Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu :Semak kelayakan & Cara Memohon
Biasiswa pinjaman yayasan Terengganu dibuka untuk permohonan bagi mereka yang layak.
Biasiswa pinjaman yayasan Terengganu khas untuk anak-anak negeri Terengganu yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Biasiswa pinjaman yayasan Terengganu bertujuan merigankan beban pelajar dan IbuBapa pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPT.
Anak-anak Negeri Terengganu yang sedang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT), anda kini boleh memohon Biasiswa atau Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu bagi tahun .
Baca Juga: Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP :Latihan Kemahiran Percuma & Elaun Untuk B40
Carian Tertinggi Di Google Tahun 2024.
- Cara Memohon STR 2024
- Login PTPTN: Semakan Penyata Baki Pinjaman & Permohonan Baru
- Cara Semakan Permohonan STR 2024
- Contoh Kertas Kerja
- Surat Permohonan Kerja Kosong. Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- RAYUAN STR: Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula
- Contoh Surat Rasmi
- Biasiswa Sekolah Menengah
- Biasiswa Kecil Persekutuan 2024: Cara Permohonan BKP Online
Apa Itu Yayasan Terengganu?
Untuk makluman, Yayasan Terengganu telah ditubuhkan pada 1 Mei 1972 sebagai yayasan yang berperanan dalam usaha untuk meningkat, memaju dan memperkembangkan peluang-peluang dan kemajuan-kemajuan pelajar rakyat negeri di Negeri Terengganu.
Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150
Untuk Biasiswa Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu, Yayasan Terengganu telah membuka 2 biasiswa dan 1 pinjaman pelajaran iaitu:
- Biasiswa Yayasan Terengganu Peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD)
- Biasiswa Program Profesional ACCA
- Pinjaman Pelajaran Peringkat Ijazah Pertama Dalam Bidang Al-Qur’an Wal Qiraat
Permohonan untuk Biasiswa Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu ini telah dibuka mulai 4 April dan akan ditutup pada 18 April secara atas talian.
Bagi pelajar yang layak anda juga boleh memohon Biasiswa Yang Dipertuan Agong.
Baca Juga:Sekolah Siraj JAWI:Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI.
Bidang & Institusi Pengajian Biasiswa Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu
Biasiswa Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu 2021 ini ditawarkan untuk pelajar dalam bidang dan sedang menyambung pengajian di institusi pengajian berikut:
Biasiswa/Pinjaman Pelajaran | Bidang | Institusi Pengajian |
Biasiswa Yayasan Terengganu Peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) | Pelbagai | IPTA Dalam Negara |
Biasiswa Program Profesional ACCA | ACCA | UiTM/Kolej INTEC, Shah Alam |
Pinjaman Pelajaran Peringkat Ijazah Pertama Dalam Bidang Al-Qur’an Wal Qiraat | Al-Qur’an Wal Qiraat | World Islamic Sciences & Education (WISE) University,Amman, Jordan. |
Baca Juga:Bantuan Am Pelajaran MAIWP – Cara Memohon
Maklumat Lanjut Tawaran Mengikut Program Pengajian
Yayasan Terengganu mempelawa para pelajar rakyat negeri Terengganu Darul Iman yang memenuhi syarat-syarat KERAKYATAN dan KELAYAKAN AKADEMIK yang ditetapkan untuk memohon Biasiswa/Pinjaman Pelajaran Tahun 2021 dibawah program yang ditawarkan.
Maklumat lanjut tawaran biasiswa/pinjaman Yayasan Terengganu mengikut program pengajian adalah seperti berikut. Sila klik nama program yang sesuai dengan permohonan:
1. Biasiswa Peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) Tahun
2. Biasiswa Program Perakaunan Profesional ACCA Tahun
3. Pinjaman Pelajaran Peringkat Ijazah Pertama Dalam Bidang Al-Qur’an Wal Qiraat Tahun
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Syarat UmumBiasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu
Syarat umum yang ditetapkan bagi Biasiswa Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu 2021 ini adalah seperti berikut:
i) Biasiswa Yayasan Terengganu Peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) Tahun 2021 & Biasiswa Program Profesional ACCA
- Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
- Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
- Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah atau B40.
Baca Juga:Biasiswa PIDM :Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
ii) Pinjaman Pelajaran Peringkat Ijazah Pertama Dalam Bidang Al-Qur’an Wal Qiraat
- Pemohon mestilah terdiri daripada anak-anak Negeri Terengganu Darul Iman berdasarkan kepada salah seorang ibu atau bapa pelajar berkenaan lahir di Negeri Terengganu Darul Iman.
- Ibu/bapa yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi telah menetap selama tidak kurang dari 10 tahun juga boleh memohon dengan menyertakan surat akuan bermastautin dan bukti-bukti lain yang meyakinkan.
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.
- Pemohon/ibu/bapa/penjaga mengundi di Terengganu.
- Mod pengajian adalah pengajian sepenuh masa dan tidak bekerja.
- Keutamaan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40).
Baca Juga: Biasiswa MyBrain SC :Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama
Syarat Khusus Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu
Selain syarat umum, pemohon Biasiswa Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:
i) Biasiswa Yayasan Terengganu Peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD)
a) Program sarjana
- Lulus Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 atau setaraf.
- Pemohon telah mendapat tawaran dan telah mendaftar di universiti-universiti awam dalam negara.
- Pengajian sepenuh masa dan tidak bekerja.
- Pemohon berumur tidak melebihi 28 tahun semasa memohon.
- Bagi pemohon yang dari mod penyelidikan, pertimbangan hanya akan diberikan kepada calon yang telah melepasi peringkat Proposal Defence.
Baca Juga:Bantuan Tambahan RM500 PEMERKASA:Semakan Kelayakan Untuk B40 & Penerima BPR
b) Program PhD
- Lulus Ijazah Sarjana (Mod Penyelidikan) atau CGPA 3.50 (Mod kerja kursus atau campuran) dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara).
- Lulus Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00 (bidang Iktisas) dan 3.50 (bukan iktisas) atau setaraf.
- Pemohon telah mendapat tawaran dan telah mendaftar di universiti-universiti awam dalam negara.
- Pengajian sepenuh masa dan tidak bekerja.
- Pemohon berumur tidak melebihi 32 tahun semasa memohon.
- Pertimbangan hanya akan diberikan kepada calon yang telah melepasi peringkat Proposal Defence.
Baca Juga: Bantuan Kanak-kanak (BKK) Cara mohon BKK
ii) Biasiswa Program Profesional ACCA
a) Lepasan Ijazah
- Lulus Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau yang setaraf dari IPT yang diiktiraf dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00.
- Berumur tidak lebih dari 28 tahun (sepenuh masa) dan 32 tahun (separuh masa).
- Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 9 kertas dari pihak ACCA.
b) Lepasan Certified Accounting Tehnician (CAT)/Matrikulasi JPPro
- Pemohon mendapat sekurang-kurangnya markah 65 pada peringkat CAT/JPPro.
- Pemohon berumur tidak lebih daripada 21 tahun.
- Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA.
c) Lepasan Diploma Perakaunan
- Pemohon mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 Diploma Perakaunan dari IPT yang diiktiraf, kepujian Gred A dalam subjek Matematik dan sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
- Pemohon berumur tidak lebih daripada 22 tahun.
- Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA.
Baca Juga:Perkara Yang Membatalkan Puasa: Wajib Baca Perkara Yang Membatalkan Puasa
iii) Pinjaman Pelajaran Peringkat Ijazah Pertama Dalam Bidang Al-Qur’an Wal Qiraat
- Pemohon telah khatam hafazan Al-Qur’an 30 Juzuk.
- Pemohon telah mendapat tawaran dan mendaftar di WISE University.
- Pemohon memiliki Surat Tawaran/Sijil Sokongan Luar Negara (No Objection Certificate) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Baca Juga: Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah :Cara Mohon, Kadar Bantuan & Semakan Status Kelayakan
Syarat Akademik
Syarat akademik Biasiswa Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu hanya dikenakan kepada Pinjaman Pelajaran Peringkat Ijazah Pertama Dalam Bidang Al-Qur’an Wal Qiraat sahaja iaitu:
- Lulus SPM dengan mendapat Gred A (A+ A dan –A) sekurang-kurangnya dalam 5 mata pelajaran sebagaimana berikut:
– Bahasa Melayu
– Bahasa Arab atau Turath Bahasa Arab
– Pendidikan Al Quran & Sunnah atau Turath Al-Quran Al-Sunnah atau Hift Quran/Maharat Al- Quran ,Pendidikan Islam atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Turath Dirasat Islamiah.
– Mana-mana satu mata pelajaran lain; atau
- Lulus Peperiksaan STAM atau setaraf dengan memperolehi Peringkat Jayyid Jiddan / PNGK 3.00 dan ke atas; atau
- Lulus Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat/ Diploma Tahfiz Al-Quran & Bahasa Arab dengan memperolehi CGPA 3.00 dan ke atas.
Baca Juga: Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang
Cara Memohon Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu
Untuk membuat permohonan Biasiswa Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu tersebut, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web http://ytpenajaan.terengganu.gov.my/.
- Klik bahagian ‘Daftar Akaun.’
- Isi maklumat diri dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk semula dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Pilih biasiswa atau pinjaman pelajar yang diberikan.
- Isi maklumat diri dengan lengkap dan betul.
- Hantar permohonan.
Baca Juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Mudah Cepat Siap
Kaedah Pembayaran Pinjaman Yayasan Terengganu
Kaedah pembayaran pinjaman Yayasan Terengganu adalah seperti berikut:
Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja :Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Yayasan Terengganu di talian 09-6221733 atau email ke info@yt.gov.my.
atau layari: https://www.yt.gov.my/index.php/en/
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com