Biasiswa PIDM: Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
Program Biasiswa PIDM ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada penuntut yang layak dan memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian ke peringkat pengajian tinggi
Biasiswa PIDM ini ditawarkan setiap tahun kepada maksimum 20 pemohon yang berjaya, untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di institusi tempatan.
Biasiswa My Brain SC untuk tahun juga telah dibuka untuk permohonan. MOHON DI SINI
Biasiswa PIDM ini terbuka kepada semua penuntut warganegara Malaysia yang memerlukan pembiayaan. Para penuntut yang telah memulakan pengajian ijazah sarjana muda juga layak untuk memohon sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Untuk pelajar sekolah menengah anda boleh memohon Biasiswa Kecil Persekutuan.
PIDM ialah agensi kerajaan yang melindungi deposit anda di bank, serta manfaat takaful dan insurans anda sekiranya berlaku kegagalan sesebuah institusi ahli. Sebahagian daripada mandat PIDM ialah untuk menggalakkan keyakinan orang ramai kepada kestabilan sistem kewangan di Malaysia.
Baca Juga:EMIS Online:Cara Login EMIS Sistem Pengurusan Sekolah SPS
Carian Tertinggi Di Google Tahun 2024.
- Cara Memohon STR 2024
- Login PTPTN: Semakan Penyata Baki Pinjaman & Permohonan Baru
- Cara Semakan Permohonan STR 2024
- Contoh Kertas Kerja
- Surat Permohonan Kerja Kosong. Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- RAYUAN STR: Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula
- Contoh Surat Rasmi
- Biasiswa Sekolah Menengah
- Biasiswa Kecil Persekutuan 2024: Cara Permohonan BKP Online
Tarikh Permohonan
Permohanan untuk Biasiswa Ijazah Sarjana Muda terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang memohon untuk atau sedang mengikuti kursus ijazah sarjana muda sahaja.
Anda boleh membuat permohonan Biasiswa PIDM secara dalam talian (‘online’). Tarikh akhir untuk permohonan adalah pada 3 Mei , jam 6.00 petang.
Hanya Biasiswa PIDM pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.
Bagi pelajar yang layak anda juga boleh memohon Biasiswa Yang Dipertuan Agong.
Anda boleh mengemukakan permohonan Biasiswa PIDM anda sebelum menerima sebarang tawaran daripada universiti yang disenarai dan diluluskan oleh PIDM.
Walau bagaimanapun, sebarang tawaran biasiswa hanya akan di anugerahkan apabila anda memenuhi semua syarat yang diperlukan dan juga setelah anda memperoleh kemasukan ke salah satu program yang layak di salah satu kolej atau universiti yang diluluskan.
Baca Juga: Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah:Cara Mohon, Kadar Bantuan & Semakan Status Kelayakan
Cara Permohonan
Biasiswa PIDM ini hanya terbuka kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dan bukan untuk lepasan SPM.Cara permohonan biasiswa PIDM ini adalah seperti berikut:
1.Layari https://www.pidm.gov.my/bm/pidm/undergraduate-scholarship-programme/ atau terus klik di sini.
2.Lengkapkan maklumat dalam borang pendaftaran online
3.Maklumat pendaftaran diperlukan adalah seperti berikut:
4.Selepas pendaftaran berjaya klik masuk ke login page untuk mendaftar Biasiswa PIDM.
Baca Juga:Permohonan PPC:Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam
Tawaran Melalui Biasiswa PIDM
Antara yang ditawarkan melalui program Biasiswa PIDM ini ialah sepeti berikut:
- Sehingga RM20,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah;
- Sehingga RM2,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun;
- Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan;
- Penerima biasiswa tidak akan terikat untuk berkhidmat dengan PIDM dan tidak dikehendaki membayar balik wang pembiayaan anugerah biasiswa yang diberikan;
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
Program Mentor dan Bimbingan
- Penerima biasiswa akan mendapat sokongan daripada mentor yang terdiri daripada kalangan tenaga kerja PIDM dan alumni penerima biasiswa yang akan memberi bimbingan dan memantau perkembangan penerima biasiswa secara berterusan sepanjang tempoh program.
- Penerima biasiswa akan mendapat banyak manfaat daripada pengalaman kumpulan mentor ini.
Baca Juga: Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang
Program Latihan Praktikal
- Sebagai satu ciri strategik program itu, penuntut akan ditawarkan peluang program latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM untuk mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir).
Secara ringkasnya, program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM30,000 setahun bagi setiap individu. Semasa tempoh latihan industri dengan PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000.
Baca Juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Mudah Cepat Siap
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan permohonan biasiswa PIDM adalah seperti berikut:
- Anda seorang warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 January) dan merupakan penuntut sepenuh masa;
- Permohonan terbuka hanya kepada pemohon yang sudah melengkapkan kursus Pra-Universiti atau sedang dalam semester terakhir kursus Pra-Universiti;
- Anda hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan STPM atau setara dengan A-Levels (minimum 2A).
- Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Levels, anda harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (“PNGK”) sebanyak 3.50 dan ke atas;
- Anda seorang penuntut sepenuh masa dan telah diterima masuk ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang berkaitan dengan PIDM yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (“LAN”), dalam kolej atau universiti yang diluluskan oleh PIDM;
- Tidak dapat meneruskan pengajian tanpa bantuan kewangan;
- Tidak menerima biasiswa dan bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan lain;
- Tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan dari mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin ke atas pemohon;
- Hanya universiti terkemuka seperti yang disenaraikan oleh Quacquarelli Symonds World University Rankings (“QS”) dan Times Higher Education Rankings (“THE”) akan diberi pertimbangan.
- Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian khusus serta senarai kolej dan universiti adalah seperti yang diluluskan oleh PIDM.
Terma dan syarat program biasiswa boleh diubah oleh PIDM mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa tanpa notis. Sebarang penganugerahan biasiswa adalah mengikut budi bicara PIDM. Rayuan tidak akan diterima.
Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR
Prasyarat Permohonan Biasiswa PIDM
Senarai prasyarat Biasiswa PIDM merangkumi:
- Keperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa;
- Tawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM;
- Penerima biasiswa dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir.
Baca Juga:Permohonan GrEP MARA :PROGRAM GRADUAN CEMERLANG
Bidang Pengajian Layak Memohon Biasiswa PIDM
Bidang pengajian yang layak memohon biasiswa PIDM adalah seperti berikut:
- Perakaunan
- Perbankan
- Pentadbiran Perniagaan
- Kewangan
- Perniagaan Antarabangsa
- Perbankan Islam
- Perbankan dan Pengurusan Kewangan
- Sains Komputer /Teknologi Maklumat
- Ekonomi
- Ekonomi Kewangan Antarabangsa
- Statistik
- Sains Aktuari
- Undang-undang / Undang-undang Syariah
- Pengurusan Sumber Manusia / Pembangunan Sumber Manusia
- Matematik (Aktuari)
- Pengurusan Risiko dan Insurans
- Insurans
- Komunikasi
Baca Juga: Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
Senarai Universiti & Kolej Layak Memohon Biasiswa PIDM
Senarai Universiti & Kolej layak memohon biasiswa PIDM mengikut IPT adalah seperti berikut:
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
Baca juga: ISMP : Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)
- Multimedia University (MMU)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
- Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
- Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC)
- University Kuala Lumpur
- Monash University Malaysia
- Taylor’s university
- Sunway University
- The University of Nottingham Malaysia Campus (UNM)
- UCSI University
- Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
- Management and Science University (MSU)
- Curtin University Malaysia
- Swinburne University of Technology Sarawak Campus
- SEGI university
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja :Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan Biasiswa PIDM
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, hantarkan pertanyaan anda ke alamat e-mel ss@pidm.gov.my atau hubungi Puan Beatrice Low di talian 03-2173 7475.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang biasiswa PIDM ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com