Daftar Tabika KEMAS Online: Pendaftaran Online Sesi 2024/2025 (Untuk 3-5 Tahun)
Aplikasi Daftar Tabika KEMAS Online Sesi 2024/2025 ini dibangunkan melalui projek rintis bagi membantu rakyat dengan memberi kemudahan melakukan permohonan kemasukan anak ke prasekolah dan tabika secara dalam talian.
Anda Mungkin Berminat, Carian Tertinggi Di Google
- Cara Memohon STR 2024
- Cara Semakan Permohonan STR 2024
- Contoh Kertas Kerja
- Surat Permohonan Kerja Kosong. Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Syarat Permohonan STR 2024
- RAYUAN STR: Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula
- Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024
- Contoh Surat Rasmi
- Biasiswa Sekolah Menengah
- Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
- Biasiswa Kecil Persekutuan 2024: Cara Permohonan BKP Online
Permohonan Daftar Tabika KEMAS Online
Tahukah anda, perkhidmatan digital baharu di www.malaysia.gov.my kini menawarkan Daftar Tabika KEMAS Online sesi pembelajaran 2024/2025.
Jika sebelum ini hanya ada e-Prasekolah untuk tujuan pendaftaran atas talian bagi Prasekolah KPM, kini pendaftaran online telah diperluaskan untuk Daftar Tabika KEMAS Online.
Baca Juga:Tips Ajar Anak Membaca. Cara Santai & ‘Fun’
Walaubagaimanapun, sebagai permulaan hanya beberapa TABIKA KEMAS saja yang boleh menggunakan Daftar Tabika KEMAS Online 2024/2025
Jom kita ketahui syarat Daftar Tabika KEMAS Online Sesi 2024/2025, senarai TABIKA yang terlibat dan dokumen yang diperlukan untuk ibu bapa membuat persediaan.
Baca Juga: Daftar Prasekolah Online
Apakah TABIKA KEMAS?
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tabika KEMAS trtakluk Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:
- Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) : kanak-kanak 2 – 4 Tahun
- Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun
Baca juga: Pendaftaran Murid Tahun 1 Online KPM
Syarat Daftar Tabika KEMAS Online
- Permohonan Tabika KEMAS Online Sesi 2024/2025 boleh dilakukan oleh ibu/bapa/penjaga kanak-kanak.
- Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak haruslah mendaftar sebagai pengguna berdaftar di Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS (https://enrol.kemas.gov.my/permohonan/public/) atau di Portal MyGovernment (https://www.malaysia.gov.my/).
- Permohonan hanya boleh dilakukan 1 KALI SAHAJA.
- Salah seorang daripada Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak haruslah berstatus WARGANEGARA MALAYSIA.
- Permohonan HARUSLAH DICETAK dan DIHANTAR ke TABIKA KEMAS pilihan berserta dokumen-dokumen sokongan bagi tujuan semakan. Borang permohonan
- TIDAK AKAN diproses sekiranya dokumen-dokumen ini tidak dihantar ke TABIKA KEMAS.
- Profil kanak-kanak haruslah didaftarkan di Profil Keluarga di MyDashboard Pengguna Portal MyGovernment (www.malaysia.gov.my/portalprotected/familyprofile) terlebih dahulu sebelum permohonan boleh dilakukan.
- Kanak-kanak haruslah berstatus WARGANEGARA MALAYSIA serta berumur 3 – 5 tahun pada tahun permohonan.
Permohonan Bantuan Yuran Taska RM 100 sebulan. Program Asuh Pintar
Senarai TABIKA KEMAS Untuk Daftar Tabika KEMAS Online Sesi 2024/2025
Senarai TABIKA KEMAS yang terlibat dalam projek rintis MyGovernment untuk Daftar Tabika KEMAS Online Sesi 2024/2025 adalah seperti berikut:
SELANGOR
1. TABIKA KEMAS 31 Rad
2. TABIKA KEMAS Jalan Bahagia Olak Lempit A
3. TABIKA KEMAS Kg. Kerdas
4. TABIKA KEMAS Kg. Teras Jernang
5. TABIKA KEMAS Kg. Salak Tinggi
PAHANG
1. TABIKA KEMAS Kampung Kuala Sat
2. TABIKA KEMAS Kampung Bukit Mat Daling
3. TABIKA KEMAS Sungai Kucing
4. TABIKA KEMAS (JAKOA) Sg.Berjuang
5. TABIKA KEMAS Kampung Tekek Pulau Tioman
NOTA: Bagi TABIKA KEMAS yang tidak terdapat dalam senarai di atas, anda boleh memuat turun Borang Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) atau di semua Tabika KEMAS yang berhampiran.
Rujuk senarai TABIKA KEMAS setiap di negeri dalam senarai di bawah:
- KEDAH
- PERLIS
- PULAU PINANG
- PERAK
- KELANTAN
- WILAYAH PERSEKUTUAN
- TERENGGANU
- PAHANG
- SELANGOR
- MELAKA
- NEGERI SEMBILAN
- JOHOR
- SABAH
- SARAWAK
*Cetak Di Sini : Borang Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Tarikh Daftar Tabika KEMAS Online Sesi 2024/2025
Permohonan secara talian di buka daripada 1 Jun 2021 sehingga 31 Oktober 2021.
Untuk pendaftaran menggunakan borang sila rujuk Tabika KEMAS yang berdekatan.
Baca Juga: Inisiatif Cerdik.org: Semak Kelayakan Bantuan Peranti / Laptop Pelajar B40
Cara Daftar Tabika KEMAS Online Sesi 2024/2025
Daftar Tabika KEMAS Sesi 2024/2025 melalui Portal MyGovernment adalah seperti berikut:
Cara Mendaftar Sebagai Pengguna
- Sila layari Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS melalui URL
- https://enrol.kemas.gov.my/
- Tekan butang Daftar
- Isi kesemua maklumat yang diperlukan dan tekan butang Hantar.
- Semak Peti Masuk (Inbox) pada e-mel yang didaftarkan. Pengguna akan menerima makluman pendaftaran yang akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
- Pemohon perlu klik pada pautan yang diberi sebagai pengesahan pendaftaran.
- Pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
- Pilih Kaedah ‘Kata Laluan’ untuk pengesahan.
- Log masuk dengan menaipkan ID Pengguna atau No. Kad Pengenalan/No. Pasport atau E-mel pengguna.
- Setelah berjaya log masuk, pengguna boleh membuat semakan/mengemaskini profil penguna di Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS. Ikuti langkah berikut untuk panduan mengemaskini maklumat di profil pengguna.
Baca Juga :UPU Online KPT: Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan
Cara Membuat Permohonan Daftar Tabika KEMAS Online
- Sila layari Daftar Tabika KEMAS Online Sesi 2024/2025 melalui URL https://enrol.kemas.gov.my/
- Klik [BORANG PERMOHONAN]
- Pilih No. MyKid kanak-kanak melalui senarai dropdown untuk membuat permohonan. Sekiranya tiada senarai No. MyKid untuk dipilih, sila kemas kini Profil Keluarga di MyDashboard Pengguna.
- Maklumat di Profil Pengguna merupakan maklumat yang diekstrak daripada pangkalan data Portal MyGovernment sewaktu pengguna pertama kali berjaya log masuk ke Aplikasi Daftar Tabika KEMAS Online Sesi 2022
- Maklumat yang diekstrak ialah:-
- Nama;
- No Kad Pengenalan;
- Alamat E-mel; dan
- No Telefon.
- Pemohon perlu memasukkan maklumat anak yang ingin dipohon ke dalam Senarai Profil Keluarga ini.
- Senarai No Mykid kanak-kanak hanya akan dipaparkan pada Borang Permohonan sekiranya terdapat maklumat kanak-kanak yang berumur 3 hingga 5 tahun pada tahun semasa di Profil keluarga Portal MyGovernment.
- Isikan juga Maklumat Kesihatan, Maklumat Keluarga, Maklumat Tanggungan, Pemilihan Tabika dalam ruang yang disediakan.
- Klik [Simpan] untuk menyimpan maklumat.
- Setelah selesai, anda perlu membuat pengesahan dan menerima notis permohonan berjaya.
- Sila cetak Borang Permohonan untuk dihantar ke tabika kemas.
Penting: BPR Isi Rumah :Semakan, Permohonan Baru & Kemaskini RM 500-RM1800
Dokumen Yang Diperlukan Semasa Pendaftaran KEMAS
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dilampirkan semasa menghantar permohonan ke sekolah TABIKA KEMAS yang telah dipilih.
- Borang Permohonan Online yang telah dicetak
- Borang Pengesahan Majikan / Slip gaji ibu dan bapa/penjaga
- Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
- Salinan MYKID Kanak-kanak 1 keping.
- Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak 1 keping.
- 1 Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
- 1 Salinan kad OKU (jika berkenaan)
- Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)
*Nota: Dokumen ini perlu dihantar dalam masa 2 minggu setelah tarikh permohonan online.
Baca Juga: Cara Login Google Classroom: Cara Log Masuk Mudah Beserta Gambar
Kaedah Pembelajaran Tabika KEMAS Semasa PKP
Kaedah pembelajaran Tabika KEMAS semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan adalah seperti gambar berikut:
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut Tentang Daftar Tabika KEMAS Online Sesi 2024/2025
Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disaran mendapatkan maklumat melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)
Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
Aras 5-9, No 47, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.
Tel: +603-8891 2682
Faks: +603-8888 2312
Emel: info[at]kemas[dot]gov[dot]my
Terima kasih. Semoga semua pemohon berjaya medaftarkan anak masing-masing insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com