Mohon Sijil Peperiksaan Baru:Cara Permohonan Sijil Pelajaran Baru Rosak/Hilang
Cara mohon sijil peperiksaan baru jika sijil asal yang diterima sebelum ini rosak atau hilang secara atas talian atau online untuk memudahkan anda. Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) adalah satu dokumen penting sekiranya anda ingin memohon kemasukan ke pusat pengajian tinggi ataupun meminta kerja. Sebarang kehilangan sijil SPM akan menyulitkan proses tersebut.
Cara mohon sijil peperiksaan baru anda boleh gunakan untuk semua jenis peperiksaan Malaysia pilih sahaja peperiksaan yang anda mahukan menggunakan langkah yang ditunjukkan seperti di bawah.
Banyak faktor yang menyebabkan kehilangan sijil tersebut. Ada yang mengalami kebakaran rumah yang menyebabkan sijil tersebut juga hangus terbakar. Keciciran atau hilang semasa berpindah rumah boleh menyebabkan sijil SPM tidak dapat dikesan. Mohon Sijil peperiksaan Baru
Sijil-sijil peperiksaan sewaktu di zaman persekolahan sebenarnya penting bagi sesebuah urusan. Terutama sekali bagi urusan permohonan kerja. Bagi sesetengah syarikat, dokumen sijil-sijil peperiksaan adalah penting bagi melayakkan seseorang itu mendapatkan sesuatu pekerjaan yang dimohon.
Kami akan kongsikan cara untuk Mohon Sijil peperiksaan Baru SPM yang telah hilang. Anda hanya perlu ikut Langkah-langkah yang kami syorkan. Untuk Mohon Sijil Pelajaran Baru peperiksaan yang lain ikuti langkah yang sama seperti di bawah.
Baca Juga: BKC 2021: Semakan & Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Covid-19
Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA / IPTS semak biasiswa di sini:
- Dermasiswa Lepasan SPM:Cara Memohon & Semakan Kelayakan Sesi 2021/2022
- Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK
- Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini
- Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan
- Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan
- Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon
- Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
- Biasiswa IPT Yayasan Pahang:Permohonan Biasiswa Universiti Tempatan 2021/2022
- Biasiswa MyBrain SC 2021:Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama
- Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA 2021
- PIDN JPA 2021: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)
- Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021
Lain-lain biasiswa anda boleh seacrh di keptennews.com
Prosedur Mohon Sijil Peperiksaan Baru SPM Hilang/Rosak/Tidak Dituntut
Untuk makluman anda semua permohonan salinan keputusan peperiksaan i secara online ini telah dibuka bermula 1 Februari 2021.
Apa yang pasti perkhidmatan ini akan lebih memudahkan urusan kita untuk mendapatkan sijil-sijil peperiksaan yang dah hilang atau nak dapatkan sijil SPM/PMR yang masih belum dituntut.
Untuk makluman anda, Lembaga Peperiksaan tidak mengeluarkan salinan pelaporan UPSR dan PT3. Pemohon dinasihatkan menghubungi sekolah untuk urusan tersebut. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses, pastikan anda menyemak permohonan selengkapnya. Semoga perkongsian ini membantu anda mendapatkan semula sijil peperiksaan yang baru. Keputusan masih sama ye, jangan berangan pula keputusan berubah.
Baca Juga: SPA9: Cara Login & Semakan Permohonan Jawatan Kosong JPA
Cara Permohonan Sijil SPM Hilang/Rosak Secara Online
Kini anda boleh membuat sebarang urusan secara atas talian. Anda boleh ikut langkah-langkah berikut:
- Sila buka website e-Lembaga Peperiksaan: https://elp.moe.gov.my/
- Seterusnya pilih salinan keputusan yang anda inginkan.
- Klik dekat situ dan isikan maklumat pada borang permohonan.
- Akan ada caj dikenakan, so proceed untuk buat bayaran. (*Untuk SPM cajnya RM30)
- Tempoh 7 hari bekerja untuk proses pengeposan slip keputusan.
Artikel Lain: Dermasiswa Lepasan SPM:Cara Memohon & Semakan Kelayakan Sesi 2021/2022
Langkah Mohon Sijil Peperiksaan SPM Baru Hilang/Rosak Online
LANGKAH 1:
Anda perlu layari PORTAL RASMI e-LEMBAGA PEPERIKSAAN terlebih dahulu. Kemudian, anda akan lihat paparan seperti di bawah.
Klik pada bahagian ‘PERKHIDMATAN’ di bahagian kiri skrin.
LANGKAH 2:
Klik pula pada bahagian ‘SALINAN KEPUTUSAN’
LANGKAH 3:
Anda dipaparkan senarai exam seperti di bawah. Pilih sijil peperiksaan mana yang nak buat permohonan tu, so admin bagi contoh kita mohon sijil SPM.
Klik di bahagian ‘SPM’
LANGKAH 4:
Isikan no kad pengenalan anda dan klik pada ‘PAPAR BORANG PERMOHONAN’ untuk anda isi borang permohonan secara online.
LANGKAH 5:
Anda akan lihat seperti paparan di bawah tahun peperiksaan SPM yang di ambil pemohon, nama penuh pemohon, dan tarikh lahir.
Isi kesemua maklumat yang diperlukan untuk mohon sijil peperiksaan baru dengan teliti dan betul sebelum proceed ke langkah yang berikut.
