartment termasuk lot parkir?
Permohonan pembiayaan untuk membeli apartment termasuk lot parkir dibenarkan dengan syarat pemohon menyertakan 2 perjanjian yang berasingan bagi pembelian apartment yang mempunyai lot parkir secara berasingan. Sekiranya pembelian apartment yang mempunyai lot parkir di bangunan yang sama, maka 2 perjanjian tersebut tidak diperlukan.
7. Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan untuk membeli hartanah di atas tanah berstatus pertanian?
Permohonan pembiayaan (individu) untuk membeli hartanah di atas tanah berstatus pertanian dibenarkan. Bagi permohonan pembiayaan bersama, syarat keluasan tertakluk kepada Kanun Tanah Negara 1965/ Ordinan Tanah Sabah (Sabah Cap 68)/ Kanun Tanah Sarawak 1958 dan syarat/ peraturan Pejabat Tanah dan Galian peringkat Negeri.
Lain -lain soalan lazim LPPSA baca di SINI
Baca Juga: MyRELA:Permohonan Baru Serta Semakan Permohoanan Keahlian RELA
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat dan sebarang pertanyaan berkaitan Semak Baki Pinjaman LPPSA, atau perkara lain berkaitan sila hubungi :-
Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Kompleks Kementerian Kewangan,
No.9, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya
Aduan Dan Pertanyaan
http://serv.lppsa.gov.my/eTiket/
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Semak Baki Pinjaman LPPSA Online memudahkan anda untuk membuat mula Semak Baki Pinjaman LPPSA anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com