Pro-P MARA: Permohonan Program Pembangunan Profesional
MARA menawarkan peluang pengajian ke peringkat profesional di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka melalui Pro-P MARA (Permohonan Program Pembangunan Profesional ) kepada graduan cemerlang bagi memperkasakan modal insan untuk keperluan negara.
MARA juga menyediakan pinjaman boleh ubah melalui program Pinjaman Boleh Ubah Young Talent Development Programme
Permohonan Pro-P MARA secara atas talian telah dibuka mulai pada 16 April sehingga 03 Mei .
Berikut adalah syarat kelayakan, cara membuat permohonan Pro-P MARA dan info selanjutnya tentang program tersebut.
Baca Juga:Duit eKasih: Semakan Tarikh Bayaran & Kemaskini Permohonan
Pemohon Biasiswa 2024 Semak Di SINI:
- · Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank:Cara & Syarat Permohonan
- · Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu :Semak kelayakan & Cara Memohon
- · Biasiswa PIDM:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
- · Biasiswa MyBrain SC :Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama
- · Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA
- · PIDN JPA : Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)
- · Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang
- · Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Online 2024
- · Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
Apakah Program Pembangunan Profesional Pro-P MARA?
Professional Development Programme (Pro-P) adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke peringkat Profesional/Pakar. Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150
di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank :Cara & Syarat Permohonan
Bidang Pengajian Program Pembangunan Profesional Pro-P MARA
Bidang Pengajian Pro-P MARA yang terlibat adalah seperti berikut:
- Persediaan/Foundation : ACCA Foundation in Accountancy (AFIA)
- Diploma Perakaunan/ACCACAT/Lulus Matrikulasi/STPM/SPM : Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)
- Profesional/Pakar :
- Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)/Certificate Professional Accounting (CPA CAANZ)/ Institute Of Chartered Accountant (ICAEW) dan Chartered Institute Of Management Accountants (CIMA)
- Anaesthesiology, Clinical Oncology, Emergency Medicine, Family Medicine, Forensic Medicine, General Surgery, Internal Medicine, Neuro Surgery, Nuclear Medicine, Obstetrics & Gynaecology, Ophthalmology, Orthopaedic Surgery, Otorhinolaryngology, Paediatric, Paediatric Surgery, Pathology, Plastic Surgery, Psychiatry, Public Health, Radiology, Rehabilitation Medicine
- Oral Surgery, Orthodontic, Periodontology, Paediatric Dentistry, Restorative Dentistry, Oral Pathology & Oral Medicine & Forensic Dentistry
- Lain-lain bidang profesional yang diiktiraf badan profesional dan diluluskan oleh MARA.
Baca Juga:Tarikh Bayaran PTPTN 2021:Semakan PTPTN Online
Syarat Kelayakan Program Pembangunan Profesional Pro-P MARA?
Syarat kelayakan Program Pembangunan Profesional 2021 Pro-P MARA terbahagi kepada 2 iaitu syarat umum dan syarat khusus seperti berikut:
Syarat Umum Program Pembangunan Profesional Pro-P MARA
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berstatus Bumiputera
- Had umur pemohon pada 31 Disember 2021:
- Persediaan Foundation / Diploma: Tidak Melebihi 35 tahun (dalam negara)
- Ijazah Sarjana Muda : Tidak Melebihi 40 tahun (Dalam Negara) / Tidak Melebihi 35 tahun (Luar Negara)
- Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
- Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
- Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama
- Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.
Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021
Syarat Khusus Program Pembangunan Profesional Pro-P MARA
Sila rujuk syarat khusus berdasarkan kelayakan akademik setiap peringkat pengajian di pautan ini:
https://www.mara.gov.my/wp-content/uploads/2021/04/PRO-P-INFOGRAFIK-2021.pdf
Baca Juga:PIDN JPA : Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)
Tarikh Permohonan Program Pembangunan Profesional MARA?
Permohonan akan dibuka bermula 16 April sehingga 03 Mei 2021.
Wajib Baca: Keistimewaan Ramadhan:Bulan Seribu Bulan
Cara Permohonan Program Pembangunan Profesional Pro-P MARA
Cara permohonan Pro-P MARA adalah seperti berikut:
- Permohonan Pro-P MARA boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MARA http://www.mara.gov.my.
- Pemohon Pro-P MARA hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.
- Pemohon juga dinasihatkan membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.
- Sebarang maklumat berkaitan ujian psikometrik atau proses temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui emel.
Baca Juga:Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon
Jumlah Tajaan / Elaun Program Pembangunan Profesional Pro-P MARA
Jumalh tajaan / elaun program Pro-P MARA ialah:
- Tajaan pinjaman pelajaran dalam negara merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan.
- Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya akan dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.
- Bagi pengajian luar negara tajaan pinjaman pelajaran merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Penempatan, Elaun Pengangkutan (pergi & balik), Visa dan Insurans.
Soalan Lazim Program Pembangunan Profesional Pro-P MARA
1. Apakah itu Professional Development Programme (Pro-P)?
Professional Development Programme (Pro-P) adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke peringkat Profesional/Pakar di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.
2. Apakah kursus dan syarat kelayakan untuk melayakkan saya memohon Program Pro-P?
Kursus dan syarat kelayakan Program Pro-P boleh dirujuk di dalam garis panduan permohonan semasa permohonan dibuka.
3. Bagaimanakah cara untuk saya memohon Program Pro-P?
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MARA http://www.mara.gov.my apabila permohonan dibuka. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon juga dinasihatkan membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan. Semua dokumen sokongan perlu dimuatnaik semasa permohonan dibuat.
4. Bilakah permohonan akan dibuka?
Permohonan akan dibuka bermula 16 April sehingga 03 Mei 2021.
5. Bolehkah saya memohon Program Pro-P sekiranya Ibu saya telah disenaraihitam MARA?
Tidak boleh. Selain ibu pemohon, bapa, penjaga, penjamin dan pemohon sendiri perlu bebas dari senarai hitam MARA. Pemohon dinasihatkan segera menyemak status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA sebelum memohon Program Pro-P.
6. Sekiranya permohonan telah ditutup adakah saya boleh memohon secara manual menggunakan surat permohonan?
Tiada permohonan secara manual dibenarkan.
Sambungan Soalan
7. Jika saya tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tetapi saya ingin mencuba untuk memohon, adakah dibenarkan?
Pemohon dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbang untuk ditawarkan Program Pro-P.
8. Adakah saya perlu menduduki ujian psikometrik atau proses temuduga selepas memohon?
Sebarang maklumat berkaitan ujian psikometrik atau proses temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui emel.
9. Apakah bentuk tajaan yang akan saya terima sekiranya ditawarkan dalam Program Pro-P?
Tajaan pinjaman pelajaran dalam negara merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan. Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya akan dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung. Bagi pengajian luar negara tajaan pinjaman pelajaran merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Penempatan, Elaun Pengangkutan (pergi & balik), Visa dan Insurans.
10. Adakah permohonan pengajian ini terbuka secara separuh masa?
Tidak. Permohonan pengajian ini terbuka secara sepenuh masa sahaja.
11. Adakah saya perlu menghantar borang atau apa-apa dokumen selepas membuat permohonan?
Pemohon terlebih dahulu mengisi dan melengkapkan permohonan secara atas talian (online). Pemohon disarankan mencetak slip pengesahan permohonan untuk tujuan rujukan. Penghantaran dokumen hanya perlu dibuat sekiranya pihak MARA meminta pemohon berbuat demikian.
12. Bilakah saya boleh membuat semakan keputusan?
Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di talian https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.
13. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi MARA sekiranya ada sebarang pertanyaan?
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila emelkan kepada prop@mara.gov.my
Baca Juga:Biasiswa PIDM :Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja :Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Program Pembangunan Profesional Pro-P MARA, sila layari https://www.mara.gov.my/.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila emelkan kepada prop@mara.gov.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Program Pembangunan Profesional 2021 Pro-P MARA memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com