Biasiswa Baitulmal MAIWP:Permohonan Biasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke Mesir & Jordan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar negara iaitu Mesir dan Jordan.
Untuk menyemak jenis bantuan baitulmal yang lain baca: Permohonan Bantuan Baitulmal:Jenis Bantuan & Pautan
Tawaran biasiswa Baitulmal MAIWP ini dibuka kepada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat bagi tahun Pengajian 2019 & 2020.
Penempatan pusat pengajian mestilah hanya melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan untuk memohon biasiswa ini.
Bagi permohonan biasiswa Baitulmal MAIWP ini, pemohon boleh membuat permohonan mulai 4 Ogos hingga 21 Ogos 2021. biasiswa Baitulmal MAIWP
Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA semak biasiswa di sini:
- Dermasiswa Lepasan SPM:Cara Memohon & Semakan Kelayakan Sesi 2021/2022
- Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK
- Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini
- Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan
- Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan
- Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon
- Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
- Biasiswa IPT Yayasan Pahang:Permohonan Biasiswa Universiti Tempatan 2021/2022
- Biasiswa MyBrain SC 2021:Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama
- Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA 2021
- PIDN JPA 2021: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)
- Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021
Lain-lain biasiswa anda boleh seacrh di keptennews.com
Program & Institusi Ditaja Biasiswa Baitulmal MAIWP
Pihak MAIWP akan menaja pelajar yang akan melanjutkan pengajian dalam program dan institusi berikut:
Negara | Institusi | Program |
Mesir | Universiti Al-Azhar | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam/Bahasa Arab |
Mesir | Universiti Al-Azhar | Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah |
Mesir | Universiti Al-Azhar (Maahad Qiraat Shoubra & Maahad Lilbanat Mansurah) | Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat |
Mesir | Universiti Al-Azhar (Uni.Kaherah, Ain-Shams, Alexandria, Mansoura, Tanta, Zaqaziq) | Ijazah Sarjana Muda Pergigian & Farmasi |
Jordan | Universiti Of Yarmouk / Universiti Mu’tah / Universiti Al-Albayt | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam/Syariah/Bahasa Arab/Usuluddin/Muamalat Perbankan Islam/Usul dan Fiqh |
Baca Juga: Tarikh Bayaran BKSS 2021:Jadual Penuh Bayaran BKSS 2021
Syarat Umum Biasiswa Baitulmal MAIWP
Syarat umum yang perlu dipenuhi pemohon biasiswa Baitulmal MAIWP adalah seperti berikut:
- Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
- Cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah (tiada melakukan salahlaku disiplin dan cemerlang ko-kurikulum.
- Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
- Tertakluk kepada pengiraan had kifayah.
Baca Juga: Bantuan Pendaftaran IPT YPJ:Cara Permohonan Bantuan & Pinjaman Pelajaran YPJ
Senarai Bantuan Baitulmal MAIWP
Pecahan bantuan Baitulmal yang disediakan oleh MAIWP adalah seperti berikut:
Bantuan Baitulmal MAIWP Pembangunan Asnaf
1) Bantuan Kewangan Bulanan
2) Bantuan Aidilfitri
3) Bantuan Takaful Asnaf
4) Bantuan Perubatan
5) Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
6) Bantuan Perkahwinan
7) Bantuan Ibnu Sabil
8) Bantuan Kecemasan
9) Bantuan Guaman Syarie
10) Bantuan Musibah
Bantuan Baitulmal MAIWP Tempat Tinggal
11) Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
12) Bantuan Membina / Membaiki Rumah
13) Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah
Bantuan Baitulmal MAIWP Pendidikan
14) Bantuan Am Persekolahan
15) Bantuan Am Pelajaran IPT
16) Bantuan Peralatan dan Kecemasan Persekolahan
17) Bantuan Biasiswa / Insentif Khas Pelajar Cemerlang Dalam dan Luar Negara
18) Bantuan Persediaan IPT
19) Bantuan Tuisyen
20) Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS)
21) Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal
22) Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
Bantuan Baitulmal MAIWP Berdikari
23) Bantuan Perniagaan
24) Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
25) Bantuan Deposit Van/ Bas Sekolah
26) Bantuan Pertanian
27) Bantuan Membeli Motorsikal Orang Kurang Upaya (OKU)
Bantuan Baitulmal MAIWP Pembangunan Ummah
28) Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan (NGO) & Institusi Pendidikan 29) Bantuan Ar-Riqab
Baca Juga: Pensijilan Pendidik Google:Cara Permohonan Sijil Pendidik Google
Syarat Khusus Biasiswa Baitulmal MAIWP
Selain syarat umum, syarat khusus yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:
i) Biasiswa Baitulmal MAIWP Pengajian di Mesir
1.Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Mesir, mereka mestilah:
– Lulus STAM dengan memperolehi sekurang-kurangnya mendapat 7 Mumtaz dan 3 Jayyid Jiddan dengan keputusan keseluruhan Mumtaz; dan
– Memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya Gred (A-) Bahasa Melayu.
2.Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar Mesir, mereka mestilah:
– Memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred (A-) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan cemerlang (A) dalam 6 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran As-Sunnah, Bahasa Inggeris, Matematik.
3.Bagi calon biasiswa Baitulmal MAIWP yang memohon Pengajian Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat, Universiti Al-Azhar Mesir, mereka mestilah:
– Lulus Diploma Pengajian Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan keputusan sekurang-kurangnya CGPA 3.5 atau mana-mana kolej/universiti yang setaraf dengannya serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhimatan Awam (JPA); dan
– Memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya Gred (A-) Bahasa Melayu.
4.Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pergigian & Farmasi mestilah:
– Memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya Gred (A-) dalam 8 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris, Sejarah) DAN Lulus Bahasa Arab (sekurang-kurangnya C).
ii) Biasiswa Baitulmal MAIWP Pengajian di Mesir Pengajian di Jordan
1.Bagi calon biasiswa Baitulmal MAIWP yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam/Syariah (Bahasa Arab/Usuluddin/Usul dan Fiqh) mestilah:
– Memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya Gred (A) dalam 6 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran As-Sunnah, Bahasa Inggeris, Matematik).
Baca Juga: Semak Elaun JPA Online:Login MySelf Portal Semakan JPA
Calon Tidak Layak Memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP
Calon yang tidak layak memohon bagi Biasiswa Baitulmal MAIWP ini adalah seperti:
- Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan biasiswa Baitulmal MAIWP yang ditetapkan.
- Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi/asasi sains/pra-universiti/foundation/kursus persediaan bahasa.
- Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awam atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
- Pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa.
- Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
- Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik.
Baca Juga: Tarikh Bayaran Duit BKP 2021:Biasiswa Kecil Persekutuan
Cara Memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP
Untuk membuat permohonan biasiswa Baitulmal MAIWP, pemohon boleh mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/59-tawaran-biasiswa-pengajian-luar-negara-jordan.
- Klik butang ‘Klik Di Sini.’ pada biasiswa Baitulmal MAIWP
- Isi maklumat biasiswa Baitulmal MAIWP yang diperlukan dan klik butang ‘Next.’
- Sehingga paparan terakhir, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan
Baca Juga: Bantuan Pelancongan Negeri Sembilan:Syarat & Cara Permohonan
Borang Permohonan
Muat turun borang permohonan bantuan biasiswa Baitulmal MAIWP untuk permohonan manual klik pautan di bawah:
file:///C:/Users/RISDA/Desktop/Lampiran%20B%20BORANG%20BANTUAN%20BAITULMAL.pdf
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk pertanyaan lanjut atau pertanyaan mengenai Biasiswa Baitulmal MAIWP, sila hubungi pihak Unit Pembangunan Akademik MAIWP biasiswa Baitulmal MAIWP di talian:
Kuala lumpur: 019-200 4270/019 -200 4686
Labuan: 013-851 4066
Putrajaya: 011-5949 6216/011-6303 8443
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP bagi melanjutkan pelajaran ke Mesir dan Jordan ini memudahkan anda untuk membuat permohonan insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com