Permohonan Akademi Laut Malaysia (ALAM) 2021:Cara Mohon,Syarat & Semak Status
Permohonan Akademi Laut Malaysia 2021 Online Pengambilan Kadet (ALAM). Anda berminat kerjaya di laut? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Akademi Laut Malaysia (ALAM). Untuk makluman, permohonan kemasukan ALAM ambilan 2021 bagi program Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin di Akademi Laut Malaysia bakal dibuka secara online pada bulan Januari 2021.
Akademi Laut Malaysia atau ringkasnya ALAM adalah merupakan sebuah akademi permohonan latihan maritim Malaysia yang melahirkan 90% daripada pelaut negara ini. Kampus utama dan tempat training terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka.
Baca Juga: Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)
Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.
Apa Itu Alam Akademi Laut Malaysia
ALAM adalah akademi latihan maritim terkemuka di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1977, ALAM telah melatih lebih daripada ribuan profesional maritim untuk operasi darat dan luar pesisir. Pusat akademi dan latihan seluas 67 ekar ini terletak di sebuah kampus di Melaka, menghadap ke Selat Melaka yang sibuk.
Kemudahan pembelajaran, asrama, dan ruang makan komunal kami yang lengkap dirancang dengan mempertimbangkan pelajar. Dengan bilik darjah, bengkel dan pusat simulasi yang maju, ALAM komited untuk memberi anda setiap peluang untuk mencapai potensi penuh anda – profesional, intelektual dan sosial.
Baca Juga:Permohonan Rayuan BPR 2021 Fasa 2:Mulai 15-30 Jun 2021
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Permohonan Akademi Laut Malaysia 2021 Online Pengambilan Kadet (ALAM)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Akademi Laut Malaysia termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan : akan dikemaskini
Baca Juga:i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kelayakan Bantuan Suri Rumah
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
Program Pengajian Dan Syarat Permohonan Akademi Laut Malaysia
Berikut adalah maklumat program pengajian yang ditawarkan dan syarat kemasukan untuk keduadua program Diploma iaitu Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin bagi tahun 2021.
Syarat Asas Permohonan Akademi Laut Malaysia ALAM 2021
Syarat asas permohonan ALAM 2021 adalah seperti berikut:
1. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya C atau kredit yang baik 5 subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan salah satu samada Matematik Tambahan, Kimia atau Biologi.
2. Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia tidak melebihi 25 tahun.
3. Sihat dari segi fizikal dan mental.
4. Tidak rabun warna.
5. Penglihatan yang baik tanpa bantuan visual
*Nota: Syarat permohonan ALAM mengikut bidang pengajian adalah seperti dibawah;
Baca Juga:Permohonan PPC 2021:Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam
A) Pegawai Kadet Navigasi (Diploma Pengajian Nautika)
Syarat permohonan Akademi Laut Malaysia 2021 Pegawai Kadet Navigasi Diploma Pengajian Nautika adalah seperti berikut.
- SPM dengan sekurang-kurangnya (minima) ‘C’ atau kredit yang baik dalam 6 subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan salah satu subjek samada Matematik Tambahan, Kimia atau Biologi
- Pemegang Ijazah, Diploma dan Sijil Asasi/ Matrikulasi adalah digalakkan untuk memohon.
- Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia 18 tahun hingga 25 tahun
- Sihat dari segi mental, fizikal dan medikal
- Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5-24.9)
- Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5-24.9)
- Tidak rabun warna
- Penglihatan yang baik tanpa bantuan visual
Baca Juga:Semak Cabutan SSP BSN:Check Keputusan Cabutan Sijil Simpanan Premium Tahunan
Syarat Seterusnya
B) Pegawai Kadet Kejuruteraan Marin (Diploma Kejuruteraan Marin)
Syarat permohonan ALAM 2021 Pegawai Kadet Kejuruteraan Marin, Diploma Kejuruteraan Marin adalah seperti berikut:
- SPM dengan sekurang-kurangnya (minima) ‘C’ atau kredit yang baik dalam 6 subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan
- Pemegang Ijazah, Diploma dan Sijil Asasi/ Matrikulasi adalah digalakkan untuk memohon.
- Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia dari 18 tahun sehingga 25 tahun
- Sihat dari segi mental, fizikal dan medikal
- Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5-24.9)
- Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5-24.9)
- Tidak rabun warna
- Pengunaan cermin mata / kanta lekap dengan had penglihatan tidak melebihi 200 kuasa
Baca Juga: Semak Semula Keputusan SPM 2020:Cara Buat Rayuan Cetak Borang Semakan
Cara Permohonan ALAM 2021 Online
Tatacara permohonan akedemi laut Malaysia ALAM 2021 adalah seperti berikut:
- Pemohon perlu layari laman web rasmi ALAM http://www.alam.edu.my/
- Untuk pemohonan baru, anda perlu daftar pada butang ‘Register Now’.
- Login ke portal dan anda perlu mengisi Cadetship Application Form.
- Lengkapkan pada bahagian My Qualification dan tekan pada butang Submit.
Baca Juga: Daftar Prasekolah Online 2022
Nota : Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri proses temuduga dan ujian bertulis.
Baca Juga:Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK
Semakan Status ALAM Permohonan Akademi Laut Malaysia 2021 Online
Semakan status permohonan ALAM 2021 dalam talian adalah seperti berikut:
Cara Semakan Permohonan: Akan dikemaskini
Tarikh Semakan Permohonan: Akan dikemaskini
Baca Juga:Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan
Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan tentang Permohonan Kemasukan Akademi Laut Malaysia ALAM 2021 atau perkara lain berkaitan layari Web: http://www.alam.edu.my atau hubungi:
Akademi Laut Malaysia (ALAM)
Batu 30 Kampung Tanjung Dahan
78200 Kuala Sungai Baru
Melaka
No. Tel: 06 – 3882307
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Permohonan Kemasukan Akademi Laut Malaysia ALAM 2021 ini memudahkan anda untuk membuat permohonan kemasukan ke Akademi Laut Malaysia. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com