Jadual UPKK Terkini Bagi Calon Tahun 2021 & 2020
JADUAL UPKK TERKINI 2021 (DITANGGUHKAN KEPADA 15-18 NOVEMBER)
Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dijadualkan pada 4 hingga 7 Oktober depan bagi calon 2020 dan 2021 secara serentak, ditangguhkan ke 15 hingga 18 November.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa serta ulasan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan keputusan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertarikh semalam.
Beliau berkata ia bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terjamin selain pusat peperiksaan melakukan persiapan secukupnya.
Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga optimis dengan usaha kerajaan ketika ini untuk menuju sasaran imuniti kelompok dan dengan itu membuat ketetapan hanya petugas peperiksaan yang mendapat dua dos lengkap vaksin sahaja dibenarkan untuk bertugas di semua pusat peperiksaan.
Selain itu, turut dmaklumkan bahawa pembukaan sesi persekolahan bagi calon peperiksaan UPKK juga dibuat mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan yang memutuskan sesi persekolahan untuk calon peperiksaan bermula pada 3 Oktober ini secara berperingkat mengikut perkembangan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Jadual UPKK Terkini
Jadual UPKK yang terkini akan dikemaskini dan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Baca Juga: Tarikh Buka Sekolah 2021: SOP Pembukaan Semula Sekolah 3 Oktober
Jadual Terkini UPKK Bagi Calon 2020 & 2021 (Belum Dikemaskini)
Berikut dikongsikan jadual UPKK 2021 yang dikongsikan oleh JAKIM menerusi kenyataan media terkini.
Amali – Telah bermula awal 2021
- Solat
- Penghayatan Cara Hidup Islam
September 2021
- Ujian Lisan Tadarus & Tilawah
- Hafazan
- Tafsir
4-7 Oktober 2021
- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
- Sirah
- Jawi dan Khat
- Adab
- Lughatul Quran
Jadual UPKK Terkini
Baca Juga: Login SMPK Online:Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan
Kenyataan Media Rasmi Jadual UPKK Terkini JAKIM
Berikut adalah kenyataan rasmi oleh JAKIM:
KENYATAAN MEDIA
BERKENAAN
PELAKSANAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) BAGI CALON 2020 DAN 2021 YANG DILAKSANAKAN SECARA SERENTAK TAHUN 2021
Bil.21/2021
_____________________
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil perhatian dan memahami keresahan ibu bapa berkaitan pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi calon tahun 2020 dan 2021 yang dilaksanakan secara serentak pada tahun 2021. Menyedari perkara tersebut, JAKIM sekali lagi ingin memaklumkan tentang kaedah yang sedang dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan KAFA pada tahun ini. Jadual UPKK Terkini
2. UPKK mempunyai lapan subjek yang terdiri daripada dua subjek amali, satu subjek ujian lisan dan lima subjek bertulis. Bagi dua subjek penilaian amali iaitu Mata Pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam, penilaian telah bermula dari awal takwim persekolahan tahun 2021. Ia berdasarkan penilaian sepanjang sesi persekolahan termasuk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan mengambilkira ujian bulanan dan aktiviti dalam dan luar bilik darjah. Selain itu, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) turut diambil kira sebagai salah satu komponen penilaian UPKK, yang dinilai oleh Guru KAFA sekolah masing-masing.
3. Bagi Mata Pelajaran al-Quran yang merangkumi Ujian Lisan Tadarus dan Tilawah al-Quran, Hafazan dan Tafsir al-Quran, ia dinilai oleh Guru KAFA sekolah masing-masing yang dijadualkan bermula pada 1 hingga 30 September 2021. Jadual UPKK Terkini
4. Manakala lima subjek bertulis iaitu Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Jawi dan Khat, Adab Kertas 1 & 2 dan Lughatul Quran akan dilaksanakan pada 4 hingga 7 Oktober 2021. Sukacita dinyatakan juga, lima subjek bertulis tersebut bukan hanya peperiksaan bertulis semata-mata. Setiap subjek yang telah dirangka dalam kurikulum UPKK turut merangkumi aspek penghayatan dan amalan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian. Malah ia tidak terikat dengan pelaksanaan peperiksaan semata-mata, tetapi menjadi sebahagian daripada amalan fardhu ain. Jadual UPKK Terkini
5. Sehingga kini, UPKK masih kekal relevan dan ia terbukti dengan pertambahan jumlah calon yang menduduki ujian tersebut. Perkara ini sekaligus menunjukkan bahawa kesedaran masyarakat untuk menjadikan pendidikan KAFA sebagai pengukuhan kepada pendidikan Islam arus perdana semakin meningkat dan sebagai persediaan dari aspek rohani sebelum murid melangkah ke peringkat pendidikan menengah. Jadual UPKK Terkini
6. JAKIM optimis dengan usaha kerajaan menangani penularan wabak COVID-19 pada ketika ini. Oleh itu, dengan mengambil kira tempoh masa yang ada, pelaksanaan ujian bertulis UPKK masih mengikut jadual dan perancangan yang ditetapkan. Perkara ini juga dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya Garis Panduan Pengoperasian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain dan Sekolah Agama Dalam Norma Baharu yang telah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 9 Jun 2021, berdasarkan ulasan/pandangan yang telah dikemukakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadual UPKK Terkini
7. JAKIM juga sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa penularan COVID-19 di negara ini khususnya dari aspek keselamatan murid dan semua petugas peperiksaan. JAKIM dengan kerjasama semua agensi terlibat telah menyediakan pelan tindakan yang sewajarnya demi memastikan pelaksanaan UPKK tahun 2021 berjalan lancar. Selain itu, penilaian terhadap murid juga boleh dibuat melalui pelbagai kaedah termasuk dari aspek kaedah pelaksanaan UPKK. Justeru, JAKIM sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan tersebut. Jadual UPKK Terkini
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
13 Jun 2021
Baca Juga: Sekolah Siraj JAWI:Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI 2022.
Kebaikan Ujian UPKK Kepada Murid
Beliau menambah, UPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.
Peperiksaan itu malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.
Tidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan. Jadual UPKK Terkini
Ketahui Juga: Semak Check kelajuan Internet Rumah Sekolah Pejabat:Cara Buat Speedtest Guna Web & Apps
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan jadual terkini ujian UPKK bagi calon 2020 dan 2021 boleh rujuk di:
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang jadual terkini ujian UPKK bagi calon 2020 dan 2021 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA semak biasiswa di sini:
- Dermasiswa Lepasan SPM:Cara Memohon & Semakan Kelayakan Sesi 2021/2022
- Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK
- Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini
- Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan
- Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan
- Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon
- Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
- Biasiswa IPT Yayasan Pahang:Permohonan Biasiswa Universiti Tempatan 2021/2022
- Biasiswa MyBrain SC 2021:Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama
- Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA 2021
- PIDN JPA 2021: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)
- Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021
Lain-lain biasiswa anda boleh seacrh di keptennews.com