DanaNITA MARA: Permohonan Skim Pembiayaan Perniagaan Wanita RM50,000
DanaNITA MARA Usahawan wanita di seluruh negara yang memerlukan pembiayaan perniagaan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa usahawan wanita untuk memohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA).
Menerusi DanaNITA MARA ini, pemohon yang layak akan menerima pembiayaan perniagaan sehingga RM50,000.
Terdapat dua tujuan utama DanaNITA MARA ini diwujudkan kepada usahawan wanita iaitu:
- Memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah
- Pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan
Sehingga kini, untuk tahun 2021 seramai 100 usahawan wanita telah menerima manfaat skim DanaNITA MARA ini melibatkan peruntukan sebanyak lebih RM3 juta.
Baca Juga: Temujanji Online Tabung Haji:Muat Turun Borang Transaksi TH Online & Cara Buat Temujanji
Baca Juga: Pro-P MARA : Permohonan Program Pembangunan Profesional
Pemohon Biasiswa 2024 Semak Di SINI:
- · Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank:Cara & Syarat Permohonan
- · Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu :Semak kelayakan & Cara Memohon
- · Biasiswa PIDM:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
- · Biasiswa MyBrain SC :Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama
- · Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA
- · PIDN JPA : Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)
- · Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang
- · Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Online 2024
- · Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
Skop Pembiayaan
Terdapat 2 skop pembiayaan menerusi skim DanaNITA MARA ini iaitu:
- Modal Pusingan
- Pembelian Mesin dan Peralatan
Baca Juga: Permohonan YTP MARA :Pinjaman Boleh Ubah Young Talent Development Programme
Tempoh Pembiayaan & Kadar Keuntungan DanaNITA MARA
Tempoh pembiayaan bagi skim DanaNITA MARA ini adalah daripada 1 hingga 10 tahun atau 12 hingga 120 bulan.
Kadar keuntungan yang ditetapkan menerusi skim ini pula adalah sebanyak 4%.
Baca Juga: Permohonan GrEP MARA :PROGRAM GRADUAN CEMERLANG
Jaminan Atau Cagaran
Bagi pemohon yang ingin memohon skim DanaNITA MARA ini, mereka perlu mempunyai jaminan atau cagaran iaitu:
- Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; atau
- Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; atau
- Gabungan kedua-duanya sekali; atau
- Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan.
Baca Juga: Program Jana Niaga Mara Shopee : Cara Permohonan Baucer Kedai & kredit Iklan RM800
Syarat Kelayakan DanaNITA MARA
Syarat kelayakan yang ditetapkan melalui skim DanaNITA MARA ialah seperti:
- Warganegara dan Bumiputera.
- Berumur 18 hingga 60 tahun.
- Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
- Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM).
- Premis perniagaan (kecuali perniagaan online).
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan.
- Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh 6 bulan terkini.
- Perniagaan patuh Syariah.
- Bebas dari senarai hitam MARA.
Baca Juga:PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR: SKIP MARA
Cara Memohon DanaNITA MARA
Untuk membuat permohonan DanaNITA MARA , sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx.
- Klik bahagian ‘Daftar pengguna baharu.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Buat permohonan dan hantar permohonan
- Cetak salinan permohonan
- Hantar salinan permohonan dan dokumen sokongan ke pejabat MARA daerah yang berhampiran.
Baca Juga:Print MySejahtera QR Code:Tampal Di Pintu Kedai / Premis
Baca Juga: Connect Remote Astro Dengan TV:Cara Guna 1 Remote Sahaja
Dokumen Sokongan DanaNITA MARA
Dokumen sokongan DanaNITA MARA yang diperlukan boleh dirujuk melalui pautan http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/documentation/senarai_semak_pembiayaan.pdf.
contoh:
Setiap dokumen sokongan yang dikemukakan adalah sebanyak 3 salinan.
Baca Juga:Semak Status CTOS Online:Cara Daftar & Login Laporan Kredit
Soalan Lazim DanaNITA MARA
1. Bagaimanakah cara untuk memohon DanaNITA MARA?
Bermula Januari 2021, semua permohonan kemudahan pembiayaan perniagaan MARA hendaklah dibuat secara atas talian (online application) menerusi portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) https://www.mara.gov.my/ dengan langkah seperti berikut:
- Langkah 1 – Pilih E-Perkhidmatan
- Langkah 2 – Pilih MyUsahawan
ATAU
- Terus ke aplikasi permohonan di http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan
- Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA
Baca Juga: Semak Check kelajuan Internet Rumah Sekolah Pejabat:Cara Buat Speedtest Guna Web & Apps
2. Siapakah yang boleh membuat permohonan DanaNITA MARA?
Permohonan boleh dibuat oleh:
i. Milikan Tunggal – pemilik perniagaan
ii. Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad – salah seorang rakan kongsi
iii. Syarikat Sdn. Bhd – wakil yang diberi kuasa mengikut resolusi syarikat
3. Berapakah had maksimum atau had pembiayaan yang boleh dimohon?
- Had maksimum/had pembiayaan adalah mengikut skim kemudahan pembiayaan perniagaan seperti berikut:
i. PUTRA – had maksimum adalah sehingga RM10,000.00
ii. Skim OKU – had maksimum adalah sehingga RM50,000.00
iii. SEMAi – had maksimum adalah sehingga RM50,000.00
iv. DanaNita – had maksimum adalah sehingga RM50,000.00
v. Mobile Business (Food Truck/Karavan) – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
vi. SPiM – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
vii. SPiM Tekno – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
viii. PUTEK – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
ix. SPiKE – had maksimum adalah sehingga RM1,000,000.00
x. MISA – dari RM500,001.00 sehingga RM1,000,000.00
xi. PRiN – dari RM500,001.00 sehingga RM1,000,000.00
- Had maksimum atau had pembiayaan yang boleh dimohon mengikut status perniagaan adalah seperti berikut:
i. Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiti Terhad (PLT)
– Had maksimum yang boleh dimohon adalah sehingga RM250,000.00
ii. Syarikat Sdn. Bhd
– Had maksimum yang boleh dimohon adalah sehingga RM500,000.00 bagi semua skim kecuali PRiN dan MISA dengn had minimum dari RM500,001.00 hingga maksimum RM1,000,000.00.
4. Apakah syarat-syarat asas kelayakan permohonan pembiayaan Perniagaan MARA ?
Syarat-syarat asas kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan berstatus Bumiputera;
- Berumur 18-40 (PUTRA), 18-60 tahun, 21-60 untuk PRiN dan MISA dan 18 tahun ke atas untuk SPiKE;
- Berdaftar dengan SSM dan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan dan lebih dari 12 bulan untuk PRiN dan MISA (Syarikat Sdn.Bhd sahaja)
- Menjalankan Perniagaan Sepenuh Masa
- Perniagaan Patuh Syariah
- Bebas daripada Senarai Hitam MARA
Sambungan Soalan Lazim
5. Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan pembiayaan DanaNITA MARA?
- Dokumen yang diperlukan bagi permohonan pembiayaan MARA adalah mengikut Senarai Semak Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA yang boleh didapati di skrin permohonan.
- Semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (permohonan pembiayaan PRiN dan MISA) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.
6. Adakah saya/wakil syarikat perlu melengkapkan semua maklumat dalam permohonan DanaNITA MARA online ?
- Ya, semua maklumat perlu diisi dan dilengkapkan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
7. Adakah boleh saya mengemaskini maklumat/permohonan ?
- Ya, maklumat yang telah diisi oleh pemohon secara online boleh dikemaskini selagi butang “Hantar Permohonan” tidak dipilih.
8. Sekiranya saya menghadapi masalah teknikal semasa membuat permohonan DanaNITA MARA, siapakah yang boleh dihubungi?
- Sebarang masalah teknikal boleh di emel kepada admin_myusahawan@mara.gov.my
9. Sekiranya saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Kemudahan Pembiayaan Perniagaan MARA DanaNITA MARA , siapakah yang boleh saya hubungi?
- Pertanyaan lanjut boleh diemelkan kepada infobpn@mara.gov.my atau menghubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) MARA atau Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Pejabat MARA Negeri (PMN).
10. Bagaimana saya ingin membuat semakan status permohonan ?
- Status permohonan boleh disemak secara atas talian melalui system yang sama atau menghubungi Pejabat MARA Daerah (PMD) melalui emel atau telefon. Nombor telefon dan emel PMD boleh didapati di skrin permohonan.
Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja :Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai DanaNITA MARA ini, sila hantar email ke alamat infobpn@mara.gov.my.
atau hubungi:
Terima kasih. Semoga perkongsian cara mohon DanaNITA MARA ini memudahkan anda untuk meneruskan perniagaan dikala pendemik Covid-19 seakan mengubah kehidupan kita. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com