Bantuan IPT Yayasan JCorp:Cara Mohon & Syarat Permohonan

Bantuan IPT Yayasan JCorp:Cara Mohon & Syarat Permohonan

Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini boleh memohon untuk bantuan pelajar terbaharu daripada Yayasan Johor Corporation (JCorp) iaitu Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp.

Untuk makluman, JCorp telah menubuhkan Yayasan JCorpp ada 9 Jun 1997 sebagai syarikat berhad dengan jaminan di bawah Akta Syarikat 1965.

Yayasan JCorp berperanan dalam melaksanakan aktiviti tanggungjawab korporat kepada orang ramai terutamanya dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan & keusahawanan di kalangan pelajar sekolah dan IPT seluruh Malaysia.

Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150

Salah satu program bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh Yayasan JCorp ialah Bantuan Pendidikan Pelajar IPT bagi bantuan persediaan kemasukan awal ke IPT dalam bentuk kewangan.

Baca Juga: Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan

cara mohon bantuan pelajar ipt yayasan jcorp

Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan

Apa Itu Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp

Bantuan Pendidikan bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan ibubapa/ penjaga melalui bayaran yuran persekolahan atau pengajian mereka. Segala permohonan yang diterima akan dibentangkan melalui Jawatan kuasa Perolehan & Penyaluran Dana Yayasan Johor Corporation.

Bagi anda yang belum memohon pinjaman PTPTN anda boleh menyemak tatacara permohonan pinjaman PTPTN terlebih dahulu bagi memudahkan anda. Klik PERMOHONAN BARU PINJAMAN PTPTN

Objektif Bantuan Pendidikan Yayasan JCorp

Mengurangkan bebanan kewangan ibubapa/penjaga terhadap tanggungan yuran sesi persekolahan dan pengajian.

Bantuan tersebut akan disalurkan terus kepada sekolah atau Institut Pengajian Tinggi.

cara mohon bantuan pelajar ipt yayasan jcorp

Baca Juga:Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.

Tahap Pengajian Permohonan Bantuan Pelajaran Yayasan JCorp

Tahap pengajian yang ditawarkan melalui Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp adalah seperti berikut:

  • Sijil
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • IjazahS arjana

Wajib Baca: Keistimewaan Ramadhan:Bulan Seribu Bulan

Syarat Permohonan Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp

Pemohon yang ingin memohon Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp perlu memenuhi syarat permohonan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Permohonan bantuan ini adalah kali pertama (sekali Sahaja).
  3. Pendapatan isirumah keluarga pemohon:
    • Purata pendapatan isirumah RM800 dan kebawah dengan mengambilkira tanggungan anak yang masih belajar di bawah 22 tahun, IbuBapa yang tidak bekerja dan anak OKU; atau
    • Pendapatan IbuBapa di bawah RM4,000 (B40).
  4. Menyambung pengajian di IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
  5. Tawaran pengajian adalah sepenuh masa sahaja.
  6. Setiap dokumen yang disertakan perlu disahkan oleh pihak yang diberikuasa.

Baca Juga:Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM

syarat bantuan pelajaran pelajar ipt yayasan jcorp

Baca Juga:Biasiswa MyBrain SC 2021:Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama

Cara Memohon Bantuan Pelajaran Yayasan JCorp Online

Untuk membuat permohonan bantuan pendidikan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web Yayasan JCorp di pautan http://www.yayasanjcorp.com.my/
  2. Di bahagian Permohonan Bantuan Pendidikan klik di perkataan ‘Pautan.’ seperti di bulatan merah pada gambar di bawah
  3. Anda akan di bawa ke pautan borang permohonan online
  4. Isi maklumat diri dan klik butang ‘Next.’
  5. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  6. Klik butang ‘Submit’ pada akhir paparan permohonan.
  7. Selesai

Baca Juga:Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA 2021

cara mohon bantuan pelajar ipt yayasan jcorp

Baca Juga:PIDN JPA 2021: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)

Dokumen Sokongan Permohonan Bantuan Pelajaran Yayasan JCorp

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik dalam permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan My Kad pemohon
  2. Salinan Slip Gaji/Penyata Pendapatan ibu&bapa/penjaga
  3. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT
  4. Salinan Keputusan Peperiksaan terkini IPT (jika ada)
  5. Resit pembayaran Yuran kepada IPT

Baca Juga:Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang 2021

SoalanLazim

1.Jika ibubapa saya mempunyai pendapatan sebanyak RM4,500, adakah saya layak memohon bantuan pendidikan ini?

Tidak. Syarat permohonan untuk Bantuan Pendidikan Pelajar IPT ialah pendapatan ibubapa mestilah di bawah RM4,000.

2.Saya menyambung pengajian saya di peringkat sijil, adakah saya layak memohon?

Layak. Pemohon yang menyambung pengajian di peringkat persijilan layak memohon untuk Bantuan Pendidikan Pelajaran Tinggi Yayasan Jcorp.

3.Adakah saya perlumembuat pengesahan dokumen sokongan yang perlu dihantar?

Ya. Pemohon perlu mendapat pengesahan dokumen sokongan oleh pihak yang diberikuasa.

Baca Juga:Biasiswa ISMP 2021:Semakan & Tarikh Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Pendidikan IPT Yayasan JCorp boleh menghubungi:

Yayasan Johor Corporation

Level 10, Menara KOMTAR, JBCC

80000 Johor Bahru, Johor

Tel:07-2192692

atau menghantar email ke

Emel: yayasanjohorcorporation@jcorp.com.my.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment