Puasa Ramadhan:Panduan Amalan Sunat, Makruh & Harus Ketika Puasa
Puasa Ramadhan adalah perkara wajib yang mempunyai kelebihan yang amat istimewa kerana inilah ibadah yang akan dibayar terus oleh Allah SWT.
Puasa Ramadhan adalah satu bulan yang Allah bagi kepada umat Nabi Muhammad dimana amalan pada bulan tersebut dilipatgandakan ganjarannya.
Perbanyakkan amalan sunat ketika puasa Ramadhan kerana amalan pada bulan ini dilipatgandakan pahala oleh Allah SWT.
Ibadah Puasa Ramadhan adalah perkara kedua terbesar bagi umat Islam selepas ibadah solat mengikut turutan Rukun Islam.
Umat Islam diwajibkan Puasa Ramadhan sebagai tuntutan salah satu Rukun Islam.
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Carian Tertinggi Di Google Tahun 2024.
- Cara Memohon STR 2024
- Login PTPTN: Semakan Penyata Baki Pinjaman & Permohonan Baru
- Cara Semakan Permohonan STR 2024
- Contoh Kertas Kerja
- Surat Permohonan Kerja Kosong. Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- RAYUAN STR: Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula
- Contoh Surat Rasmi
- Biasiswa Sekolah Menengah
- Biasiswa Kecil Persekutuan 2024: Cara Permohonan BKP Online
Pengertian Puasa
Puasa dari segi Fekah bermaksud meninggalkan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Antara fadhilat Ramadhan seperti yang terdapat dalam hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah.
Dalam hadis di atas ada diterangkan beberapa kelebihan bulan Puasa Ramadhan antaranya:
- Dibuka pintu syurga untuk menerima semua amalan soleh yang dilakukan
- Ditutup pintu neraka kerana sedikitnya maksiat yang dilakukan pada bulan ini
- Dibelenggu semua syaitan sehingga akhir Ramadhan
Puasa Ramadhan juga mendidik diri untuk lebih ikhlas dan sabar.
Baca juga: Sekolah Siraj JAWI:Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI .
Rukun Puasa Ramadhan
Terdapat 3 rukun puasa Ramadhan iaitu:
1 – Orang yang berpuasa
- Orang yang berpuasa itu hendaklah muslim, baligh, berakal, dan bersih dari haid dan nifas
- Puasa tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi hendaklah dididik sejak kecil
- Puasa tidak wajib kepada orang yang terlalu tua / sakit yang apabila puasa boleh memudharatkan mereka. Namun wajib diganti dengan secupak makan bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.
Baca Juga:Biasiswa PIDM :Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
2 – Niat
Puasa Ramadhan tidak sah tanpa niat
Niat Puasa Ramadhan mestilah di dalam hati dan wajib menentukan jenis puasa contohnya puasa di bulan Ramadhan ketika berniat
Niat mestilah dilakukan pada waktu malam iaitu selepas waktu Maghrib dan sebelum masuk waktu subuh.
Kita boleh taklik kepada mazhab yeng membolehkan niat puasa sebulan bagi memudahkan kita jika terlupa niat pada malam hari niat sebulan itu memadai untuk kita berpuasa Ramadhan.
Baca Juga: Wang Tidak Dituntut eGumis:Cara Semak WTD (https://egumis.anm.gov.my/)
3 – Meninggalkan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa
Perkara yang menyebabkan batal puasa adalah seperti berikut:
- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja termasuk makan dan minum
- Muntah dengan sengaja
- Keluar darah haid / nifas walaupun di hujung waktu puasa dikira membatalkan puasa
- Keluar air mani dengan sengaja
- Jimak (bersetubuh)
- Murtad
- Gila / pengsan sepanjang hari
Amalan Sunat Bulan Ramadhan
Berikut antara amalan sunat di bulan Ramadhan yang anda boleh amalkan sepanjang Puasa Ramadhan ini. Antaranya:
Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150
Bersahur
Bersahur dan mengakhirnya sahur antara amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.” (HR. Bukhari)
Waktu bersahur bermula dari pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan agar kita mengakhirkan waktu sahur sepertimana dalam hadis:
Seseorang itu dikira telah bersahur walaupun hanya minum seteguk air.
Baca Juga: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online
Mempercepatkan waktu berbuka
Antara amalan sunat lain di bulan Ramadhan ialah mempercepatkan waktu berbuka sebaik terbenam matahari.
Seperti makna Sabda Rasulullah SAW:
“Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa.” (HR. Bukhari & Muslim)
Dan disunatkan juga berbuka dengan tamar / kurma. Jika tiada bolehlah berbuka dengan air.
*Nota: Sebolehnya berbukalah dengan tamar atau kurma jangan diberi alasan tidak suka atau tidak sedap kerana berbuka dengan tamar adalah Sunnah Nabi SAW. Akhirat nanti kita mengharap shfaat Nabi SAW moga asbab kita mengamalkan Sunnah Baginda kita mendapat shafaat Baginda. Amin.
