Bantuan Khas RM500 PEMERKASA TAMBAHAN:Pemandu Kenderaan Awam Tarikh Bayaran

Bantuan Khas RM500 PEMERKASA TAMBAHAN:Pemandu Kenderaan Awam Tarikh Bayaran

Bantuan khas RM500 adalah salah satu daripada perkara yang terkandung dalam ucapan Perdana Menteri semasa mengumumkan bantuan PEMERKASA tambahan baru-baru ini. Bantuan PEMERKASA tambahan ini diumumkan selepas kerajaan mengishtiharkan PKP 3.0 di seluruh negara baru-baru ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 iaitu Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus)

Untuk pengetahuan umum, kerajaan telah membuat keputusan untuk mengumumkan PKP 3.0 pada 12 Mei 2021 susulan kes jangkitan wabak COVID-19 yang semakin meningkat di seluruh negara kebelakangan ini.

Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150

Nilai keseluruhan program PEMERKASA Plus adalah berjumlah RM40 bilion ringgit yang mana suntikan langsung fiskal kerajaan adalah sebanyak RM5 bilion ringgit

Bantuan-bantuan yang diumumkan ini menerusi PEMERKASA Plus diharap mampu membantu golongan yang terjejas terutamanya golongan B40 dalam meneruskan kehidupan mereka ketika PKP 3.0 ini dilaksanakan.

Baca Juga:Daftar SarawakPay:Cara Daftar Pengguna Individu & Syarikat

bantuan PEMERKASA plus Tambahan Bantuan PKP 3.0 Permohonan

Baca Juga:Pas Bulanan MyRapid RapidKL:Cara Daftar & Login

Bantuan Khas RM500 PEMERKASA

Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM500 PEMERKASA diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa pengumuman khas bantuan PKP 3.0 PEMERKASA tambahan. Bantuan khas RM500 ini diumumkan dalam matlamat PEMERKASA  ketiga iaitu matlamat menyokong kelangsungan perniagaan bilangan 29 seeperti berikut:

29. Selain itu, tidak dinafikan semasa tempoh PKP ini, ia turut memberi kesan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah. Bagi mengurangkan beban mereka, Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas secara one-off sebanyak 500 ringgit kepada 17 ribu pemandu pelancong, 40 ribu pemandu teksi, 11 ribu pemandu bas sekolah, 4 ribu bas persiaran dan 62 ribu pemandu kereta sewa dan e-hailing. Bantuan ini yang berjumlah RM68 juta akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar pada bulan Julai.

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.

matlamat utama bantuan PKP 3.0 PEMERKASA tambahan

Baca Juga: Temujanji Online Tabung Haji:Muat Turun Borang Transaksi TH Online & Cara Buat Temujanji

Semakan Kelayakan Bantuan Khas RM500 PEMERKASA

1. Hanya Warganegara Malaysia (Pemegang MyKad) sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini.

2. Hendaklah memiliki lesen Pemandu Pelancong Bandar/ Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat/ Pemandu Pelancong Khas Langkawi/ Pemandu Pelancong Khas Wilayah Sarawak (RSTG) yang masih sah berkuatkuasa dengan MOTAC.

3. Hanya pemegang lesen Pemandu Pelancong yang masih sah layak menerima bantuan kewangan ini.

4. Lesen pemandu pelancong yang telah tamat tempoh sah laku pada tahun 2021 akan dipertimbangkan menerima bantuan kewangan ini.

Baca Juga:Print MySejahtera QR Code:Tampal Di Pintu Kedai / Premis

Tarikh Bayaran Bantuan Khas RM500 PEMERKASA

Pemandu Pelancong,Teksi,Bas Sekolah Persiaran,Kereta Sewa,e-Hailing yang layak menerima bantuan khas RM500 PEMERKASA akan menerima bayaran seperti kenyataan YAB perdana menteri berikut.

  • Bantuan berjumlah RM68 juta akan disalurkan kepada kepada penerima yang berdaftar pada bulan Julai.
matlamat ketiga pemerkasa plus pemerkasa tambahan

Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.

Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.

Soalan Lazim

1.Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima oleh mereka yang layak mendapatkan bantuan ini?

Bagi mereka yang layak jumlah bayaran yang akan diterima adalah RM500.

2.Bilakah taikh bayaran bantuan khas ini akan dilakukan?

Bayaran bantuan khas RM500 PEMERKASA tambahan ini akan dibayar pada Julai 2021.

3.Jika saya rakyat asing yang memandu eHailing, bolehkan saya menerima bantuan ini?

Tidak boleh. Hanya warganegara Malaysia yang layak mendapat bantuan ini.

4.Jika saya seorang  pemandu teksi sewa yang tidak berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan bolehkah saya menerima bantuan ini?

Tidak boleh. Hanya mereka yang berdaftar sahaja yang akan menerima bantuan RM500 ini.

5.Siapakah yang layak mendapat batuan khas RM500 PEMERKASA tambahan ini?

Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas secara one-off sebanyak 500 ringgit kepada 17 ribu pemandu pelancong, 40 ribu pemandu teksi, 11 ribu pemandu bas sekolah, 4 ribu bas persiaran dan 62 ribu pemandu kereta sewa dan e-hailing

Baca Juga: Semak Check kelajuan Internet Rumah Sekolah Pejabat:Cara Buat Speedtest Guna Web & Apps

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut & pertanyaan berkaitan bantuan khas RM500 PEMERKASA tambahan kepada pemandu kenderaan awam anda boleh layari laman web Kementerian Kewangan iaitu https://www.mof.gov.my/ms/.

Atau

laman rasmi Kementerian Pengangkutan di https://www.mot.gov.my/my

Terima kasih. Semoga perkogsian tentang bantuan khas RM500 PEMERKASA tambahan kepada pemandu knderaan awam ini memudahkan anda untuk mendapat bantuan kerajaan ini. insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment