Permohonan YTP MARA 2021:Pinjaman Boleh Ubah Young Talent Development Programme

Permohonan YTP MARA Young Talent Development Programme telah dibuka untuk permohonan bagi mereka yang layak.
Para pelajar yang layak dipelawa memohon pinjaman boleh ubah Permohonan YTP MARA ini bagi meringankan beban untuk menyambung pelajaran.
Bagi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, anda kini boleh membuat permohonan YTP MARA penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah iaitu Young Talent Development Programme (YTP) 2021.
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Pinjaman Boleh Ubah bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima pemohon boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian dan ini tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.
Untuk makluman, program ini dilaksanakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang merupakan sebuah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen.
Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150
Oleh itu, YTP ditawarkan kepada pelajar cemerlang SPM 2020 untuk mereka melanjutkan pangajian mereka bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.
Permohonan YTP telah dibuka secara atas talian mulai 19 April 2021 (Isnin) sehingga 06 Mei 2021 (Khamis).
Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan
Syarat Umum
Pemohon yang ingin memohon pembiayaan YTP ini perlu memenuhi syarat-syarat umum iaitu:
- Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
- Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
- Pemohon mestilah lulus pemeriksaan kesihatan.

Baca Juga:Tarikh Bayaran PTPTN 2021:Semakan PTPTN Online
Syarat Khusus
Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus seperti berikut:
- Pemohon telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2020.
- Pemohon memenuhi syarat kelayakan program seperti yang diiklankan.
Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021
Maklumat Permohonan YTP MARA
- Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA http://www.mara.gov.my mulai 19 April 2021 (Isnin) hingga 06 Mei 2021 (Khamis).
- Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.
- Ujian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program YTP. Pastikan pemohon telah menduduki ujian psikometrik tersebut sebelum menghantar permohonan.
- Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
Baca Juga:PIDN JPA 2021: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)

Wajib Baca: Keistimewaan Ramadhan:Bulan Seribu Bulan
Syarat Kelayakan Akademik Permohonan YTP MARA
Syarat kelayakan akademik yang ditetapkan secara umumnya adalah seperti berikut:
- Pemohon Permohonan YTP MARA mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 3 A- bagi mana-mana mata pelajaran dan kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan percubaan SPM 2020; atau
- 3 A- bagi mana-mana mata pelajaran dan kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 tahun 2019 (bagi pemohon yang tiada keputusan percubaan SPM).
Untuk syarat kelayakan secara khusus, sila rujuk pautan ini https://www.mara.gov.my/wp-content/uploads/2021/04/SYARAT-KELAYAKAN-PROGRAM-YTP-2021-pdf.-version.fnl_.pdf.

Baca Juga:Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon
Cara Memohon Permohonan YTP MARA
Untuk Permohonan YTP MARA, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://myeduloan.mara.gov.my/v2/.
- Klik butang ‘Pengguna Baharu.’
- Masukkan maklumat dan klik butang ‘Teruskan.’
- Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
- Selepas berjaya log masuk, sila buat permohonan dan mengisi maklumat berikut dengan lengkap:
– Maklumat peribadi dan keluarga
– Cadangan Pengajian
– Ujian Psikometrik
– Perakuan keterangan
Bagi anda yang belum memohon pinjaman PTPTN anda boleh menyemak tatacara permohonan pinjaman PTPTN terlebih dahulu bagi memudahkan anda. Klik PERMOHONAN BARU PINJAMAN PTPTN

