Pensijilan pendidik google ini adalah satu program yang membantu guru terutamanya dalam usaha meningkatkan lagi penguasaan dalam penggunaan produk Google. Para guru senantiasa menggunakan teknologi dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Google seringkali menyediakan platform pembelajaran yang ringkas dan mudah untuk digunakan oleh para guru.
Pihak Google Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia menjalinkan Kerjasama Pensijilan pendidik google untuk memastikan para pendidik tidak ketinggalan dalam arus Pendidikan. Antara aplikasi yang sering digunakan oleh para guru dan juga pelajar adalah google meet. Medium tersebut membantu proses persidangan secara atas talian dengan mudah.
Artikel Lain: Cara Login Google Classroom: Cara Log Masuk Mudah Beserta Gambar
Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Google Malaysia, melatih sehingga 5,000 orang guru sekolah kebangsaan melalui program The Google Certified Educator (Pendidik Pensijilan Google), agar para pendidik mempunyai Pensijilan Google dan ini merupakan sebahagian daripada Program Pensijilan DELIMA.
Program Pensijilan pendidik google ini menjangkau guru-guru yang mungkin tidak mempunyai peluang latihan penguasaan, terhadap penggunaan produk Google yang digunakan di dalam bilik darjah maya.
Melalui satu perbincangan maya yang bertajuk Guru Pemangkin Transformasi Pendidikan, seramai 4 ahli panel mengetengahkan perspektif mereka tentang pembelajaran digital dan keperluan Pensijilan Google. Perbincangan ini dikendalikan oleh Alina Amir, pengasas bersama Arus Academy.
4 panel yang terlibat itu ialah:
- Derosita Chok Mung Na, Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
- Muhammad Nuaim bin Bahron, guru di SK Sg Penipah Mukah,
- Nur Aimi binti Ramli, guru di SMK Nabawan
- Shahrun Niza binti Sofian, guru di SMK Tinggi Klang.
Mereka merupakan guru yang mempunyai pensijilan pendidik Google for Education.
Baca Juga: Cara Guna Google Form: Cara Buat Google Form Kuiz & Kehadiran Online
Apakah Itu Pensijilan Pendidik Google
The Google Certified Educator Pensijilan pendidik google ini merupakan program yang mengiktiraf tahap penguasaan para pendidik dalam penggunaan produk Google terutamanya dalam bidang Pendidikan. Terdapat dua tahap yang perlu diduduki oleh para guru untuk bergelar Pendidik Bertauliah Google.
Untuk Google Meet klik: Cara Guna Google Meet: Cara Login Lengkap
Untuk setiap pensijilan, terdapat kombinasi kandungan pelajaran, penilaian dan pengalaman yang harus ditunjukkan untuk memperoleh sijil. Pada masa ini kandungan dan penilaian untuk setiap program dihoskan di tempat yang berbeza dan pada tapak yang berbeza. Sila gunakan senarai di bawah untuk menavigasi ke tempat yang betul bagi pensijilan pilihan anda:
Pendidik Diperakui Google Tahap 1
- Kandungan: Kursus Asas
- Peperiksaan / Sijil yang Diperlukan: Peperiksaan GCE1
Pendidik Diperakui Google Tahap 2
- Kandungan: Kursus Lanjutan
- Peperiksaan / Sijil yang Diperlukan: Peperiksaan GCE 2
Baca Juga: Cara Guna Zoom Melalui Telefon & Komputer
Syarat Kelayakan Menduduki Pensijilan Pendidik Google
Guru serta Pendidikan adalah digalakan untuk menduduki peperiksaan Tahap 1 dan Tahap 2 Pensijilan Pendidik Google.
Cara Pendaftaran Pensijilan Pendidik Google
Terdapat beberapa Langkah untuk mendapatkan sijil tersebut :
- Buat akaun
Sediakan atau log masuk profil penguji anda dalam kryterion
- Pilih Peperiksaan Pensijilan pendidik google
Daftar untuk mengambil peperiksaan anda dalam Kryterion. Peperiksaan tersedia untuk pembelian berdasarkan percubaan peperiksaan anda yang sebelumnya. Lihat Soalan Lazim kami tentang mengambil semula peperiksaan bagi mendapatkan butiran lanjut.
- Menerima bukti kelayakan peperiksaan Pensijilan pendidik google
Tambahkan admin@myeducert.org pada kenalan anda. Anda akan dijemput untuk mengambil peperiksaan oleh penghantar e-mel ini apabila domain peperiksaan anda diperuntukkan (proses ini boleh mengambil masa sehingga 24 jam).
- Lancarkan peperiksaan Pensijilan pendidik google
Log masuk ke platform peperiksaan Pensijilan pendidik google dengan bukti kelayakan peperiksaan anda. Sila ingat bahawa ini ialah alamat e-mel yang berakhir dengan @myeducert.org, BUKAN akaun Google Workspace atau Gmail peribadi anda.
Anda kini sudah boleh menduduki peperiksaan Tahap 1, sekiranya lulus anda boleh meneruskan untuk menduduki peperiksaan Tahap 2. Hanya dengan mengulang semula Langkah-langkah diatas.
Baca Juga: Kemaskini No Telefon KWSP:Cara Kemaskini Untuk Urusan KWSP Online
Soalan Lazim
1.Bagaimana cara untuk saya membuka akaun Kryterion?
Kryterion
- Buat akaun Kryterion atau log masuk jika anda sudah pun mengambil peperiksaan menggunakan Kryterion.
- Daripada halaman utama, pilih salah satu antara peperiksaan Pendidik Diperakui Google Tahap 1 atau Pendidik Diperakui Google Tahap 2.
- Daftar untuk peperiksaan. Anda akan menerima resit e-mel.
- Tambahkan admin@myeducert.org pada kenalan anda. Anda akan dijemput untuk mengambil peperiksaan anda daripada e-mel ini apabila domain peperiksaan anda sudah sedia (ini boleh mengambil masa sehingga 24 jam).
- Perhatikan e-mel daripada admin@myeducert.org yang mengandungi bukti kelayakan log masuk peperiksaan anda. E-mel ini akan mengandungi nama pengguna dan kata laluan peperiksaan anda dalam bentuk [YourKryterionID]@myeducert.org.
- Log masuk ke peperiksaan pensijilanpada tetingkap inkognito dengan bukti kelayakan peperiksaan anda, [YourKryterionID]@myeducert.org dan mulakan peperiksaan anda. Sila ingat bahawa ini BUKAN akaun Google Workspace atau Gmail peribadi anda.
2.Apa yang perlu saya lakukan untuk menjadi Pendidik Diperakui Google?
Untuk menerima status Pendidik Diperakui Google, anda perlu lulus peperiksaan Tahap 1 atau Tahap 2 yang sepadan. Peperiksaan ini kebanyakannya merupakan peperiksaan berdasarkan prestasi yang menguji keupayaan anda menggunakan alatan Google for Education dalam suasana bilik darjah. Untuk mendaftar bagi mengambil peperiksaan, klik di sini.
3.Bagaimanakah Peperiksaan Pensijilan Pendidik Google dijalankan?
Peperiksaan sijil Google Workspace dibangunkan mengikut proses pembangunan yang diterima di peringkat antarabangsa untuk memastikan kesahan, kebolehpercayaan dan kaitan. Fasa pembangunan peperiksaan termasuk:
Definisi Domain Objektif – Objektif untuk peperiksaan ditentukan berdasarkan maklum balas peranan kerja yang diberikan oleh Pakar Isi Kandungan (SME) di dalam dan luar Google.
Rangka tindakan – Setiap objektif diukur berdasarkan kepentingan objektif itu kepada peranan kerja keseluruhan.
Pembangunan item – SME membangunkan item peperiksaan berdasarkan objektif dan rangka tindakan peperiksaan.
Semakan teknikal – Setiap item peperiksaan disemak untuk memastikan ketepatan teknikal. Penyemak boleh termasuk pekerja Google atau pekerja organisasi Rakan Kongsi.
Ujian Beta – Item peperiksaan dihantar kepada calon di bawah keadaan yang sama dengan peperiksaan akhir apabila diterbitkan. Ini membolehkan prestasi setiap item dinilai.
Pemilihan item dan tetapan markah pemutus – Berdasarkan statistik yang dikumpulkan semasa ujian beta, item boleh disimpan untuk peperiksaan langsung atau ditolak. Sebaik sahaja item akhir ditentukan, SME berkumpul untuk menetapkan markah lulus untuk peperiksaan.
Langsung – Penyedia penghantaran ujian bebas menghantar peperiksaan ke seluruh dunia, ke mana-mana tempat yang mempunyai sambungan Internet dan persekitaran bebas gangguan.
Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA semak biasiswa di sini:
- Dermasiswa Lepasan SPM:Cara Memohon & Semakan Kelayakan Sesi 2021/2022
- Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK
- Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini
- Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan
- Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan
- Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon
- Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
- Biasiswa IPT Yayasan Pahang:Permohonan Biasiswa Universiti Tempatan 2021/2022
- Biasiswa MyBrain SC 2021:Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama
- Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA 2021
- PIDN JPA 2021: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)
- Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021
Lain-lain biasiswa anda boleh seacrh di keptennews.com
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Pensijilan pendidik google layari https://www.moe.gov.my/
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang program Pensijilan pendidik google ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois