Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP 2021:Latihan Kemahiran Percuma & Elaun Untuk B40
Institut Kemahiran Baitulmal / Baitulmal Skills Institute – MAIWP kini membuka iklan kemasukan kepada mereka yang berminat untuk mengikuti latihan kemahiran yang diiktiraf.
Sebanyak 5 kursus ditawarkan Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP. Para pelajar yang terpilih akan menerima elaun dan semua kos pembelajaran ditanggung dengan dana zakat, di mana keutamaan adalah kepada anak-anak keluarga asnaf dan B40.
Berikut adalah maklumat lanjut tentang Baitulmal Skills Institute (Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP).
Wajib Baca:Perkara Yang Membatalkan Puasa: Wajib Baca Perkara Yang Membatalkan Puasa

Baca Juga:Sekolah Siraj JAWI:Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI 2022.
Apakah Institut Kemahiran Baitulmal (IKB)?
Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP IKB ditubuhkan pada tahun 1990 dan mula beroperasi pada tahun 1991 di Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Pada awal penubuhan IKB dikenali sebagai Pusat Latihan Fakir Miskin dan kemudiannya ditukar kepada Pusat Latihan Kemahiran Baitulmal pada tahun 1995.
Sejajar dengan perkembangan kursus dan tahap persijilan yang ditawarkan, nama tersebut telah dinaiktaraf kepada Institut Kemahiran Baitulmal pada tahun 1996.
Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150
Kampus Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP yang terletak kira-kira 5 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur ini mempunyai keluasan 3 ekar dan dilengkapi pelbagai infrastruktur sesuai sebagai sebuah institusi kemahiran.
Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP merupakan sebuah institusi kemahiran di bawah Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Program-program di Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP dilaksanakan melalui sistem pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Baca Juga:Bantuan Am Pelajaran MAIWP – Cara Memohon
Misi & Visi Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP
Misi & Visi Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP adalah seperti berikut:
MISI INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL
Menjadi sebuah institusi peneraju pendidikan kemahiran berkualiti demi memartabatkan ekonomi Masyarakat Islam.
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
VISI INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL
Menggilap dan meningkatkan potensi belia Islam agar terus melonjak tinggi menerusi:
- Pendidikan kemahiran sistematik, kreatif dan berinovatif.
- Penerapan nilai Islam keunggulan jati diri.
- Usahawan Muslim yang berdaya saing dan berdaya maju.
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Baca Juga:Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
Komponen Pengajian
1) Subjek Kursus (Teras)
- Kurikulum Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) JPK, Modul CIDB dan ST.
2) Subjek Pengajian Umum
- Keusahawanan
- Aplikasi Komputer
- Pengajian Agama Islam
3) Ko-Kurikulum (Briged Bomba & Penyelamat IKB)
4) Latihan Kerja Industri (LKI)
Baca Juga: Wang Tidak Dituntut eGumis:Cara Semak WTD 2021 (https://egumis.anm.gov.my/)
KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
TEORI 30%
Tutorial
- Tutorial
- Kelas perbincangan yang dibuat bagi mempraktikkan pengajaran sebelumnya.
- e-Pembelajaran
- Proses pembelajaran menggunakan sistem teknologi bagi meningkatkan kebolehcapaian dan keberkesanan pembelajaran.
- Activity Based Learning
- Proses pembelajaran melalui aktiviti penyelesaian masalah untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran.
AMALI 70%
- Work Based Learning
- Pembelajaran melalui situasi kerja sebenar seperti latihan kerja industri..
- e-Pembelajaran
- Penilaian yang dibuat berdasarkan aktiviti mengikut kompetensi yang ditetapkan.
- Activity Based Learning
- Penilaian berdasarkan tugasan dan hasil kerja individu atau berkumpulan.
Baca Juga: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online

Baca Juga: MyFutureJobs:Cara Daftar Baru & Login Portal Mencari Pekerjaan (MyFutureJobs.gov.my)
Kursus Yang Ditawarkan & Syarat-syarat Pengambilan
Terdapat 5 kursus yang ditawarkan bagi ambilan tahun 2021 dan syaratnya adalah seperti berikut:
BIL | PROGRAM DITAWARKAN | SYARAT PENGAMBILAN | SYARAT KHAS |
1 | KEJURUTERAAN ELEKTRIKPemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik – Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3 serta Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga dengan Endorsan Pengujian (PW4) Suruhanjaya Tenaga. | Warganegara Malaysia;Terbuka kepada Lelaki dan Wanita;Minimum tamat darjah 6 bagi semua kursus kecuali Kursus Kejuruteraan ElektrikBerumur 18 –35 tahun;Sihat tubuh badan;Boleh menulis, membaca dan mengira;Pendapatan isi rumah di bawah pengiraan Had Kifayah yang ditetapkan;Tidak memiliki Sijil Kemahiran Malaysia bagi kursus yang ditawarkan; danLulus ujian temuduga | Syarat khas bagi pemohon untuk Kursus Kejuruteraan Elektrik sahaja :Tidak buta warnaSijil SPM – dengan LULUS :Bahasa Melayu;Matematik/Matematik Tambahan; danSains/Sains Tambahan/Sains Gunaan/Fizik/Kimia/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Pendawaian Domestik/Menservis Peralatan Elektrik Domestik/Prinsip Elektrik & Elektronik/Aplikasi Elektrik & Elektronik/Teknologi Elektrik/ Pemasangan Kawalan Elektrik/ Lukisan Geometri & Elektrik.atau;3. Bagi calon Sijil Vokasional Malaysia dengan :Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih 3.33;Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104; dan PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67 dan kompeten semua modul vokasional |
2 | PERKHIDMATAN DAN PENYAJIAN MAKANANPenyediaan dan Pembuatan Makanan – Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3 | ||
3 | REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN LELAKIJahitan Pakaian Lelaki – Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & Penyelian dan Jahitan Pakaian Lelaki – Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 | ||
4 | REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN WANITAPembuatan Pakaian Wanita – Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, 2 & 3 | ||
5 | TEKNOLOGI BINAAN BANGUNANSijil Kecekapan Kemahiran (SKK) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) |
Baca Juga: Soalan & Jawapan Medsi 2021:Contoh soalan & Jawapan MEdSI Terkini
Keistimewaan Untuk Pelatih Di Institut Kemahiran Baitulmal
- Yuran pengajian percuma
- Penginapan dan makan minum disediakan
- Elaun bulanan RM100
- Pakaian korporat dan teknikal disediakan
Baca Juga: Biasiswa MyBrain SC 2021:Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama
Cara Permohonan
Permohonan Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan dalam golongan B40 serta di bawah pengiraan Had Kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Permohonan Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP untuk mengikuti latihan kemahiran program Sijil Kemahiran Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Sijil Kecekapan Kemahiran, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa 3 dengan Endorsan Pengujian, Suruhanjaya Tenaga (ST) di Institut Kemahiran Baitulmal bagi ambilan Julai 2021.
- Permohonan dibuat secara atas talian (online) : https://apps.maiwp.gov.my/sppikb/mohon
- Permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temuduga.
Baca Juga:Bantuan Tambahan RM500 PEMERKASA:Semakan Kelayakan Untuk B40 & Penerima BPR

Baca Juga: Bantuan Kanak-kanak 2021 (BKK) Cara mohon BKK
Tarikh Akhir Permohonan
Tarikh permohonan dibuka adalah dari 7 April 2021.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Mei 2021.
Baca Juga: Daftar Prasekolah Online 2022
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut atau info tentang permohonan / pengambilan Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP, sila layari www.maiwp.gov.my atau www.ikb-maiwp.edu.my
Telefon : 03- 9283 0198
Faks : 03- 9281 1387
INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL
Lot 1363,
Jalan Perkasa Off Jalan Kampung Pandan,
Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com