Elaun EMK 2021:Semakan Kelayakan & Kadar Bantuan Elaun Murid Berkeperluan Khas
Elaun Murid Berkeperluan Khas EMK antara bantuan yang disediakan oleh kerajaan khusus untuk pelajar OKU. Elaun khusus ini dilihat sangat membantu meringankan beban murid yang memerlukan.
Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) telah mula diperkenalkan pada tahun 2005 yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeperluan khas (OKU). Elaun ini diberikan kepada murid OKU yang bersekolah di peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah termasuk pelajar di Kolej Vokasional dan Matrikulasi yang mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Baca Juga: Aplikasi Pengurusan Bantuan:Cara Login APB Permohonan BKP,KWAPM,BIASISWA SUKAN& EMK
Kadar Bantuan Elaun EMK 2021
Kadar bantuan yang akan diterima oleh mereka yang layak menerima elaun Murid Berkeperluan Khas EMK ini ialah:
RM150 sebulan x 12 bulan (tertakluk kepada jumlah bulan yang melayakkan murid untuk menerima EMK pada tahun tersebut).
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
Tatacara Pemilihan Penerima Bantuan Elaun EMK 2021
Berikut adalah tatacara pemilihan penerima elaun bantuan EMK 2021:
- Murid warganegara Malaysia.
- Murid Orang Kurang Upaya (OKU) yang bersekolah di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) serta pelajar di Kolej Matrikulasi dan Kolej Vokasional.
- Memegang kad OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun /insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Baca Juga: Maybank Trade:Cara Buka Akaun CDS & Pelaburan Online Maybank2u
Kaedah Penyaluran Elaun Bantuan EMK 2021
Kaedah penyaluran bantuan elaun EMK adalah seperti berikut:
- Elaun disalurkan oleh KPM kepada Bahagian Pendidikan Khas yang menyalurkan elaun tersebut kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Bahagian Matrikulasi/ Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV).
- Seterusnya, JPN/ Bahagian akan menyalurkan elaun kepada akaun sekolah dan akaun murid.
Baca Juga; Cara Guna Zoom Melalui Telefon & Komputer
Syarat Kelayakan Elaun EMK 2021
- Warganegara Malaysia;
- Sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan;
- Murid berkeperluan khas yang merangkumi:
- Prasekolah
- Sekolah-sekolah rendah dan menengah;
- Sekolah agama; dan
- Kolej matrikulasi.
- Memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); dan
- Tidak/belum menerima elaun OKU daripada mana-mana agensikerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan.
Baca Juga: Sekolah Seni Malaysia SSeM:Syarat & Cara Permohonan Kemasukan Tingkatan 1
Tatacara Pembayaran Dan Pengurusan
Cara Pembayaran Elaun EMK 2021
i. Elaun EMK dibayar melalui akaun bank murid;
ii. Pembayaran Elaun EMK dibuat sekali setahun;
iii. Jumlah pembayaran Elaun EMK kepada murid baru dikira daripada bulan pendaftaran semester / persekolahan dalam tahun semasa;
iv. Pembayaran Elaun EMK akan ditamatkan sekiranya murid keluar atau berhenti daripada sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan; dan
v. Pastikan setiap murid adalah pemegang kad OKU. Tanpa kad OKU, bayaran elaun tidak boleh dibuat.
Lebihan Peruntukan
Sekiranya berlaku lebihan peruntukan Elaun Murid Khas, BPKhas, Bahagian Matrikulasi dan JPN dikehendaki memulangkan lebihan peruntukan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek atas nama ‘Ketua Akauntan Kementerian Pelajaran Malaysia’ sebelum atau pada 30 November tahun semasa.
Peranan Kolej Matrikulasi / Sekolah
i. Menyediakan maklumat murid yang lengkap seperti di Lampiran A / Lampiran A1 untuk dipanjangkan kepada Bahagian Matrikulasi (BM) / Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) sebelum atau pada tarikh-tarikh berikut dalam tahun semasa :
- 7 Februari – berdasarkan data murid pada 31 Januari;
- 7 Jun – berdasarkan data tambahan murid pada 31 Mei; dan
- 7 September – berdasarkan data tambahan murid pada 31 Ogos.
- 7 Julai – berdasarkan data pelajar (untuk Kolej Matrikulasi sahaja)
ii. Memastikan setiap murid memiliki akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional (BSN);
iii. Menyimpan buku akaun simpanan murid untuk tujuan kawalan. Pengeluaran hendaklah disertai dengan borang permohonan seperti di Lampiran D;
iv. Murid yang berpindah/bertukar ke sekolah lain, sekolah terdahulu perlu menyatakan status penerimaan EMK di dalam Borang Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara (P.U(A)275); dan
v. Memastikan EMK dikreditkan ke akaun murid dalam tempoh (7) tujuh hari bekerja dari tarikh penerimaan peruntukan.
Peranan Bahagian Matrikulasi / Jabatan Pelajaran Negeri
i. Menerima dan menyelaras maklumat murid yang lengkap seperti di Lampiran B / Lampiran B1 untuk dipanjangkan kepada Bahagian Pendidikan Khas pada tarikh-tarikh berikut dalam tahun semasa:
- 15 Februari – berdasarkan data murid pada 31 Januari;
- 15 Jun – berdasarkan data tambahan murid pada 31 Mei; dan
- 15 September – berdasarkan data tambahan murid pada 31 Ogos.
ii. Mengeluarkan subwaran kepada sekolah Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan PPD bagi sekolah bukan PTJ pada minggu kedua bulan Mac/Jun/September. Manakala kolej matrikulasi pada minggu kedua bulan Ogos;
iii. Mendapatkan laporan Jabatan Akauntan Negara (JAN) berkaitan pembayaran EMK untuk dikemukakan dalam mesyuarat penyelarasan;
iv. Murid yang berpindah/bertukar ke sekolah lain, JPN perlu mengesahkan status penerima EMK di dalam Borang Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara (P.U(A)275); dan
v. Membuat pemantauan ke sekolah-sekolah bagi tujuan pengemaskinian rekod.
Peranan Bahagian Pendidikan Khas
i. Menerima dan menyelaras maklumat murid yang lengkap seperti di Lampiran B / Lampiran B1 daripada Bahagian Matrikulasi / JPN;
ii. Melengkapkan Lampiran C (Maklumat Elaun Murid Khas) untuk dikemukakan kepada Bahagian Kewangan;
iii. Mengemas kini data berhubung maklumat murid khas untuk dikemukakan kepada Bahagian Kewangan pada tarikh-tarikh berikut dalam tahun semasa :
- Akhir Februari – berdasarkan data murid pada 31 Januari;
- Akhir Jun – berdasarkan data tambahan murid pada 31 Mei; dan
- Akhir September – berdasarkan data tambahan murid pada 31Ogos.
iv. Mengeluarkan subwaran kepada JPN pada minggu pertama bulan Mac/Jun/September. Manakala Bahagian Matrikulasi pada minggu pertama bulan Ogos.
Bagi pelajar yang ingin melanjutka pelajaran ke IPTA semak biasiswa di sini:
- Dermasiswa Lepasan SPM:Cara Memohon & Semakan Kelayakan Sesi 2021/2022
- Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK
- Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini
- Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan
- Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan
- Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon
- Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
- Biasiswa IPT Yayasan Pahang:Permohonan Biasiswa Universiti Tempatan 2021/2022
- Biasiswa MyBrain SC 2021:Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama
- Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA 2021
- PIDN JPA 2021: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)
- Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021
Lain-lain biasiswa anda boleh seacrh di keptennews.com
Login APB Permohonan Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas EMK
Permohonan Elaun EMK dilakukan oleh pihak sekolah rujuk panduan seperti dibawah
Permohonan Elaun EMK Sekolah:
- Diambil daripada Sistem Pengurusan Sekolah
- (SPS) – Modul Pengurusan Murid
- ◦ Dipilih mengikut maklumat OKU
Tindakan sekolah :
- Guru Kelas kemaskini maklumat OKU di dalam Modul Pengurusan Murid SPS seperti biasa
- Guru Elaun EMK perlu menyemak murid yang layak memohon di APB EMK.
- Guru Elaun EMK perlu didaftarkan ke dalam eOPERASI oleh pihak sekolah (pentadbir SPS Modul Pengurusan Guru (eOPERASI)).
(Rujuk tatacara pendaftaran guru bantuan melalui eOPERASI di muka hadapan Modul Pengurusan Murid)
- Kemudian sila akses ke alamat di bawah :
http://sps.moe.gov.my/utama.php
atau
- Log masuk ke dalam Modul Pengurusan Murid menggunakan ID yang telah didaftarkan.
Untuk memudahkan para admin sila rujuk manual APB EMK klik:
Aplikasi Pengurusan Bantuan Modul Pengurusan EMK
atau
Manual Garis Panduan Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas
Baca Juga: Permohonan Perkahwinan Online:Panduan Permohonan Nikah Kahwin Online SPPIM
Laporan Prestasi Perbelanjaan
Laporan prestasi perbelanjaan Elaun EMK adalah seperti berikut:
- Setiap kolej / sekolah perlu memastikan Laporan Prestasi Perbelanjaan dikemas kini dan satu salinan dikemukakan kepada Bahagian Matrikulasi / JPN sebelum atau pada 5 haribulan setiap bulan;
- Bahagian Matrikulasi / JPN perlu memastikan Laporan Prestasi Perbelanjaan dikemas kini dan satu salinan dikemukakan kepada BPKhas sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan; dan
- BPKhas perlu memastikan Laporan Prestasi Perbelanjaan dikemas kini dan satu salinan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan sebelum atau pada 15 haribulan setiap bulan.
Baca Juga: Tukar No Telefon CIMB:Kemaskini Untuk Kegunaan Iternet Banking (CIMB Click)
Borang Permohonan Elaun Bantuan Duit EMK 2021
Borang maklumat penerimaan Elaun EMK bantuan ini boleh di muat turun di pautan di bawah:
https://www.moe.gov.my/penerbitan/1629-pubfile-file-000955/file
Baca Juga: Kemaskini No Telefon KWSP:Cara Kemaskini Untuk Urusan KWSP Online
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut Elaun EMK dan pertanyaan lain tentang bantuan Elaun Bantuan EMK 2021 ini anda boleh layari https://www.moe.gov.my/ atau hubungi:
Ministry Of Education Malaysia (MOE)
Blok E8, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya, Malaysia.
Tel: 03-8000 8000
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Elaun EMK memudahkan pihak sekolah mendapatkan bantuan untuk para pelajar yang layak insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com