LANGKAH 6:
Semak kesemua maklumat yang diberikan seperti paparan di bawah.
Pilih berapa jumlah salinan yang anda perlukan, kemudian klik pada bahagian ‘PENGHANTARAN SALINAN’
Ada dua jenis pilihan iaitu:
- Ambil sendiri di LPM
- Ataupun POS LAJU (Caj RM10 akan dikenakan)
LANGKAH 7:
Sekiranya anda memilih untuk mohon sijil peperiksaan baru menggunakan perkhidmatan Pos Laju jumlah keseluruhan yang akan dikenakan adalah sebanyak RM40 (RM30 Salinan Sijil + RM10 Pos Laju)
Selesai buat semakan, klik pada ‘PENGESAHAN PERAKUAN PEMOHON’ dan klik ‘MOHON’
Selesai sudah proses mohon sijil peperiksaan baru! Anda boleh terus proceed ke proses pembayaran dan tinggal tunggu Sijil SPM atau sijil peperiksaan yang anda mohon sampai ke depan pintu rumah.
Baca Juga: Permohonan TLDM 2021:Pendaftaran Ambilan Lepasan SPM/SVM&Diploma Kejuruteraan
Permohonan Sijil SPM Hilang/Rosak Melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan Malaysia, Putrajaya
- Bagi mohon sijil peperiksaan baru pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/96a yang boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Sijil Lembaga Peperiksaan (LP) di Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Putrajaya ATAU memuat turun dengan KLIK DISINI : BORANG PERMOHONAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
- Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan.
- Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri dari ahli keluarga terdekat.
- Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon beserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. (Untuk muat turun surat perlantikan boleh dapatkan di dalam borang permohonan keputusan peperiksaan)
- Untuk mohon sijil peperiksaan baru melalui orang perseorangan tanpa Surat Pelantikan Wakil, agen atau syarikat tertentu tidak dibenarkan
- Bayaran proses sebanyak RM30.00 (Ringgit: Tiga puluh sahaja) dikenakan bagi setiap salinan pernyataan keputusan peperiksaan dan boleh dibayar secara tunai di kaunter.
Baca Juga: Cara Cetak Slip Keputusan SPM Penuh 2020
Permohonan Sijil SPM Hilang/Rosak Secara POS
Untuk mohon sijil peperiksaan baru melalui pos hendaklah disertakan bersama-sama dokumen berikut :
- Borang permohonan LP/SIJIL/Pin 1/96a (seperti pemohon melalui kaunter LP)
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Wang Pos (Postal Order), Kiriman Wang (Money Order) atau Draf Bank (Bank draft) atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN bernilai RM 30.00. (Cek persendirian tidak diterima).
- Semua permohonan melalui pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira hari perjalanan pos.
- Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:
PENGARAH PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 10, BLOK E 11, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
Baca Juga: Jadual Tarikh Peperiksaan SPM 2021:Peperiksaan SPM & Percubaan SPM
Tempoh Masa Pengeluaran Salinan Keputuan Peperiksaan Baru
Menurut e-Lembaga Peperiksaan, tempoh pengeluaran mohon sijil peperiksaan baru salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja.
- Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 –satu (1) jam.
- Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja.
- Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SPVM, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) – tujuh (7) hari bekerja.
Baca Juga: Semak Semula Keputusan SPM 2020:Cara Buat Rayuan Cetak Borang Semakan
Soalan Lazim
1.Bagaimana untuk memohon salinan sijil SPM Hilang/Rosak yang baharu selain daripada cara online?
Pihak tuan/puan boleh mengemukakan borang permohonan mohon sijil peperiksaan baru ke Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan salinan sijil LCE, SRP ,PMR, MCE dan SPM tersebut. Permohonan salinan sijil yang hilang atau rosak boleh dibuat melalui 3 cara iaitu:
Secara Terus ke LEMBAGA PEPERIKSAAN
Pemohon mohon sijil peperiksaan baru boleh datang sendiri ke Kaunter Sijil yang terletak di lobi utama aras Bawah, Blok E11, LP Putrajaya, bayaran RM30.00 dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalan dan salinan keputusan (jika ada).
Mewakili Pihak Ketiga (Ibubapa/suami/isteri dan adik beradik)
Pemohon mohon sijil peperiksaan baru boleh mewakili permohonan Salinan Keputusan kepada pihak ketiga dengan syarat, pihak ketiga membawa bersama-sama salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan keputusan (jika ada) dan surat wakil (boleh didapati di laman web LP).
Permohonan Melalui Pos
Pemohon mohon sijil peperiksaan baru boleh membuat permohonan melalui pos dengan cara menghantar Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1.06. Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan Kad Pengenalan hendaklah dipos ke alamat yang tertera di dalam laman web LP.
Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/06 boleh didapati di kaunter sijil LP Putrajaya atau boleh dimuat turun dari laman web LP di lp.moe.gov.my. Setiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak RM30.00 dikenakan. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama “AKAUNTAN NEGARA”. Cek persendirian tidak diterima.
Baca Juga: Tarikh Bayaran BKSS 2021:Jadual Penuh Bayaran BKSS 2021
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai cara mohon sijil peperiksaan baru sila hubungi Unit Pensijilan, Lembaga Peperiksaan di talian
03-8884 3526/3528.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara mohon sijil peperiksaan baru ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com