Connect Remote Astro Dengan TV:Cara Guna 1 Remote Sahaja

Connect Remote Astro Dengan TV:Cara Guna 1 Remote Sahaja

Cara connect remote astro dengan TV ini untuk memudahkan anda supaya dengan hanya satu alat kawalan (remote) anda boleh mengawal dua benda iaitu TV dan juga decoder astro anda,

Anda ada remote Astro tapi remote TV dah hilang? Jangan risau, anda boleh set dan sambungkan remote Astro anda dengan TV supaya anda boleh mengawal menggunakan satu remote sahaja. Connect remote astro anda dengan TV dengan mengikuti langkah di bawah.

Sekarang rasanya TV mahupun Astro hanya menggunakan alat kawalan jauh sahaja untuk control atau kawal channel. Mungkin ada butang disediakan tetapi pastinya sangat limited. Atau mungkin Smart TV moden untuk tahun-tahun mendatang ini dah tak sediakan langsung butang kawalan di TV.

Jadi kalau dah tiada butang kawalan di TV macam mana pula kalau remote tersebut hilang? Macam mana nak tukar siaran atau mengawal on/off mahupun volume TV? Beli remote barulah kan jawabnya. Tapi kalau hilang lagi, dan anda nak guna cepat? Nak beli juga?

Anda masih lagi boleh beli tetapi sebenarnya ada cara lain untuk anda buat jika remote TV anda hilang tetapi pastikan anda mempunyai sambungan bersama remote Astro. Ya! ini kerana, anda sebenarnya boleh connect remote astro dengan TV set dan sambungkan remote Astro dengan TV anda yang berada di rumah mengikut jenama. Lepas ni, nak on, off, kawal volume dan sebagainya guna remote Astro sahaja.

Baca Juga:Semak Status CTOS Online:Cara Daftar & Login Laporan Kredit

connect sambungkan remote astro dengan tv

Baca Juga: Semak Check kelajuan Internet Rumah Sekolah Pejabat:Cara Buat Speedtest Guna Web & Apps

Cara Set Dan Sambungkan Remote Astro Dengan TV

Setiap jenama mempunyai kod tersendiri untuk connect remote astro dengan TV bagi membolehkan remote Astro disambungkan dengan TV anda. Kod tersebut akan disenaraikan dibawah. Jadi kalau remote TV hilang, anda boleh guna remote Astro untuk kawal Astro dan TV dalam 1 masa tanpa masalah cuma perlu connect remote astro dengan TV terlebih dahulu.

Terdapat 2 cara untuk anda set connect remote astro dengan TV iaitu secara manual mengikut jenama TV dan juga fungsi yang disediakan sendiri oleh dekoder PVR Astro.

Baca Juga:Touch n Go eWallet:Pendaftaran & Penebusan Kredit eBelia RM 150

pairing remote astro ke tv

Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.

Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.

Cara Manual Connect Remote Astro Dengan TV

Sebelum mula, pastikan tahap volum TV anda pada tahap yang sesuai. Ini kerana, selepas remote Astro connect atau disambungkan dengan TV, volume tersebut menjadi tahap default TV anda. Kesemua risiko adalah tanggungan sendiri

1.  Halakan remote Astro Ke TV

2.  Tekan lama-lama pada butang OK dan TV serentak sehingga lampu LED di remote berkelip 2 kali

cara manual set remote astro dengan tv

3.  Tekan dan Masukkan 4 kod nombor mengikut jenama TV (senarai dibawah)

4.  Jika sudah masukkan 4 kod tersebut, lampu LED remote akan berkelip 2 kali

5.  Selesai! Kini anda boleh kawal TV dan Astro menggunakan remote Astro sahaja. Boleh on/off TV dan Astro dan kawal volum guna 1 remote sahaja.

Tetapi jika anda tidak berminat, jangan risau, anda boleh resete remote semula menjadi seperti asal.

Untuk Reset Remote Astro:

1.  Halakan remote Astro ke TV.

2.  Tekan lama-lama butang OK dan TV serentak sehingga lampu LED di remote berkelip 2 kali.

3.  Akhir sekali tekan dan masukkan kod 977

4. Selesai! sudah kembali kepada asal.

Baca Juga:i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kelayakan Bantuan Suri Rumah

Kod Sambungkan Remote Astro Dengan TV Mengikut Jenama

Berikut dikongsikan kod-kod mengikut jenama TV anda untuk setting dan connect remote astro baru anda dengan TV anda. Kod ini digunakan untuk anda hubungkan connect remote astro anda dengan TV supaya anda dapat menggunakan hanya remote astro untuk mengawal TV dan juga decoder astro anda.

Anda boleh pilih 4 kod yang disenaraikan dibawah mengikut jenama TV anda. Jika kod awal tidak berfungsi, anda boleh guna kod seterusnya.

SAMSUNG

0060 0812 0618 0178 0587 0009 0093 0556 1235 0108 0037 0217 0264 0370 0072 0156 1208 0766 0814 0216 0290 0821 0163

SONY

1825 1505 0011 1651 0036 0650 1010 0037 0056 0093 0170 0074

PHILIPS

0037 0556 1744 0772 1246 1304 0178 0108 0195 0087 0374 0760 0343 0595 0009 0200 0361 1521

PANASONIC

0650 0226 1650 1636 0108 1310 0037 0556 0163 1208 0508 0896 0361 0853 1335 0367 0516 0548 0001

TOSHIBA

1508 0508 0060 0009 0714 0036 0156 1656 0070 0093 2060 0264 1935 0412 1164 0618 1582 0650 0821 1704 0217 0109 1457 1916 1908 0698 0037 0736 1556 1037

LG

1423 0001 0178 0037 0556 0876 0370 1768 0377 0009 0714 0060 0217 0108 0216 0290 0163 0606 0109 0689 0715 0823 0829 1556 1191 0247 0367 1681 1539

PIONEER

1260 0760 0011 1070 1457 0698 0109 0037 0287 0556 0428 0370 0343 0361 0486 0512

SHARP

0093 0009 1393 0036 0491 0818 0256 1819 0650 0294 0653 0412 0516 0200 0760 2214

JVC

0653 1818 0036 1153 0606 1653 0371 0508 0731 0683 0192 0218 0418 0093 0650

HISense

0848 0208 0009 0145 0156 0227 0508 0696 0748 0753 0821 1170 0780

Haier

0698 0869 0264 0768 0779

Untuk jenama TV lain, boleh lihat senarai di Sky Best TV

kod pairing sambung remote astro kepada tv

Baca Juga:Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK

Cara Automatik Setting Remote Astro Dengan TV

Cara connect remote astro dengan TV ini hanya disediakan bagi pengguna astro dekoder PVR sahaja.

Cara ini lebih pantas dan anda tidak perlu masukkan apa-apa kod pun. Tetapi cara ini hanya disediakan bagi pengguna Astro yang menggunakan dekoder PVR (yang boleh record).

1.  Halakan remote Astro ke dekoder Astro

2.  Tekan lama-lama butang SET TV lebih 3 saat sehingga lampu LED di remote berkelip 2 kali

set tv dengan remote astro

3. Kemudian tekan butang 1 hingga 0 iaitu mengikut jenama TV anda

cara pairing connect sambung remote astro ke tv

4.  Bila TV secara automatik akan terpadam, TV dan Astro anda akan bersambung secara automatik

5.  Untuk reset kembali, anda boleh guna cara manual seperti langkah diatas

Anda juga kini boleh kawal volum, on/off TV, mute, dan butang AV hanya menggunakan remote astro.

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut tentang connect remote astro dengan TV anda boleh melayari laman web rasmi Astro pada pautan ini atau hubungi:

Tel: 03-9543 3838

Sekiranya kod yang anda masukkan buat pertama kali tidak berjaya, tukar sahaja kepada kod lain yang disediakan di dalam kategori yang sama.

Terima kasih. Semoga perkongsian cara connect remote astro dengan tv ini dapat memudahkan urusan anda untuk setting remote Astro anda. insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

3 thoughts on “Connect Remote Astro Dengan TV:Cara Guna 1 Remote Sahaja”

Leave a Comment