Semak Status CTOS Online:Cara Daftar & Login Laporan Kredit
Semak status CTOS online dilihat penting untuk menyemak status senarai hitam oleh BANK. Adakah anda mengetahui anda sudah disenarai hitam dari pihak bank? Mungkin anda akan berasa risau bila dapat tahu anda ini pernah kena senarai hitam.
Jika anda ingin membuat pinjaman bank untuk beli aset seperti rumah,beli kereta, atau pinjaman peribadi, anda perlu buat Semak status CTOS online terlebih dahulu bagi mengetahui status laporan kredit anda. Anda tidak perlu bimbang, untuk mengesahkan samada anda kena senarai hitam atau tidak. Anda boleh baca cara SEMAKAN STATUS CTOS ONLINE di ctos.id.ctos.com.my.

Baca Juga: Semak Check kelajuan Internet Rumah Sekolah Pejabat:Cara Buat Speedtest Guna Web & Apps
Apakah CTOS?
CTOS adalah ringkasan kepada Credit Tip Off Service, di mana ia merupakan Agensi Pelaporan Kredit, lebih kurang macam CCRIS.
Semak status CTOS online akan membolehkan kita mengetahui laporan kredit (untuk individu dan syarikat) yang memaparkan rekod kredit mereka untuk tempoh 24 bulan lalu, maklumat tindakan undang-undang, pemilikan syarikat dan pengarah, dan juga testimoni daripada syarikat-syarikat yang pernah berurusniaga dengan mereka.

Baca Juga:Touch n Go eWallet:Pendaftaran & Penebusan Kredit eBelia RM 150
Maklumat Umum Mengenai Semakan Status CTOS Online
CTOS merupakan akronim kepada Credit Tip Off Service, di mana ia merupakan Agensi Pelaporan Kredit, sama seperti CCRIS tapi tidak serupa.
Dengan membuat semakan MyCTOS , anda akan boleh mengetahui laporan kredit (untuk individu dan syarikat) yang memaparkan rekod kredit mereka untuk tempoh 24 bulan lalu, maklumat tindakan undang-undang, pemilikan syarikat dan pengarah, dan juga testimoni daripada syarikat-syarikat yang pernah berurusniaga dengan mereka.
Untuk pengetahuan anda, CTOS dikendalikan oleh syarikat swasta yang berdaftar dan bukanlah di bawah pentadbiran mana-mana badan kerajaan. CTOS Sdn Bhd ditubuhkan di bawah skop Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (Credit Reporting Agencies Act 2010).
Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.
Kenapa Perlu Buat Semakan CTOS?
Jika laporan semak status CTOS online kita baik, kemungkinan untuk pinjaman bank diluluskan adalah tinggi.
Dan begitulah juga sebaliknya jika semak status CTOS online anda kurang baik kebarangkalian untuk pinjaman tidak diluluskan adalah lebih tinggi.
Jadi, semakan MyCTOS akan membolehkan kita mengetahui apa yang kurang baik dengan kredit kita serta bagaimana cara untuk memperbaikinya sebelum memohon bagi mengelakkan penolakan.
Baca Juga:i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kelayakan Bantuan Suri Rumah
Perbezaan CTOS Dengan CCRIS
CCRIS dan CTOS adalah dua benda yang berbeza antara perbezaannya adalah seperti berikut:
- CCRIS adalah di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM)
- CTOS adalah agensi luar yang tidak mempunyai kaitan dengan BNM.
Walaupun laporan kredit yang kurang baik boleh menyebabkan seseorang tidak lulus pinjaman bank, namun kedua-dua badan semakan ini tidak mengeluarkan senarai blacklist yang menghalang mana-mana individu dari membuat pinjaman.

Baca Juga:Permohonan Rayuan BPR 2021 Fasa 2:Mulai 15-30 Jun 2021
Cara Daftar Untuk Buat Semakan CTOS Online
Sebelum anda boleh login ke portal semak status CTOS online, anda perlu buat pendaftaran dahulu.
Kami akan kongsikan cara daftar semak status CTOS online adalah seperti panduan di bawah:
- Layari laman web rasmi CTOS di https://ctoscredit.com.my/ dan tekan ‘Daftar Sekarang’.
- Pilih jenis dokumen. pilih MyKad jika anda warganegara Malaysia
- Sila isikan nombor kad pengenalan (IC No.), alamat e-mel dan nyatakan pilihan bahasa anda (Inggeris, Melayu dan Cina).
- Masukan maklumat peribadi
- Masukkan nama penuh seperti dalam MyKad
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Masukkan email
- Masukkan nombor telefon
- Pastikan anda memberikan nombor telefon bimbit yang betul. Ini adalah amat penting kerana kod pengesahan TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda bagi melengkapkan proses pendaftaran.
- Klik “Get Verification Code”
- Tunggu sehingga SMS diterima pada nombor telefon anda
- Masukkan Verification Code yang diterima untuk buat pengesahan
- Klik “Continue”
- Semak email. Biasanya, pengesahan dilakukan pada hari yang sama, dan anda akan menerima satu lagi emel yang memaklumkan bahawa akaun anda telah disahkan, dan pendaftaran selesai.
- Buat pengesahan email

Baca Juga:Laptop Tablet Percuma CERDIK:Semakan Kelayakan Inisiatif Cerdik Murid B40
Cara Login CTOS Online
CTOS memerlukan 3 jam waktu kerja untuk mengesahkan butiran pendaftar dan menyediakan ID pengguna yang sah yang diperlukan untuk mengakses laporan semak status CTOS online. Anda akan menerima e-mel dari CTOS tentang butiran ID Pengguna anda melalui alamat emel yang anda berikan.
- Untuk menyelesaikan proses pendaftaran semak status CTOS online, log masuk dengan
- ID pengguna
- kata laluan yang telah didaftarkan.
- Pilih soalan keselamatan untuk memastikan akaun anda selamat dan tidak boleh diakses dengan mudah oleh orang lain.

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Baca Juga:Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan
Senarai Maklumat Dalam Semakan CTOS Online
Berikut adalah senarai maklumat dalam Laporan semak status CTOS online:
- Pengesahan identiti
- Informasi perniagaan, pengarah dan pemilikan perniagaan
- Butir-butir tindakan undang-undang, status kes, maklumat kebankrapan
- Sejarah Kewangan – Terdiri daripada 3 bahagian iaitu
- Permohonan kredit semasa dan butiran CCRIS
- Rekod cek tidak sah
- Komen anda

Bank akan melihat bahagian ini dengan teliti untuk menentukan sekiranya anda adalah pembayar yang baik, dan sama ada anda masih boleh menanggung lebih kredit berdasarkan kredit anda yang sedia ada.
Baca Juga:Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK
Cara Semak CTOS Check Status (Senarai Hitam Blacklist)
Jika anda selesai login, anda akan dipaparkan dengan Dashboard dalam portal CTOS online.
Laporan rasmi semak status CTOS online mempunyai 5 bahagian iaitu:
- Bahagian A – perihal butiran diri
- Bahagian B – perihal dan butiran dari Bank Negara dan agensi kerajaan yang lain
- Bahagian C – perihal milikan syarikat dan lembaga pengarah
- Bahagian D – perihal kredit dan butiran dari CCRIS serta senarai cek tendang yang dikeluarkan.
- Bahagian E – perihal bayaran tunggakan dan sebagainya kepada syarikat utiliti seperti telekomunikasi, api, air dan sebagainya.
Anda akan diberi CTOS ID dan laporan lengkap yang pertama secara percuma. Bagi mendapat laporan berikutnya, bayaran akan dikenakan mengikut kategori-kategori tertentu. Bayaran yang dikenakan amat berpatutan dan bermula dari RM25 untuk satu laporan yang anda inginkan.

Sumber Laporan Semak Status CTOS Online
Baca Juga: SPUR PUNB: Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 Sehingga RM100,000
Bagi menghasilkan laporan semak status CTOS online, CTOS Sdn Bhd mendapatkan data dan maklumat dari sumber awam seperti berikut
- Bank Negara Malaysia
- Jabatan Pendaftaran Negara
- Jabatan Insolvensi Malaysia
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar tempatan dan warta kerajaan.
Baca Juga: Bantuan IPT Yayasan JCorp:Cara Mohon & Syarat Permohonan
Tips Dapatkan Skor CTOS Yang Baik
Jika skor semak status CTOS online anda kurang baik, anda boleh memperbaikinya dengan melakukan langkah berikut:
- Bayar bil-bil anda tepat pada masanya. Langsaikan bayaran tertunggak.
- Pastikan jumlah yang dihutang rendah dan buatlah bayaran bulanan anda dengan berdisiplin sehingga amaunnya semakin berkurang.
- Perbaiki rekod kredit anda jika anda pernah menghadapi masalah. Jika anda menghadapi kesulitan menguruskan kesihatan kredit anda, anda boleh berjumpa dengan penasihat, kaunselor kredit atau perkhidmatan kewangan untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Semak status CTOS online secara berkala supaya anda boleh memantau kesihatan kredit anda. Dengan ini, anda boleh mengambil langkah awal jika anda mempunyai sebarang masalah atau isu kewangan.
Baca Juga: Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Maklumat lanjut tentang semak status CTOS online boleh didapati melalui laman web rasmi CTOS atau melalui saluran berikut:
CTOS Data Systems Sdn Bhd,Unit 01-12, Level 9,Tower A, Vertical Business Suite, Avenue 3, Bangsar South,No. 8, Jalan Kerinchi,59200, Kuala Lumpur
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang semak status CTOS online ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com