PPAM:Permohonan Perumahan Penjawat Awam Malaysia Syarat & Panduan (PPA1M)

PPAM:Permohonan Perumahan Penjawat Awam Malaysia Syarat & Panduan (PPA1M)

ppam ppa1m

Skim perumahan kerajaan PPAM ini disediakan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana dapat membeli rumah di kawasan bandar utama. Anda perlu tahu tentang kelayakan, jenis perumahan dan kekangan yang ada!

PPA1M, atau PPAM, adalah skim perumahan kerajaan yang direka untuk menyediakan rumah mampu milik kepada penjawat awam dan pekerja kerajaan.

Anda mungkin juga pernah dengar orang panggil skim PPAM ini Program Perumahan Awam 1 Malaysia (PPA1M).

Inisiatif rumah mampu milik ni disediakan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana juga dapat membeli rumah di kawasan bandar utama.

Cara skim ni beroperasi ialah dengan menggalakkan pemaju swasta untuk membina pembangunan PPAM, yang kemudiannya disubsidi kerajaan.

PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

Baca Juga:Permohonan Rayuan BPR 2021 Fasa 2:Mulai 15-30 Jun 2021

Siapa Yang Layak Untuk PPAM?

Kriteria kelayakan pemohon untuk Perumahan Penjawat Awam Malaysia ni agak ketat juga. Selain keutamaan kepada pembeli rumah pertama, berikut adalah beberapa syarat yang perlu dipenuhi.

Syarat kelayakan Perumahan Penjawat Awam Malaysia

  • Warganegara Malaysia
  • Penjawat awam tetap/ pesara kerajaan/ pegawai kontrak/ anak pesara kerajaan
  • Boleh memohon lebih dari 1 projek
  • Pendapatan bulanan bawah RM10,000
  • Anak pesara boleh mohon rumah bernilai hingga RM300,000
Syarat Permohonan PPAM PPA1M

Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.

Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.

Cara Memohon PPAM

Cara membuat permohonan adalah seperti gambar berikut:

cara permohonan PPAM

Anda juga boleh rujuk manual pengguna di sini sebagai panduan permohonan. https://www.ppam.gov.my/themes/ppam-portal/assets/manual/pemohon.pdf

manual pengguna PPAM

Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150

Muat Turun Aplikasi PPAM Mobile

Untuk memudahkan anda kerajaan telah memperkenalkan aplikasi mudah Perumahan Penjawat Awam Malaysia PPAM yang boleh dimuat turun melalui telefon bimbit anda. Ikuti langkah berikut

  • Bagi pengguna android klik https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.ppam
  • bagi pengguna ios pula anda hanya perlu menaip Perumahan Penjawat Awam Malaysia di carian APPS STORE
muat turun ppam mobile apps

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.

Apakah Jenis Perumahan Yang Terlibat Dengan PPAM?

Hartanah PPAM ni adalah unit binaan untuk tujuan tertentu (purpose-built units), yang dibina oleh pemaju swasta, dandisokong oleh pembiayaan kerajaan. Semua rumah tu memang direka dengan kriteria berikut:

Jenis Perumahan Perumahan Penjawat Awam Malaysia

  • Perumahan mampu milik berkualiti
  • Terletak di bandar utama
  • Dibangunkan di kawasan tumpuan penjawat awam
  • Rumah atas tanah atau bertingkat
  • Harga RM100,000 – RM400,000
jenis perumahan PPAM

Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021

Apa Lagi Yang Anda Perlu Tahu Tentang PPAM?

PPAM ni dilancarkan pade tahun 2013, dan direka untuk menyediakan rumah mampu milik untuk kakitangan kerajaan dan penjawat awam.

Disebabkan ini adalah skim khas, ada beberapa halangan untuk memastikan skim mendatangkan kesan positif.

Sekatan Skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia

  • 1 rumah Perumahan Penjawat Awam Malaysia untuk 1 isi rumah
  • Tak boleh dijual selama 10 tahun kecuali kepada keluarga terdekat/ dapat kelulusan kerajaan
  • Deposit 2% ketika tandangan SPA
  • Tak boleh mohon unit khas
  • Tak boleh ubah unit bila tawaran dah dapat
  • 2 bulan untuk dapatkan pinjaman selepas dapat tawaran
  • Tak boleh buat rumah sewa

Baca Juga:Tarikh Bayaran PTPTN 2021:Semakan PTPTN Online

Objektif Perumahan Penjawat Awam Malaysia

Perumahan Penjawat Awam Malaysia Jabatan Perumahan Negara adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

jenis harga rumah PPAM PPA1M

Baca Juga:Amalan Terbaik Malam LailatulQadar:Amalan Sedikit Pahala Banyak

Fungsi Perumahan Penjawat Awam Malaysia

Cawangan Perumahan Penjawat Awam Malaysia PPAM, Jabatan Perumahan Negara bertindak sebagai Agensi Penyelaras pelaksanaan program dan juga sebagai Agensi Pelaksana. Agensi pelaksana lain adalah Perbadanan Putrajaya (PJC) bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya. Walau bagaimanapun, PJC juga perlu merujuk kepada Cawangan Perumahan Penjawat Awam Malaysia, Jabatan Perumahan Negara dari segi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek terutamanya yang melibatkan perkara-perkara dasar.

Peranan Bahagian ini antara lain adalah seperti berikut:

  • Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau pelaksanaan program Perumahan Penjawat Awam Malaysia
  • “Single Point of Contact” untuk serahan cadangan Perumahan Penjawat Awam Malaysia;
  • Membentangkan cadangan projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Perumahan Penjawat Awam Malaysia untuk pertimbangan dan kelulusan; dan
  • Urus Setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Perumahan Penjawat Awam Malaysia dan juga Mesyuarat Jawatankuasa Khas Perumahan Penjawat Awam Malaysia

Baca Juga: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online

Konsep Perumahan Penjawat Awam Malaysia

Perumahan Penjawat Awam Malaysia adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Skim ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.

Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini.

Baca Juga:Bayaran BPR Fasa2 2021:Tarikh Bayaran, Baki Serta Permohonan Rayuan BPR

Garis Panduan Perumahan Penjawat Awam Malaysia

Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) merupakan satu usaha Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang berkualiti di lokasi yang strategik pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Harga jualan bagi rumah PPAM adalah di antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit kepada semua anggota perkhidmatan awam yang layak. Dalam hal ini, Kerajaan telah mensasarkan untuk membina 100,000 unit rumah PPAM menjelang tahun 2018.

Baca Juga:Duit eKasih: Semakan Tarikh Bayaran & Kemaskini Permohonan

Apakah Masa Depan Untuk PPAM?

Pengumuman baru-baru ni membuatkan ramai ragu-ragu dengan mase depan PPAM, apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menasihatkan supaya semua inisiatif rumah mampu milik digabungkan dibawah satu naungan yang sama.

pengumuman menteri PPAM

Bagi anda yang ingin membuka akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus anda kini boleh membuka akaun secara atas talian klik: BUKA AKAUN SSPN ONLINE

Masa Depan Inisiatif Rumah Mampu Milik

Memang tak diragukan yang PPA1M PPAM memberi peluang kepada kakitangan awam yang berkelayakan untuk membeli rumah mampu milik.

Peluang tu akan digabungkan dengan peluang skim perumahan mampu milik yang lebih besar, dengan pengumuman yang menunjukkan kedua-dua PPAM dan PR1MA akan beroperasi di bawah satu polisi negara yang sama.

Walaupun belum pasti lagi, tapi nampak gaya penggabungan inisiatif perumahan mampu milik ini dirancang untuk memberikan butiran yang lebih jelas untuk memastikan arah yang lebih terpusat pade masa depan.

Tak kisah la apa pun yang akan datang dari gabungan ni nanti, tapi yang pastinya, rumah mampu milik masih menjadi keutamaan penting bagi warganagara Malaysia!

Soalan Lazim Permohonan PPAM

1.Bagaimanakah untuk memohon unit Rumah PPAM?

Jawapan :

  • Semua permohonan PPAM selain Putrajaya hanya boleh dibuat melalui laman web www.ppam.gov.my manakala permohonan bagi projek di Putrajaya boleh dibuat di http://ppam.putrajaya.gov.my/.
  • Tiada borang secara manual.
  • Pemohon boleh merujuk manual pengguna di http://www.ppam.gov.my/themes/ppam-portal/assets/manual/pemohon.pdf

2.Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon PPAM?

Jawapan : Pemohon hanya perlu melengkapkan borang profil dan permohonan serta memuat naik dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan)
  • Salinan slip gaji terkini
  • Salinan kad pesara ( bagi pesara dan permohonan anak pesara)
  • Salinan surat beranak (bagi permohonan anak pesara)

3.Bilakah permohonan untuk membeli unit Rumah PPAM dibuka?

Jawapan : Maklumat berkenaan projek-projek yang dibuka untuk permohonan akan dikemaskini di portal PPAM dari semasa ke semasa.

4.Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?

Jawapan : Status permohonan boleh disemak di portal PPAM dan melalui aplikasi mobile dan rujuk status permohonan. Penjelasan status dalam Sistem PPAM adalah seperti berikut:

5.Apakah maksud status pemohonan saya?

Jawapan : Berikut adalah penjelasan maksud status pemohonan:-

  • Lengkap : Sedang disemak oleh PPAM.
  • Pengundian Seterusnya : Undian telah dilaksanakan namun permohonan belum berjaya mendapat tawaran, undian semula akan dibuat semula sekiranya terdapat kekosongan pada masa akan datang.
  • Ditawarkan : Telah berjaya mendapat tawaran untuk projek yang telah dimohon.
  • Tidak Ditawarkan : Permohonan tidak lengkap / Tidak berjaya dalam Undian.

6.Bila keputusan permohonan akan diperoleh?

Jawapan : Keputusan permohonan boleh disemak selepas tempoh selepas 14 hingga 30 hari iklan ditutup di laman web PPAM dan tertakluk kepada jumlah permohonan diterima..

7.Mengapa skim Jawatan saya tiada dalam senarai?

Jawapan : Sila TAIP skim perkhidmatan dan gred pemohon dalam ruang ‘Cari Skim Perkhidmatan’.

Contoh : Pembantu Tadbir (N19)

8.Mengapa saya tidak dapat mengemaskini/akses maklumat dalam laman web PPAM?

Jawapan : Pemohon disarankan menggunakan komputer/komputer riba dengan prestasi rangkaian internet yang stabil dan menggunakan Google Chrome.

9.Saya adalah seorang anak pesara. Bolehkah saya memohon PPAM?

Jawapan : Boleh dengan syarat pesara tersebut masih hidup, mempunyai Kad Pesara dan hanya seorang anak sahaja boleh ditawarkan PPAM (sekiranya berjaya).

10.Bagaimanakan untuk memohon dibawah Skim Anak Pesara?

Jawapan : Sila rujuk panduan: http://www.ppam.gov.my/themes/ppam-portal/assets/manual/anak_pesara_v1_0.pdf

11.Saya cuba mendaftar akaun PPAM, walau bagaimanapun terdapat mesej paparan “kad pengenalan telah wujud”?

Jawapan : Maklumat pemohon telah didaftarkan. Sila semak emel yang pernah didaftarkan dan mulakan proses lupa kata laluan untuk mengakses ke dalam akaun PPAM.

12.Sekiranya saya terlupa kata laluan/emel bagaimanakah saya boleh reset kembali akaun saya?

Jawapan : Emel ke [email protected] untuk semak emel yang pernah didaftarkan.

Sila maklumkan sekiranya terdapat pindaan kepada emel. Sila gunakan emel peribadi (keutamaan Gmail dan Yahoo) untuk pendaftaran.

13.Mengapa saya tidak menerima emel pengaktifan akaun?

Jawapan : Proses pengaktifan akaun perlu dimulakan semula untuk menerima emel tersebut. Sila rujuk: http://www.ppam.gov.my/themes/ppam-portal/assets/manual/pengaktifan_akaun.pdf

14.Jika saya tersalah isi maklumat profil, bagaimanakah cara-cara untuk membuat pembetulan tersebut? (Contoh: ejaan nama/ alamat surat menyurat)

Jawapan : Sila log masuk ke dalam akaun PPAM dan kemaskini maklumat terkini. Walau bagaimanapun untuk setiap permohonan yang telah ditekan hantar dan berstatus lengkap, maklumat permohonan tersebut tidak boleh dibuat sebarang pindaan.

15.Bolehkah saya memohon projek yang telah ditutup?

Jawapan : Permohonan bagi projek yang telah ditutup adalah tidak dibenarkan.

Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan

Soalan Tentang Bayaran & Pinjaman

1.Bolehkah saya memasukkan penama kedua dalam Perjanjian Jual dan Beli?

Jawapan : Boleh. Sila maklumkan kepada pemaju untuk urusan memasukkan penama kedua di dalam Perjanjian Jual dan Beli.

2.Apakah institusi kewangan yang boleh digunakan untuk membuat pinjaman pembayaran rumah PPAM?

Jawapan : Pemohon boleh mendapatkan pembiayaan perumahan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), bank konvensional, koperasi kerajaan atau lain-lain institusi kewangan yang diiktiraf.

3.Berapa lamakah Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) untuk projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia?

Jawapan : Tertakluk kepada Akta 118 iaitu 24 bulan daripada tarikh pembeli mengambil pemilikan kosong (Vacant Possession) kecuali Sabah dan Sarawak (18 Bulan).

4.Berapakah yuran penyelengaran bagi rumah strata?

Jawapan : Yuran penyelenggaraan adalah bergantung kepada penetapan oleh pemaju/Badan Pengurusan berdasarkan kepada kadar penyelenggaraan semasa.

5.Adakah saya boleh menjual unit rumah PPAM yang telah saya miliki?

Jawapan : Tidak boleh, Unit-unit PPAM dikenakan moratorium iaitu tidak boleh dipindahmilik bagi tempoh 10 tahun dari tarikh Perjanjian Jual dan Beli ditandatangani.

pinjaman lppsa ppam ppa1m

Baca Juga:Tarikh Bayaran PTPTN 2021:Semakan PTPTN Online

Soalan Lazim Projek

1.Dimanakah lokasi Projek PPAM?

Jawapan : Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia dibina di seluruh Malaysia.

2.Berapakah harga rumah PPAM?

Jawapan : Harga rumah PPAM bermula daripada RM90,000 sehingga RM300,000 bagi unit standard dan tertakluk kepada lokasi dan saiz rumah.

3.Apakah jenis dan saiz rumah Perumahan Penjawat Awam Malaysia?

Jawapan : Jenis rumah yang ditawarkan oleh Perumahan Penjawat Awam Malaysia PPAM ialah pangsapuri, teres, berkembar, rumah bandar, kluster dan banglo dengan keluasan bermula dari 850kps sehingga 1,500kps

4.Saya tidak ditawarkan. Bolehkah saya membuat rayuan?

Jawapan : Boleh dan akan dipertimbangkan berdasarkan kekosongan. Sila kemukakan permohonan rayuan lengkap dengan nama penuh, no kad pengenalan dan sebab-sebab rayuan dan diemelkan kepada [email protected]

projek ppam ppa1m

Wajib Baca: Keistimewaan Ramadhan:Bulan Seribu Bulan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut tentang perumahan penjawat awam Malaysia semakan status permohonan perumahan penjawat awam anda boleh layari https://www.ppam.gov.my/ atau hubungi:

CAWANGAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA

JABATAN PERUMAHAN NEGARA

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Aras 35, No.51 Persiaran Perdana

Presint 4, 62100 Putrajaya

Malaysia

Waktu perkhidmatan :

Isnin hingga Jumaat

08:00 Pagi – 05:00 Petang

Telefon: +603-80008000

Faks: +603-88915588

Emel: [email protected]

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang PPAM ini memudahkan anda untuk membuat permohonan insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment