Temujanji Online Tabung Haji:Muat Turun Borang Transaksi TH Online & Cara Buat Temujanji
Bagi membantu membendung penularan wabak dengan lebih berkesan, semua operasi dan perkhidmatan kaunter Tabung Haji adalah melalui sistem temujanji online Tabung Haji sahaja dalam fasa PKP 3.0 ini, iaitu mulai 25 Mei 2021.
Waktu janji temu adalah mulai jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang (waktu operasi kaunter terhad) di cawangan-cawangan yang terpilih temujanji online Tabung Haji.
Di sini kami kongsikan cara membuat temujanji Tabung Haji online di Pejabat Cawangan Tabung Haji dan cara mengisi borang transaksi bagi mempercepatkan urusan di kaunter nanti.
Baca Juga:Print MySejahtera QR Code:Tampal Di Pintu Kedai / Premis
Baca Juga: Connect Remote Astro Dengan TV:Cara Guna 1 Remote Sahaja
Pemohon Biasiswa 2024 Semak Di SINI:
- · Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank:Cara & Syarat Permohonan
- · Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu :Semak kelayakan & Cara Memohon
- · Biasiswa PIDM:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
- · Biasiswa MyBrain SC :Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama
- · Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA
- · PIDN JPA : Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)
- · Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang
- · Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Online 2024
- · Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
Perkhidmatan Yang Ditawarkan Untuk Urusan Temujanji Tabung Haji
Antara perkhidmatan yang ditawarkan untuk urusan temujanji Tabung Haji online adalah seperti berikut:
- Pindahan Telegrafik
- Pembatalan Haji
- Pindahan Simpanan
- Kemaskini Profil Peribadi
- Pusaka Hibah/Amanah
- Simpanan
- Pengeluaran
- Virtual Account Opening (VAO)
Semasa hadir untuk urusan janji temu, sila pastikan tuan/puan sentiasa memakai pelitup muka dan hidung (face mask) serta mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter ketika berada di ruangan kaunter.
Tuan/puan perlu mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod Quick Response (QR) menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis. Temujanji online Tabung Haji
Baca Juga:Semak Status CTOS Online:Cara Daftar & Login Laporan Kredit
Baca Juga: Semak Check kelajuan Internet Rumah Sekolah Pejabat:Cara Buat Speedtest Guna Web & Apps
Cara Membuat Temujanji Tabung Haji (TH) Online
Cara membuat temujanji Tabung Haji secara online adalah seperti berikut:
- Rujuk senarai cawangan Tabung Haji yang beroperasi di https://www.tabunghaji.gov.my/ms/operasi-pejabat-cawangan-th
- Layari pautan https://www.tabunghaji.gov.my/ms/form/borang-temujanji
- Sila isikan borang temu janji dengan lengkap.
- Pilih tarikh dan waktu mengikut masa beroperasi.
- Tekan butang Hantar.
- Sila semak waktu temujanji yang telah ditetapkan dan hadir mengikut masa yang telah berjaya didaftarkan.
Baca Juga:Touch n Go eWallet:Pendaftaran & Penebusan Kredit eBelia RM 150
Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.
Borang Transaksi TH Online
Berikutan kes penularan Covid-19 yang semakin meningkat, pendeposit digalakkan merancang sekiranya perlu berurusan di TH temujanji online Tabung Haji.
Muat turun borang transaksi Tabung Haji di rumah dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengisi borang di kaunter. Urusan menjadi lebih mudah, cepat dan selamat.
Muat Turun Borang :
i) Borang Simpanan. Maklumat lanjut
- JP001_Slip Simpanan Wang
- JP002_Slip Pengeluaran Wang
- JP003_Borang Maklumat Ahli
- JP004_Borang Permohonan Pindahan Simpanan
- JP005_Borang Permohonan Pengeluaran Pusaka
- JP006_Borang Akaun Waris Pengeluaran Pusaka
- JP008_Borang Pertukaran Hak Penjagaan
- JP010_Borang Caruman Bulanan Majikan
- JP011_Borang Permohonan Penutupan Akaun
- JP012_Borang Permohonan Salinan Penyata Akaun Simpanan
- JP028_Borang Kebenaran Wakil Permohonan Penyata Mini
- JP036_Borang Permohonan Pengesahan Baki
- Borang Penamaan
ii) Contoh borang Hibah Amanah TH. Maklumat Lanjut
- Borang Permohonan Hibah (JP031)
- Borang Kemaskini Hibah (JP032)
- Borang Pindaan Hibah (JP033)
- Borang Pembatalan Hibah (JP034)
- Borang Tuntutan Hibah (JP035)
iii) Borang Kelab TaHa & TaHa@U. Maklumat Lanjut
iv) Urusan Haji
Rayuan Haji. Maklumat Lanjut
Permohonan Kad Tauliah Mengajar atau melanjutkan tempoh Kad Tauliah. Maklumat Lanjut
Untuk melihat senarai penuh borang transaksi dari laman web Tabung Haji, sila klik disini.
Baca Juga:i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kelayakan Bantuan Suri Rumah
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Kenyataan Media Temujanji Tabung Haji Online
Pengarah Eksekutif Operasi TH Mustakim Mohamad berkata, temu janji itu dibuat selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di 123 cawangan mulai Selasa ini.
Katanya, pendeposit boleh membuat janji temu dengan melayari laman web TH di www.tabunghaji.gov.my dan klik di menu pilihan urusan janji temu yang akan dimuat naik bermula esok.
“Pendeposit yang hadir perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di ruangan pejabat.
“Jumlah pendeposit dalam ruangan pejabat juga akan dihadkan bagi memastikan SOP terpelihara.
“Pendeposit perlu mendaftar masuk dengan mengimbas kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis TH,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, pendeposit boleh membuat janji temu untuk berurusan di kaunter bermula jam 9.30 pagi hingga 1 tengah hari pada setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Menurutnya, TH menggalakkan pendeposit menggunakan kemudahan dan perkhidmatanyang disediakan melalui THiJARI dan boleh memilih saluran perkhidmatan elektronik dan dalam talian bank Rakan Strategik TH dan Ejen Kutipan TH di seluruh negara terutama sepanjang tempoh PKP 3.0.
“Bagi pendeposit yang ingin mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat awal berkaitan Hibah Amanah dan urusan pusaka, TH juga menyediakan kemudahan panggilan semula yang turut boleh diakses melalui laman web TH,” katanya.
Baca Juga: Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja :Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjutdan pertanyaan tentang temujanji Tabung Haji Online atau perkara lain berkaitan, sila hubungi saluran berikut:
Telefon : +603-6207 1919(THCC)
E-mel : th-info@lth.gov.my
Laman web : https://www.tabunghaji.gov.my/
Terima kasih. Semoga perkongsian cara buat temujanji Tabung Haji Online ini memudahkan anda untuk berurusan dengan pihak Tabung Haji. insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com