Duit eKasih: Semakan Tarikh Bayaran & Kemaskini Permohonan
Duit eKasih antara bantuan yang amat ditunggu oleh mereka yang layak kerana dengan bantuan ini dapat membantu meringankan beban mereka yang amat memerlukan.
Sistem eKasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Ringkasnya, bantuan duit eKasih adalah untuk mereka yang miskin tegar. Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150
Untuk mengetahui syarat kelayakan cara memohon bantuan Duit eKasih ini serta tarikh bayaran duit ekasih masuk ke bank, baca info selanjutnya di bawah.
Baca Juga:Permohonan YTP MARA 2021:Pinjaman Boleh Ubah Young Talent Development Programme
Pemohon Biasiswa 2024 Semak Di SINI:
- · Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank:Cara & Syarat Permohonan
- · Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu :Semak kelayakan & Cara Memohon
- · Biasiswa PIDM:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
- · Biasiswa MyBrain SC :Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama
- · Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA
- · PIDN JPA : Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)
- · Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang
- · Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Online 2024
- · Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
Apakah eKasih?
eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:
- Membuat semakan status kemiskinan secara online
- Menyelaraskan maklumat bantuan
- Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
- Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
Selain tujuan di atas, data eKasih juga akan digunakan untuk pemberian bantuan skim i-Suri KWSP sebanyak RM480 setahun seperti yang diumumkan dalam Belanjawan .
Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank :Cara & Syarat Permohonan
Syarat Kelayakan Permohonan Duit eKasih
Bagi memohon bantuan Duit eKasih, seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.
Untuk rujukan yang lebih terperinci, PGK semasa adalah seperti berikut mengikut negeri :
Baca Juga:Tarikh Bayaran PTPTN :Semakan PTPTN Online
Proses Permohonan
Proses permohonan duit eKasih adalah seperti berikut:
Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan
Panduan Pendaftaran
Individu yang ingin mendaftar Duit eKasih boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
Individu / orang awam boleh menghubungi Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui:
- telefon
- surat
- e-mel rasmi
- membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
*Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.
Baca Juga:PIDN JPA 2021: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)
Maklumat Yang Diperlukan
Untuk memohon duit eKasih , pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu
- Butiran KIR dan AIR
- Lokasi
- Kediaman
- Pendidikan
- Kemahiran dan pekerjaan
- Harta
- Kesihatan
- Bantuan
- Pendapatan
*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
Wajib Baca: Keistimewaan Ramadhan:Bulan Seribu Bulan
Semakan Status eKasih
Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status Duit eKasih.
Baca Juga:Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu :Semak kelayakan & Cara Memohon
Tarikh Bayaran Duit eKasih
*AKAN DIKEMASKINI
Kerajaan masih belum mengumumkan tarikh rasmi pembayaran Duit eKasih. Tarikh bayaran eKasih akan dikemaskini setelah kerajaan mengumumkan tarikh rasmi pembayaran duit eKasih.
Soalan Lazim
(1)Apakah eKasih?
eKasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan. Duit eKasih
(2)Adakah eKasih itu satu program bantuan Kerajaan?
eKasih bukanlah program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan. Duit eKasih
(3)Bilakah eKasih diwujudkan?
eKasih dibangunkan secara in-house oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bermula pada Jun 2008 sistem ini telah digunakan sepenuhnya. Duit eKasih
(4)Apakah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang digunakan?
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap dua (2) tahun sekali. PGK semasa (tahun 2019) adalah seperti berikut:
Sumber: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
(5)Apakah yang dimaksudkan dengan PGK per kapita sesebuah isi rumah?
Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan bulanan semua ahli isi rumah dalam sesuatu tempat kediaman dan dibahagikan dengan bilangan ahli isi rumah tersebut. Duit eKasih
(6)Siapakah yang boleh mendaftar dalam eKasih?
Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar.
(7)Bagaimana individu boleh mendaftar dalam eKasih?
Individu/orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui telefon, surat atau e-mel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP). Duit eKasih
(8)Apakah maklumat yang direkodkan dalam Sistem eKasih?
Sembilan (9) komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu butiran KIR dan AIR, lokasi, kediaman, pendidikan, kemahiran dan pekerjaan, harta, kesihatan, bantuan dan pendapatan.
(9) Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR)?
KIR adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.Duit eKasih
(10)Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR)?
AIR ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal.Duit eKasih
(11)Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam Sistem eKasih Duit eKasih?
Anda boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.Duit eKasih
(12)Sekiranya nama telah didaftarkan dalam eKasih, bolehkah sebarang bantuan dapat disalurkan dan bila bantuan akan diberikan Duit eKasih?
Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing. Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa. Duit eKasih
(13)Bolehkah saya mendaftar saudara/rakan saya yang miskin/miskin tegar ke dalam Sistem eKasih Duit eKasih?
Boleh sekiranya saudara/rakan anda berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
Baca Juga:Biasiswa PIDM :Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja :Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan Duit eKasih
Untuk maklumat lanjut berkaitan duit eKasih , layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.
Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan tentang Duit eKasih.
Pertanyaan melalui e-mel boleh dihantar kepada pertanyaan@icu.gov.my
Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
Baca Juga:Biasiswa MyBrain SC 2021:Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama
Terima kasih. Semoga perkongsian maklumat tentang duit eKasih ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com