BKSS 6.0:Senarai Bantuan Khas Rakyat Sarawak

BKSS 6.0:Senarai Bantuan Khas Rakyat Sarawak

Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) bernilai RM1.4 bilion telah diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Jumaat, 28 May 2021.

Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 6.0 yang diumum kan oleh Ketua Menteri pada 28.05.2021 bertujuan meringankan beban rakyat sarawak yang terkesan akibat penularan Covid-19. Pengumuman Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 juga selepas sarawak mengishtiharkan perintah kawalan pergerarakan PKP di seluruh Negeri Sarawak berkuatkuasa bermula 29 Mei 2021 hingga 11 Jun 2021 11.59 malam.

Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150

Berikut adalah ringkasan inisiatif yang disalurkan melalui Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 6.0:

status bayaran bantuan khas sarawakku sayang BKSS 6.0 pemohon baru permohonan baru

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.

Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0

BKSS 6.0 Insentif Ketua Isi Rumah(KIR)B40  sebanyak RM250 Sebulan (6 bulan) bermula 31 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021

BKSS 6.0 Individu Bujang B40 sebanyak RM500 secara one-off bermula 31 Ogos 2021.

Senarai penerima BKSS 6.0 yang layak adalah berdasarkan data sedia ada BKSS B40 sebelum ini,senarai penerima BPR 2021.

penerima BKSS 6.0 kategiri isi rumah
penerima BKSS 6.0 kategiri bujang

Permohonan BKSS 6.0?

Cara Pembayaran BKSS 6.0

Bayaran BKSS 6.0 melalui akaun bank penerima masing-masing.Jika tidak mempunyai akaun bank,penerima boleh menerima tunai di Bank Simpanan Nasional(BSN)

Insentif BKSS 6.0 Pengamal Media (pembayaran tunai sebanyak RM1500 secara one-off)

Geran Penjaja & Peniaga Kecil BKSS 6.0 ( sebanyak RM1500 yang berdaftar dengan kerajaan tempatan RM750 (Julai)/RM750 (Disember) melalui SarawakPay.

Insentif Pemilik dan Pengendali Penambang secara one-off sebanyak RM500.

Baca Juga: DanaNITA MARA:Permohonan Skim Pembiayaan Perniagaan Wanita RM50,000

15 Langkah Bantuan BKSS 6.0

  • 15 langkah berkenaan merangkumi sembilan langkah pembayaran tunai dan enam langkah pemberian diskaun.
  • Antara sembilan langkah yang pertama insentif untuk ketua isi rumah dan individu bujang B40 berumur 21  tahun ke atas.
  • Setiap Ketua Isi Rumah B40 Sarawak akan menerima pembayaran tunai sebanyak RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan mulai 31 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.
  • Manakala individu Bujang B40 Sarawak yang berumur 21 tahun ke atas akan menerima pembayaran tunai berjumlah RM500 secara one-off atau sekali sahaja mulai 31 Ogos 2021.
  • Senarai penerima bantuan adalah berdasarkan pada semua data penerima BKSS B40 sebelum ini termasuklah senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.
  • Pembayaran BKSS 6.0  akan dimasukkan ke akaun bank masing-masing atau yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional.
  • Langkah ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM970 juta dan akan memberi manfaat kepada lebih dari 1.0 juta penerima.
  • Antara langkah lain termasuk elaun bulanan khas petugas barisan hadapan yang menangani pandemik COVID-19, dimana Kerajaan Sarawak akan membelanjakan lebih daripada RM27 juta untuk membayar Elaun Bulanan Khas ini.
pengumuman bantuan khas sarawakku sayang BKSS 6.0

Baca Juga: Temujanji Online Tabung Haji:Muat Turun Borang Transaksi TH Online & Cara Buat Temujanji

Senarai BKSS 6.0:Elaun Bulanan Khas (Petugas Barisan Hadapan)

Bayaran Elaun Bulanan Khas insentif BKSS 6.0 selama 6 bulan:

  1. Elaun Bulanan Khas Anggota Kesihatan(Doktor perubatan,Jururawat,kakitangan perubatan di hospital,klinik & pusat kuarantin) sebanyak RM300 sebulan selama 6 bulan di seluruh Sarawak.
  2. Elaun Bulanan Khas Imigresen RM250
  3. Elaun Bulanan Khas PDRM & Bilik Gerakan Negeri  RM200
  4. Elaun Bulanan Khas ATM yang menjaga sempadan dan membantu menjaga ketenteram awam RM200
  5. Elaun Bulanan Khas Anggota RELA RM200
  6. Elaun Bulanan Khas Anggota KASTAM  RM200
  7. Elaun Bulanan Khas Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan  RM200
  8. Elaun Bulanan Khas Anggota BOMBA & PENYELAMAT(kecemasan dan kerja sanitasi)  RM200
  9. Elaun Bulanan Khas Anggota APM(yang membantu PDRM & ATM)   RM200

Bagi insentif BKSS 6.0 kepada pengamal media barisan hadapan, kerajaan Sarawak menyediakan pembayaran tunai sebanyak RM1,500 secara one-off atau sekali bayar kepada pengamal media barisan hadapan.

Geran kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan melalui Sarawak Pay, Kerajaan Sarawak akan memberi Geran Khas berjumlah RM1,500 kepada para penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang akan dibayar secara 2 peringkat iaitu RM750 pada bulan Julai dan RM750 pada bulan Disember 2021 melalui Sarawak Pay.

Sementara insentif BKSS 6.0 untuk pemilik dan pengendali penambang yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dengan, bantuan tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 akan diberi kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar di Sarawak.

penerima BKSS 6.0 Petugas barisan hadapan

Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.

Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.

Insentif BKSS 6.0: Pengendali Van Penumpang/Pemandu Teksi/Pengendali Bas/Pengendali Van Sekolah

Langkah insentif BKSS 6.0 untuk pengendali van penumpang, pemandu teksi, pengendali bas dan van sekolah berdaftar ia menyediakan bantuan kewangan BKSS 6.0 secara one-off iaitu sekali sebanyak RM600 kepada 960 pengendali van penumpang, 1,980 pemandu teksi dan 740 pengendali bas dan van sekolah yang berdaftar di Sarawak

Baca Juga: Permohonan YTP MARA 2021:Pinjaman Boleh Ubah Young Talent Development Programme

Insentif BKSS 6.0:Pemandu E-Hailing & Tenaga Pengajar Pemandu

Langkah bantuan BKSS 6.0 kewangan kepada pemandu e-hailing dan tenaga pengajar memandu ia melibatkan bantuan kewangan sebanyak RM500 secara one-off atau sekali kepada pemandu perkhidmatan e-panggilan (e-hailing) dan pengajar sekolah memandu. Pembayaran akan dibuat melalui aplikasi Sarawak Pay.

Langkah bantuan khas kepada agensi pelancongan berlesen, operator homestay berlesen, pemandu kenderaan pelancongan berlesen, pemandu pelancongan dan pemandu pelancongan taman negara berlesen, beliau berkata pemberian Geran Khas ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM1.63 juta.

Manakala bagi langkah pemberian secara diskaun termasuk diskaun bil elektrik ia melibatkan diskaun 5 peratus sehingga 25 peratus ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan untuk bulan Julai hingga Disember 2021.

Bil air, diskaun 10 peratus hingga 25 peratus ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Julai hingga Disember 2021.

Untuk diskaun taksiran kadar cukai pintu melibatkan diskaun 25 peratus untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30 peratus untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2021.

Baca Juga:Print MySejahtera QR Code:Tampal Di Pintu Kedai / Premis

Inisiatif Lain Bantuan Khas Sarawakku Sayang

Mengenai diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai ia akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021 dan bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja yang berdaftar yang menyewa pasar dan gerai di bawah PBT.

Untuk diskaun 50 peratus sewa Skim Perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak, langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 3,200 penyewa Skim Perumahan HDC di seluruh Sarawak, katanya.

Beliau berkata pengecualian bayaran dewa kepada pengusaha kecil dan sederhana yang beroperasi di premis perniagaan milik badan berkanun dan syarikat GLC negeri  ia melibatkan kos sebanyak RM2.0 juta kepada Kerajaan Sarawak

Langkah seterusnya adalah penyediaan bakul makanan kepada isi rumah yang terjejas semasa PKP.

Peruntukan sebanyak RM250,000 akan diagihkan mengikut kawasan DUN masing-masing yang akan diuruskan oleh agensi Kerajaan Sarawak.

Kerajaan Sarawak akan membelanjakan RM25.5 juta bagi melaksanakan langkah ini termasuk kos pengangkutan.

Baca Juga:Semak Status CTOS Online:Cara Daftar & Login Laporan Kredit

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut BKSS 6.0 & pertanyaan tentang BKSS 6.0 atau perkara lain berkaitan anda boleh layari https://bkss.sarawak.gov.my/

atau

Tel: 082-555 999

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang BKSS 6.0 ini memudahkan anda untuk mendapat bantuan daripada kerajaan negeri Sarawak ini insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment