MyKasih:Cara Permohonan & Kelayakan Bantuan Barang Makanan (Cashless)
MyKasih kepada mereka yang layak dipelawa memohon bantuan barang makanan cashless yang diumumkan ini melalui PRIHATIN Kasih. Kerajaan baru-baru telah mengumumkan bantuan PRIHATIN Kasih, iaitu sejenis inisiatif cashless (Sistem MyKasih) menggunakan MyKad untuk membeli barangan rumah.
Tahukah anda apakah itu sistem MyKasih, cara mendaftar / memohon dan bagaimana ia berfungsi?
Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang MyKasih untuk makluman bersama.
Baca Juga: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41: Permohonan Guru One-Off 2021
Baca Juga: Bantuan Khas Covid-19 NADMA:Syarat Kelayakan, Tatacara Permohonan & Semakan Permohonan
RM100 Juta Untuk 300,000 Isi Rumah Golongan Miskin Bandar Secara Tanpa Tunai (Cashless) Melalui MyKasih MyKad Bermula Julai 2021⠀
- Program PRIHATIN Kasih MyKasih adalah sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.
- Diumumkan di bawah pakej PEMERKASA, peruntukan RM100 juta untuk program ini dijangka dapat memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara dengan penyaluran sejumlah RM100 untuk 3 bulan, bermula 1 Julai 2021.⠀
- Antara barangan asas yang boleh dibeli MyKasih temasuklah makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya, yang boleh di beli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit.⠀
- Penerima PRIHATIN Kasih MyKasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat. Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/
Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
Apakah MyKasih Foundation?
MyKasih Foundation adalah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.
Baca Juga: Program Bakul Makanan JKM:Cara Mohon Melalui Online & Borang Permohonan
Baca Juga: Permohonan Rayuan Tingkatan 6:Permohonan Online & Borang Permohonan
Cara MyKasih Berfungsi
Apabila keluarga terpilih disetujui oleh penderma MyKasih, setiap keluarga akan mencalonkan penerima, di mana butiran akaun MyKad ini akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless MyKasih.
Penerima bantuan makanan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad atau MyKasih mereka di kedai runcit yang mengambil bahagian.
MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Penerima MyKasih boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.
Baca Juga: Refund Return Barang Shopee Guna PosLaju & J&T:Barang Rosak Atau Lambat Sampai
Cara Semakan Status Prihatin Kasih MyKasih
Bagaimanakah cara nak tahu status Prihatin Kasih MyKasih? Anda boleh semak kelayakan anda mengikut langkah ini:
- Layari portal semakan MyKasih di http://www.mykasih.com.my/
- Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih My Kasih anda di sini SEMAK STATUS
- Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
- Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
- Tekan pada butang Semak Status untuk semakan My Kasih.
Baca Juga: Permohonan Rayuan IPG Online:Tarikh Rayuan & Semakan Keputusan Rayuan
Cara Menggunakan Sistem MyKasih (Cashless)
Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.
Secara asasnya, anda boleh merujuk kepada langkah dan gambar rajah di bawah:
Baca Juga: Semakan Keputusan Permohonan IPG 2021 Online
Cara Daftar / Apply MyKasih
Penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.
Baca Juga: Tambah Kelajuan Internet Telefon:Cara Lajukan Internet Telefon Semua Telco
Borang Permohonan My Kasih
Menurut perkongsian di media sosial seorang pemohon, orang boleh membuat permohonan dnegan mengisi borang:
https://forms.office.com/pages/responsepage.aspx? id=M60fTgcNsEeEgZPSuvhVUEM5Zn0e7bVInHbpRpUIZ2tUNUQx NkRBNDYxVzhBSDZDUENXT1hZWDRSMyQlQCN0PWcu
Baca Juga: Refinance Rumah:Cara Membuat Pembiayaan Semula Rumah Terkini
Kadar Bantuan My Kasih
Program PRIHATIN Kasih melibatkan bantuan bulanan iaitu:
- RM100 untuk sebulan
- Diberikan selama 3 bulan
- Dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad
- Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan berikutnya
- Baki elaun boleh digunakan sehingga akhir tahun
Barangan makanan asas yang boleh dibeli termasuklah:
- makanan dalam tin
- susu bayi
- beras
- minyak masak
- telur
- dan sebagainya berdasarkan pilihan isi rumah
Program PRIHATIN Kasih ini melibatkan lebih daripada 300 rantaian pasar raya dan kedai di seluruh negara termasuklah:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
- Pacific
- Milimewa
- 99 Speedmart
- Lotus Stores (Tesco)
- serta kedai-kedai runcit
Fasa Pertama yang telah pun dilaksanakan bermula pada 1 Julai 2021 di Selangor dan Kuala Lumpur menunjukkan maklumbalas positif dari penerima. Fasa selanjutnya akan dilancarkan seperti berikut:
Negeri | Bulan Pelaksanaan |
Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu | Ogos 2021 |
Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak | September – Oktober 2021 |
Menurut kenyataan media yang sama juga, Program MyKasih ini adalah pelengkap kepada Program Bakul Makanan yang telah pun diumumkan dalam pelbagai pakej-pakej bantuan termasuk:
1. PERMAI: Program Bakul Makanan bernilai RM50 juta;
2. PEMULIH: Program Bakul Makanan nasional di mana RM80 juta telah diperuntukkan, dengan agihan RM300,000 bagi setiap Ahli Parlimen, termasuk dari Parti Pembangkang. Peruntukan ini telahpun disalurkan kepada semua ahli Parlimen bermula 1 Julai 2021. Bagi kawasan Parlimen Gerik dan Batu Sapi, peruntukan ini akan disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik dan Majlis Perbandaran Sandakan. Baki selebihnya adalah untuk pengagihan bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli.
Baca Juga: Cara Pilih Kurier Shopee:Cara Pilih Kurier Shopee Kesukaan Anda
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut
Jika anda perlukan maklumat lanjut,sila hubungi
http://www.mykasih.com.my/
03-7720 1888
info@mykasih.com
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai permohonan MyKasih ini memudahkan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com