Jadual Tarikh Peperiksaan SPM 2021:Peperiksaan SPM & Percubaan SPM
Semak tarikh rasmi dan jadual spm 2021 termasuk percubaan spm diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia adalah penting untuk masa depan dan hala tuju anda selepas ini. Jadi sebagai persediaan anda perlu tahu tarikh dan jadual peperiksaan SPM bagi memudahkan anda merancang teknik pembelajaran dengan betul.
Pastikan anda bersedia secukup mungkin dengan mengulangkaji seberapa banyak untuk semua subjek dan matapelajaran yang anda ambil.
Inilah waktu dan ketikanya untuk anda buktikan yang anda telah membuat persediaan yang rapi dengan harapan anda memperolehi keputusan spm yang baik bagi memudahkan langkah anda untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi melibatkan kursus pengajian yang anda inginkan.
Berdasarkan semakan MYpt3 pada jadual rasmi yang diumumkan sendiri oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan kpm, tarikh peperiksaan akan bermula November ini. Sudah tidak lama sahaja lagi. BAgi SPM pula tarikh dan jadual peperiksaan SPM baru sahaja diumumkan oleh KPM.
Ketahui Juga:Cara Cetak Slip Keputusan SPM Penuh 2020
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Jadual SPM akan diadakan pada setiap hujung tahun penggal persekolahan. SPM adalah peperiksaan yang bakal menentukan ke manakah hala tuju pelajar pada masa akan datang samada menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau menceburi bidang pekerjaan. jadi tarikh dan jadual peperiksaan SPM adalah sangat penting untuk disemak.
Bagi mereka yang menduduki SPM tahun lepas, Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia boleh disemak di SINI. Jika keputusan yang diprolehi tidak memuaskan dan calon berasa ragu-ragu dengan keputusan tersebut calon berhak membuat semakan semula kertas jawapan dengan mengikuti langkah-langkah yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Baca rayuan semakan semula keputusan SPM.
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan peperiksaan utama kebangsaan yang ditadbirkan secara berpusat dan ditaksir pada penghujung pendidikan menengah. Peperiksaan ini merupakan peperiksaan pensijilan yang digunakan oleh murid untuk melanjutkan pelajaran, memohon biasiswa dan pekerjaan Jadual SPM. Tarikh dan jadual peperiksaan SPM akan dikemaskini oleh pihak KPM dari masa ke semasa.
Baca Juga:Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA 2021
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Apa Itu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Jadual SPM
Bermula tahun 2013, semua calon diwajibkan untuk lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk layak dianugerahkan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2014 pula, soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah mula diperkenalkan dalam kertas peperiksaan SPM mengikut definisi operasi yang diguna pakai oleh Kementerian Pendidikan Malysia (KPM).
Perkara ini termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Soalan KBAT merupakan soalan yang menguji keupayaan calon mengaplikasi pengetahuan dalam situasi baharu, menganalisis, menilai dan mencipta untuk memberi jawapan.
Baca Juga:Permohonan PPC 2021:Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
Amaran Peperiksaan SPM
Calon yang menduduki peperiksaan di bilik / dewan peperiksaan dilarang:-
- Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
- Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
- Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
- Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
- Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
- Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
- Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
- Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
- Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
Baca Juga: Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang 2021
Hukuman Salah Laku Pelanggaran Amaran
Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/ Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib.
Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan.
Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-
- Keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
- Keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
- Keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal
Baca Juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Mudah Cepat Siap
Jadual Tarikh Peperiksaan SPM 2021 Rasmi
Dalam Sidang Media Khas Menteri Kanan Pendidikan hari ini telah memaklumkan bahawa tarikh dan jadual peperiksaan SPM 2021 akan bermula pada tarikh berikut:
Tarikh & Hari | Perkara |
Februari 2022 | Ujian Lisan & Amali Sains |
Mac 2022 | Peperiksaan Bertulis |
Dalam sidang media tersebut, KPM juga yakin bahawa buat masa ini keputusan ini adalah yang terbaik demi keselamatan dan keberkesanan pelajar ketika tempoh pandemik.
Selain itu, beliau juga mengumumkan bahawa sekiranya sekolah boleh dibuka kelak, pelajar yang menduduki peperiksaan SPM akan dibenarkan ke sekolah terlebih dahulu berbanding kelas-kelas lain seperti proses pembukaan sekolah PKP sebelum ini.
Sidang media khas berkenaan pengoperasian sekolah KPM oleh Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan secara langsung pada 6 Jun 2021, jam 10.00 pagi telah mengumumkan bahawa PdPR akan diteruskan selama 25 hari lagi mulai 12 / 13 Jun 2021.
Hal ini dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan melalui LIVE Facebook dan menerusi siaran TV utama.
Tidak kira anda datang dari pelajar sekolah menengah agama, sekolah menengah kebangsaan agama SMKA, sekolah berasrama penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) jadual waktu spm 2021 anda tetap sama merujuk kepada jadual di atas.
Begitu juga jikalau anda bersekolah di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Sabah, Sarawak, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Johor dan Pahang menggunakan tarikh dan jadual peperiksaan SPM yang diumumkan seperti di atas.
Cuma bezanya tarikh dan jadual peperiksaan SPM bergantung kepada subjek dan matapelajaran yang anda ambil.
Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021
Baca Juga:Permohonan GrEP MARA 2021:PROGRAM GRADUAN CEMERLANG 2021
Download Jadual Tarikh Peperiksaan SPM Dalam Format pdf
Download tarikh dan jadual peperiksaan SPM dalam bentuk dan format pdf http://lp.moe.gov.my
Baca juga: ISMP 2021: Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Tarikh Jadual Peperiksaan Percubaan SPM 2021
Jadual SPM percubaan
Jadual dan tarikh peperiksaan percubaan SPM akan dikemaskini apabila pengumuman rasmi telah dibuat oleh pihak kementerian pendidikan Malaysia nanti.
P/S : Daripada awal anda sudah tahu, apa sasaran kerjaya yang anda inginkan. Tumpukan lebih kepada subjek subjek yang memerlukan anda score bagi melayakkan anda masuk ke jurusan yang memerlukannya.
Usah dikejarkan untuk score semua subjek yang akhirnya semua subejk anda dapat biasa-biasa sahaja. Persaingan hari ini sangat-sangat sengit
PP/S: Kepada pelajar tingkatan 5, sila bookmark halaman ini bagi memudahkan anda semak jadual spm 2021
Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online 2021
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang jadual peperiksaan 2021 serta perkara lain berkaitan anda boleh layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
Atau rujuk laman social rasmi KPM seperti berikut:
- Facebook: https://www.facebook.com/KemPendidikan/
- Twitter: https://twitter.com/KemPendidikan/
- Instagram: https://www.instagram.com/kempendidikan
- Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCvsVpvGlxtYlOc7Se4CPRIQ