Bantuan PendaftaranIPT YPJ:Cara Permohonan Bantuan & Pinjaman Pelajaran YPJ
CARA PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPT YPJ DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA( RM500/RM1000)
PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPT YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) AKAN DIBUKA PADA 15 OGOS 2021 HINGGA 28 OGOS 2021.
Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT YPJ ini dibuka kepada semua yang layak memohon.
Sila rujuk syarat permohonan Bantuan Pendaftaran IPT YPJ dan maklumat lanjut di bawah.
Untuk memohon pinjaman pelajaran Yayasan Pelajaran Johor baca: Pinjaman Pelajaran YPJ 2021:Cara Mohon Pinjaman YPJ 2021
Baca Juga: Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini
Apa Itu Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ?
Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menyediakan Skim Bantuan Pendaftaran IPT bagi penuntut baharu sebanyak RM500 bagi peringkat diploma dan RM1,000 bagi ijazah sarjana muda.
Kerajaan Johor berharap bantuan menerusi YPJ ini sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan kewangan anak-anak Johor yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terpilih.
Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA semak biasiswa di sini:
- Dermasiswa Lepasan SPM:Cara Memohon & Semakan Kelayakan Sesi 2021/2022
- Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK
- Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini
- Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan
- Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan
- Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon
- Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
- Biasiswa IPT Yayasan Pahang:Permohonan Biasiswa Universiti Tempatan 2021/2022
- Biasiswa MyBrain SC 2021:Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama
- Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA 2021
- PIDN JPA 2021: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)
- Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021
Lain-lain biasiswa anda boleh seacrh di keptennews.com
Syarat Am Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT & Pinjaman Pelajaran IPT YPJ
Syarat am Bantuan Pendaftaran IPT YPJ & Pinjaman Pelajaran YPJ adalah seperti berikut:
- Pemohon Pinjaman serta Bantuan Pendaftaran IPT YPJ lahir dan menetap di Negeri Johor
- Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah)
- Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi
- Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
- Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
- Pemohon Pinjaman serta Bantuan Pendaftaran IPT YPJ hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
- Pemohon Pinjaman serta Bantuan Pendaftaran IPT YPJ tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
- Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ
Baca Juga: Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak:Cara Permohonan BPKNS 2021
Dokumen Sokongan Wajib Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT & Pinjaman Pelajaran IPT YPJ
dokumen sokongan yang wajib disediakan untuk memohon Bantuan Pendaftaran IPT YPJ & Pinjaman Pelajaran IPT YPJ adalah seperti berikut:
- Slip Pengesahan Permohonan “Skim Bantuan Pendaftaran”
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
- Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
- Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima)
- Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
- Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)
NOTA:
- Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.
- Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya
Baca Juga: Bantuan Am Pelajaran MAIWP – Cara Memohon
Cara Menghantar Borang Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT & Pinjaman Pelajaran IPT YPJ Serta Dokumen Sokongan
Cara menghantar borang permohonan serta dokumen sokongan Bantuan Pendaftaran IPT & Pinjaman Pelajaran IPT YPJ adalah seperti brikut:
- Susun dokumen permohonan mengikut senarai semak yang disediakan Masuk kan kesemua dokumen sokongan & permohonan kedalam sampul surat bewarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
- Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada i) PINJAMAN ii) SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)
- Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ. (Bagi yang memilih kaedah serahan tangan) Bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.
- Adalah dimaklumkan bahawa, kesemua borang permohonan yang dihantar ke YPJ ke dalam peti berkunci akan dibiarkan selama 24 jam bagi tujuan sanitasi.
Baca Juga: Permohonan GrEP MARA 2021:PROGRAM GRADUAN CEMERLANG 2021
Soalan Lazim
1.Bagaimanakah cara untuk memohon pinjaman Yayasan Pelajaran Johor?
Pelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian dimana-mana IPT, boleh membuat permohonan sepanjang tahun (mengikut tarikh BUKA dan tarikh TUTUP yang ditetapkan) dengan langkah berikut:-
LANGKAH 1: Isi permohonan secara online di www.ypj.gov.my/
LANGKAH 2: Mencetak slip permohonan
LANGKAH 3: Hantar slip permohonan & dokumen sokongan yang diperlukan
LANGKAH 4: Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan)
LANGKAH 5: Permohon yang berjaya akan menerima surat tawaran dan satu (1) set dokumen perjanjian yang akan dihantar ke emel pemohon
LANGKAH 6: Lengkapkan dokumen perjanjian dalam tempoh 3 minggu dari tarikh emel diterima
2.Apakah syarat permohonan bantuan pendaftaran IPT & pinjaman Yayasan Pelajaran Johor?
a) Lahir dan menetap di Johor
b) Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan
c) Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
d) Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
e) Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa)
f) Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’
g) Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan)
h) PENTING : keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan
3.Apakah dokumen yang wajib dilampirkan bersama permohonan?
a) Slip permohonan
b) Salinan kad pengenalan pemohon & ibubapa/penjaga
c) Salinan sijil kelahiran
d) Salinan surat tawaran ke IPT
e) Salinan sijil SPM & sijil berhenti Sekolah
f) Slip gaji/ pengesahan pendapatan ibu DAN bapa / penjaga.
g) Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan
h) Salinan sijil kematian/penceraian (jika berkaitan)
4.Apakah YPJ membiayai pelajar yang akan menuntut di Universiti luar negara?
YPJ hanya menaja pelajar-pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke Indonesia, Mesir dan Jordan dalam jurusan Perubatan dan Pengajian Islam sahaja dan Permohonan tersebut adalah kelulusan YAB Menteri Besar Johor sahaja
5. Bagaimanakah wang pinjaman pendidikan dikeluarkan kepada pelajar IPT?
Wang pinjaman pendidikan dibayar melalui beberapa cara sepertimana di bawah:-
- bayar terus melalui Bendahari di institusi-institusi;
- bayar melalui akaun bank pelajar masing-masing (Institusi-institusi tertentu) ;
Pembayaran pertama hanya akan dibayar selepas Surat Perjanjian pinjaman yang lengkap dikembalikan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh dikeluarkan manakala baki pinjaman dibayar dua kali setahun
Baca Juga: Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA 2021
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut
Pemohon Bantuan Pendaftaran IPT YPJ dan Peminjam boleh menghantar sebarang pertanyaan berkenaan Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor 2021 & Bantuan Pendaftaran IPT YPJ (YPJ 2021) di saluran berikut:
Aplikasi Whatsapp
- Pertanyaan Am: 013-7597 355 / 013-7791 355
- Aduan Pelanggan: 013-7411 355
- Bantuan Pendidikan: 013-7217 355 / 013-7290 355
- Bayaran Balik Pinjaman: 011-1147 9753 / 011-1148 9753 / 018-8749 753
Emel Rasmi
info@ypj.gov.my
Klik link : portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/ untuk syarat dan dokumen yang diperlukan.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Pendaftaran IPT YPJ & Pinjaman Pelajaran IPT YPJ ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com