Baca Juga:Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
Soalan Lazim Permohonan YTP MARA
1.Selain daripada syarat umum Permohonan YTP MARA dan kelayakan akademik, apakah kriteria lain pemilihan penawaran bagi Program YTP?
Kriteria pemilihan penawaran ke Program YTP merangkumi penilaian ujian Psikometrik dan penglibatan kokurikulum.
2.Jika saya tidak memenuhi syarat kelayakan Permohonan YTP MARA yang ditetapkan tetapi saya ingin mencuba untuk memohon, adakah dibenarkan?
Pemohon tidak dihalang daripada membuat permohonan namun dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu. Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbang untuk ditawarkan Program YTP.
3.Keputusan peperiksaan SPM saya tidak melepasi syarat kelayakan akademik untuk penawaran Program YTP. Bolehkah keputusan peperiksaan percubaan SPM saya digunapakai untuk penawaran?
Tidak boleh. Penawaran ke Program YTP hanya tertakhluk kepada keputusan sebenar SPM.
4.Saya mendapat 8A dalam peperiksaan SPM 2019. Bolehkah saya memohon?
Tidak boleh. Permohonan hanya dibuka kepada pelajar-pelajar yang telah menduduki SPM 2020 buat kali pertama sahaja.
5.Bolehkah saya mengguna pakai keputusan peperiksaan IGCSE atau peperiksaan lain yang setaraf untuk memohon Program YTP?
Tidak boleh. Hanya keputusan peperiksaan SPM sahaja yang akan digunapakai sebagai syarat kelayakan akademik bagi Program YTP.
6.Bolehkah permohonan rayuan dibuat sekiranya Permohonan YTP MARA tidak berjaya?
Tidak boleh. Permohonan rayuan Permohonan YTP MARA adalah tidak dibenarkan. Keputusan penawaran adalah muktamad.
7.Apakah perkara yang perlu dilengkapkan sebelum permohonan secara atas talian dihantar?
Pemohon Permohonan YTP MARA dikehendaki melengkapkan maklumat permohonan seperti berikut:
i. Maklumat peribadi dan keluarga
ii. Cadangan Pengajian
iii. Ujian Psikometrik
iv. Perakuan keterangan
8.Dimanakah saya boleh menyemak senarai kursus, bidang dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih yang ditetapkan oleh pihak MARA?
Senarai tersebut boleh dirujuk di dalam syarat kelayakan program yang diletakkan di Portal MARA.
9.Berapa banyak pemilihan kursus yang dibenarkan untuk saya memohon?
Pemohon hanya dibenarkan untuk membuat dua pemilihan kursus sahaja
10.Adakah pihak MARA boleh menawarkan kursus selain daripada pilihan pertama dan kedua pemohon semasa permohonan dibuat?
Ya. MARA berhak menawarkan kursus selain pilihan pertama dan pilihan kedua kepada pemohon Permohonan YTP MARA berdasarkan kepada merit pemilihan serta jumlah kuota bagi sesuatu kursus. Sebarang permohonan pertukaran kursus oleh pemohon adalah tidak dibenarkan

Baca Juga:Biasiswa MyBrain SC 2021:Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama
Sambungan Soalan Permohonan YTP MARA
11.Bolehkah saya mengemaskini pilihan kursus setelah keputusan peperiksaan sebenar SPM diumumkan?
Ya. Pemohon Permohonan YTP MARA dibenarkan untuk mengemaskini pilihan kursus dalam tempoh ditetapkan setelah keputusan peperiksaan SPM diumumkan.
12. Adakah saya wajib menduduki ujian psikometrik semasa mengisi permohonan Program YTP?
Ya. Semua pemohon wajib menduduki ujian psikometrik secara atas talian semasa mengisi permohonan Program YTP.
13. Adakah saya dibenarkan untuk menduduki semula ujian psikometrik sekiranya gagal berbuat demikian semasa mengisi permohonan?
Tidak. Ujian psikometrik hanya dijalankan sekali sahaja semasa permohonan dibuka.
14. Adakah saya wajib melalui proses ujian temuduga sebelum ditawarkan Program YTP?
Proses temuduga hanya melibatkan kursus tertentu sahaja. Sebarang maklumat berkaitan temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa.
15. Apakah bentuk pinjaman pelajaran yang akan saya terima sekiranya ditawarkan dalam Program YTP?
Pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan. Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung. Pinjaman pelajaran akan diteruskan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda
16. Bagaimanakah cara pembelajaran dijalankan bagi pemohon Permohonan YTP MARA yang akan mengikuti pengajian ke luar negara semasa musim Covid-19?
Cara pembelajaran tertakluk kepada dasar sesebuah negara dan cara institusi beroperasi. Sama ada secara atas talian daripada Malaysia mahupun secara hibrid, iaitu dengan cara bersemuka atau atas talian sekiranya telah berada di luar negara.
Lain-lain soalan lazim berkaitan klik: https://myeduloan.mara.gov.my/V2/Resources/Pdf/SoalanLazim(FAQ)ProgramYTP2020.pdf
Baca Juga:Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA 2021
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat tentang Permohonan YTP MARA lanjut tentang Permohonan YTP MARA boleh menghubungi talian seperti berikut:-
Telefon : 03-261 32487 / 32099 / 32098 / 32108
Email : postspm@mara.gov.my

Baca Juga:Tambah Deposit Duit SSPN-i:Melalui Saluran FPX Online/Internet Banking
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Permohonan YTP MARA 2021 memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com