Baca Juga: MyFutureJobs:Cara Daftar Baru & Login Portal Mencari Pekerjaan (MyFutureJobs.gov.my)
Membaca Al-Quran
Membaca Al-Quran adalah perkara sunat yang paling dituntut di bulan Ramadhan. Membaca Al-Quran dituntut ketika puasa Ramadhan kerana bulan Ramadhan adalah bulan turunnya Al-Quran dan juga dikenali sebagai bulan Al-Quran.
Baca Juga: Soalan & Jawapan Medsi :Contoh soalan & Jawapan MEdSI Terkini
Solat Sunat Tarawikh
Solat Sunat Tarawikh kalau boleh jangan ditinggalkan kerana ianya hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadhan. Berbeza solat sunat lain yang boleh dilakukan pada bulan lain termasuk solat sunat Witir. Solat sunat boleh dilakukan dalam keadaan duduk mahupun baring usahalah sebaik mungkin untuk tidak meninggalkan Tarawikh.
Baca Juga: Biasiswa MyBrain SC :Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama
Berwudhuk
Sentiasalah berwudhuk dibulan Ramadhan dan menjaga perkara-perkara yang membatalkan wudhuk.
Baca Juga:Bantuan Tambahan RM500 PEMERKASA:Semakan Kelayakan Untuk B40 & Penerima BPR
Memperbanyakkan doa & iktikaf
Doa orang yang berpuasa adalah mustajab. Kerana orang berpuasa kerana Allah, mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa di sisi Allah SWT.
Dan disunatkan beriktikaf terutama di 10 malam terakhir puasa Ramadhan.
Bersedekah / memberi makan orang berbuka
Sediakan atau berilah orang berpuasa berbuka puasa kerana pahala yang sangat besar seperti hadis dibawah:
“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (HR Nasa’i dan Tirmidzi)
Baca Juga: Bantuan Kanak-kanak (BKK) Cara mohon BKK
Menghidupkan 2/3 malam
Bulan Ramadan merupakan bulan yang di dalamnya terdapat malam Lailatur Qadar.
Pada malam tersebut, segala amalan kita dilipat gandakan lebih baik dari 1,000 bulan.
Daripada ‘Aisyah RA, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya. (Sahih al-Bukhari).
Terdapat banyak lagi amalan-amalan lain yang disunatkan dilakukan di bulan Ramdhan. Perbanyakkan amalan sunat di bulan Ramadhan kerana bulan ini Allah lipat gandakan pahala lebih dari bulan-bulan yang lain.
Guru-guru Baca Juga:Login PAJSK KPM:Cara Masukkan Markah, ID, Semakan & Cara Log Masuk (pajsk.moe.gov.my)
Kelebihan Malam Lailatul Qadar
Antara kelebihan malam Lailatul Qadar adalah seperti berikut:
Perkara Harus Ketika Berpuasa
Berikut antara perkara yang harus dilakukan ketika Puasa Ramadhan, antaranya:
- Menjirus kepala
- Menitikkan sesuatu ke dalam mata
- Makan, minum, dan berjimat di malam hari
- Harus juga orang berpuasa termasuk wanita yang datang haid / nifas mengakhirkan mandi wajib
- Merasai makanan tanpa menelannya
Baca Juga: Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP 2021:Latihan Kemahiran Percuma & Elaun Untuk B40
Perkara Makruh Ketika Puasa Ramadhan
- Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan ketika mengambil wuduk
- Menyambung puasa seperti tidak berbuka selama dua hari berturut-turut
- Makruh berus gigi selepas gelincir matahari
Bagi pelajar yang layak anda juga boleh memohon Biasiswa Yang Dipertuan Agong.
Maklumat Lanjut Tentang Puasa Ramadhan
Untuk info lanjut tentang Puasa Ramadhan anda boleh download ebook panduan amalan di bulan Ramadhan yang diterbitkan Jakim di sini.
Puasa Ramadhan kali ini buatlah sebaik mungkin kerana kita belum tentu dapat bertemu Ramadhan yang akan datang. Perbanyakkan amalan sunat di bulan Ramadhan kali ini disamping tidak meninggalkan amalan yang wajib.
Baca Juga:Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu :Semak kelayakan & Cara Memohon
Ajarlah anak-anak kita berpuasa bermula umur 7 tahun sama dengan ibadah Sembahyang. Jika tidak boleh Puasa Ramadhan penuh separuh hari supaya mereka melazimi ibadah puasa itu.
Sambutlah ketibaan Puasa Ramdhan dengan rasa gembira supaya kita seronok melakukan ibadah Puasa nanti.
Semoga puasa Ramadhan kali ini adalah yang terbaik pernah dilakukan dalam hidup kita.
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja :Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang puasa Ramadhan ini memudahkan anda melakukan Ibadah di bulan yang Mulia insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com