Pro-P MARA 2021: Permohonan Program Pembangunan Profesional

Pro-P MARA 2021: Permohonan Program Pembangunan Profesional

Pro-p MARA 2021

MARA menawarkan peluang pengajian ke peringkat profesional di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka melalui Pro-P MARA (Permohonan Program Pembangunan Profesional 2021) kepada graduan cemerlang bagi memperkasakan modal insan untuk keperluan negara.

MARA juga menyediakan pinjaman boleh ubah melalui program Pinjaman Boleh Ubah Young Talent Development Programme

Permohonan Pro-P MARA secara atas talian telah dibuka mulai pada 16 April sehingga 03 Mei 2021.

Berikut adalah syarat kelayakan, cara membuat permohonan Pro-P MARA dan info selanjutnya tentang program tersebut.

Baca Juga:Duit eKasih: Semakan Tarikh Bayaran & Kemaskini Permohonan

Apakah Program Pembangunan Profesional 2021 Pro-P MARA?

Professional Development Programme (Pro-P) adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke peringkat Profesional/Pakar. Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150

di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.

Pro-p MARA 2021
Pro-p MARA 2021

Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan

Bidang Pengajian Program Pembangunan Profesional 2021 Pro-P MARA

Bidang Pengajian Pro-P MARA yang terlibat adalah seperti berikut:

  1. Persediaan/Foundation : ACCA Foundation in Accountancy (AFIA)
  2. Diploma Perakaunan/ACCACAT/Lulus Matrikulasi/STPM/SPM : Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)
  3. Profesional/Pakar :
    • Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)/Certificate Professional Accounting (CPA CAANZ)/ Institute Of Chartered Accountant (ICAEW) dan Chartered Institute Of Management Accountants (CIMA)
    • Anaesthesiology, Clinical Oncology, Emergency Medicine, Family Medicine, Forensic Medicine, General Surgery, Internal Medicine, Neuro Surgery, Nuclear Medicine, Obstetrics & Gynaecology, Ophthalmology, Orthopaedic Surgery, Otorhinolaryngology, Paediatric, Paediatric Surgery, Pathology, Plastic Surgery, Psychiatry, Public Health, Radiology, Rehabilitation Medicine
    • Oral Surgery, Orthodontic, Periodontology, Paediatric Dentistry, Restorative Dentistry, Oral Pathology & Oral Medicine & Forensic Dentistry
    • Lain-lain bidang profesional yang diiktiraf badan profesional dan diluluskan oleh MARA.
permohonan Program Pembangunan Profesional 2021 Pro-p MARA

Baca Juga:Tarikh Bayaran PTPTN 2021:Semakan PTPTN Online

Syarat Kelayakan Program Pembangunan Profesional 2021 Pro-P MARA?

Syarat kelayakan Program Pembangunan Profesional 2021 Pro-P MARA terbahagi kepada 2 iaitu syarat umum dan syarat khusus seperti berikut:

Syarat Umum Program Pembangunan Profesional 2021 Pro-P MARA

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berstatus Bumiputera
  3. Had umur pemohon pada 31 Disember 2021:
  4. Persediaan Foundation / Diploma: Tidak Melebihi 35 tahun (dalam negara)
  5. Ijazah Sarjana Muda : Tidak Melebihi 40 tahun (Dalam Negara) / Tidak Melebihi 35 tahun (Luar Negara)
  6. Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
  7. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  8. Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama
  9. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.
syarat umum permohonan Program Pembangunan Profesional 2021 Pro-p MARA

Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021

Syarat Khusus Program Pembangunan Profesional 2021 Pro-P MARA

Sila rujuk syarat khusus berdasarkan kelayakan akademik setiap peringkat pengajian di pautan ini:

https://www.mara.gov.my/wp-content/uploads/2021/04/PRO-P-INFOGRAFIK-2021.pdf

syarat Pro-p MARA

Baca Juga:PIDN JPA 2021: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)

Tarikh Permohonan Program Pembangunan Profesional 2021 MARA?

Permohonan akan dibuka bermula 16 April sehingga 03 Mei 2021.

Tarikh permohonan Program Pembangunan Profesional 2021 MARA

Wajib Baca: Keistimewaan Ramadhan:Bulan Seribu Bulan

Cara Permohonan Program Pembangunan Profesional 2021 Pro-P MARA

Cara permohonan Pro-P MARA adalah seperti berikut:

  • Pemohon Pro-P MARA hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.
  • Pemohon juga dinasihatkan membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.
  • Sebarang maklumat berkaitan ujian psikometrik atau proses temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui emel.
permohonan Program Pembangunan Profesional 2021 Pro-p MARA

Baca Juga:Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon

Jumlah Tajaan / Elaun Program Pembangunan Profesional 2021 Pro-P MARA

Jumalh tajaan / elaun program Pro-P MARA ialah:

  • Tajaan pinjaman pelajaran dalam negara merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan.
  • Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya akan dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.
  • Bagi pengajian luar negara tajaan pinjaman pelajaran merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Penempatan, Elaun Pengangkutan (pergi & balik), Visa dan Insurans.

Soalan Lazim Program Pembangunan Profesional 2021 Pro-P MARA

1. Apakah itu Professional Development Programme (Pro-P)?

 Professional Development Programme (Pro-P) adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke peringkat Profesional/Pakar di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

 2. Apakah kursus dan syarat kelayakan untuk melayakkan saya memohon Program Pro-P?

 Kursus dan syarat kelayakan Program Pro-P boleh dirujuk di dalam garis panduan permohonan semasa permohonan dibuka.

 3. Bagaimanakah cara untuk saya memohon Program Pro-P?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MARA http://www.mara.gov.my apabila permohonan dibuka. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon juga dinasihatkan membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan. Semua dokumen sokongan perlu dimuatnaik semasa permohonan dibuat.

 4. Bilakah permohonan akan dibuka?

 Permohonan akan dibuka bermula 16 April sehingga 03 Mei 2021.

5. Bolehkah saya memohon Program Pro-P sekiranya Ibu saya telah disenaraihitam MARA?

Tidak boleh. Selain ibu pemohon, bapa, penjaga, penjamin dan pemohon sendiri perlu bebas dari senarai hitam MARA. Pemohon dinasihatkan segera menyemak status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA sebelum memohon Program Pro-P.

 6. Sekiranya permohonan telah ditutup, adakah saya boleh memohon secara manual menggunakan surat permohonan?

Tiada permohonan secara manual dibenarkan.

Sambungan Soalan

7. Jika saya tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tetapi saya ingin mencuba untuk memohon, adakah dibenarkan?

Pemohon dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbang untuk ditawarkan Program Pro-P.

8. Adakah saya perlu menduduki ujian psikometrik atau proses temuduga selepas memohon?

 Sebarang maklumat berkaitan ujian psikometrik atau proses temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui emel.

 9. Apakah bentuk tajaan yang akan saya terima sekiranya ditawarkan dalam Program Pro-P?

 Tajaan pinjaman pelajaran dalam negara merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan. Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya akan dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung. Bagi pengajian luar negara tajaan pinjaman pelajaran merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Penempatan, Elaun Pengangkutan (pergi & balik), Visa dan Insurans.

 10. Adakah permohonan pengajian ini terbuka secara separuh masa?

 Tidak. Permohonan pengajian ini terbuka secara sepenuh masa sahaja.

11. Adakah saya perlu menghantar borang atau apa-apa dokumen selepas membuat permohonan?

Pemohon terlebih dahulu mengisi dan melengkapkan permohonan secara atas talian (online). Pemohon disarankan mencetak slip pengesahan permohonan untuk tujuan rujukan. Penghantaran dokumen hanya perlu dibuat sekiranya pihak MARA meminta pemohon berbuat demikian.

 12. Bilakah saya boleh membuat semakan keputusan?

 Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di talian https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.

 13. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi MARA sekiranya ada sebarang pertanyaan?

 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila emelkan kepada prop@mara.gov.my

Baca Juga:Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Program Pembangunan Profesional 2021 Pro-P MARA, sila layari https://www.mara.gov.my/.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila emelkan kepada prop@mara.gov.my

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Program Pembangunan Profesional 2021 Pro-P MARA memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment