SPUR PUNB: Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 Sehingga RM100,000

SPUR PUNB: Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 Sehingga RM100,000

skim pembiayaan usahawan terkesan covid-19 spur punb 2021

SPUR PUNB, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memperkenalkan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 (SPUR) bagi membantu individu bumiputera yang kehilangan pekerjaan berikutan penularan pandemik Covid-19.

Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 atau SPUR merupakan sebuah inisiatif baharu daripada PUNB dalam usaha membantu individu Bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan akibat kehilangan pekerjaan ekoran penularan pandemik COVID-19.

Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150

Penerima inisiatif ini diberikan penangguhan pembayaran selama enam bulan secara automatik dari tarikh pengeluaran dana.

Selain itu, pembiayaan SPUR ini juga boleh digunakan untuk modal kerja dan pembelian peralatan serta mesin bagi operasi perniagaan masing-masing.

Berikut dikongsikan maklumat penuh tentang SPUR PUNB.

Baca Juga:Bantuan IPT Yayasan JCorp:Cara Mohon & Syarat Permohonan

Apakah SPUR PUNB?

Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR) merupakan sebuah inisiatif baharu PUNB yang menawarkan pembiayaan antara RM50,000 hingga RM100,000 khusus untuk membantu individu/entiti Bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan setelah kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

Permohonan pembiayaan SPUR PUNB Bantuan usahawan terjejas covid-19

Baca Juga: Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan

Objektif Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 SPUR PUNB

Objektif Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 SPUR PUNB yang diperkenalakan baru-baru ini adalah seperti berikut:

  • Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.
  • Menyediakan kemudahan dari aspek kewangan dan pembangunan keusahawanan.
  • Memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputera kekal berdaya saing dan berdaya tahan.
  • Mempergiat aktiviti perniagaan dan meningkatkan ekonomi.

Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan

Butiran Pembiayaan SPUR PUNB

Butiran Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 SPUR PUNB yang ditawarkan kepada usahawan yang ingin memohon adalah seperti berikut:

  • Jumlah Pembiayaan: RM50,000 – RM100,000
  • Tempoh Pembiayaan: Sehingga 5.5 tahun (termasuk 6 bulan moratorium)
  • Kadar Keuntungan: 3.5% setahun berdasarkan kadar baki bulanan
kadar bantuan pembiayaan skim spur punb

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.

Ciri Keistimewaan SPUR PUNB

Antara keistimewaan yang akan diperolehi jika anda memohon Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 SPUR PUNB ini ialah:

  1. Latihan dan Pembangunan Usahawan
  2. Kursus dan latihan disediakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat dan pengurusan am.
  3. Sewaan Hartanah PUNB
  4. Usahawan berpeluang untuk menjalankan perniagaan mereka (jika ada) dengan kadar sewaan yang kompetitif.
  5. Ibra’ Pembiayaan
  6. Ibra’ (rebat) sehingga 50% daripada jumlah pembiayaan akan diberikan kepada pembayar pembiayaan yang baik (tertakluk kepada terma & syarat)

Baca Juga:Biasiswa MyBrain SC 2021:Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama

Tarikh Permohonan

Permohonan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 ini di buka selama tempoh 1 bulan secara atas talian di portal rasmi PUNB mulai 7 Mei 2021.

Hanya permohonan atas talian sahaja dibuka tiada permohonan manual untuk permohonan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 ini.

Baca Juga:PIDN JPA 2021: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)

​Cara Permohonan SPUR PUNB

Cara permohonan skim SPUR PUNB ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pembiayaan di pautan www.punbbiz.com.my
  2. Setelah mendaftar, pemohon perlu memuat naik dokumen dan pautan video perniagaan yang diperlukan untuk proses penilaian. Sila pastikan pemohon menghantar dokumen yang lengkap mengikut kategori pilihan pembiayaan.
  3. Proses penilaian dan penyemakan dokumen permohonan akan di nilai oleh jawatankuasa penilaian PUNB.
  4. Pemohon yang berjaya akan dihubungi untuk membuat pembentangan Rancangan Perniagaan dan video perniagaan bagi sesi penilaian oleh juri penilai.
  5. PUNB akan menghubungi pemohon melalui panggilan telefon, emel atau SMS bagi memaklumkan status kelulusan permohonan untuk proses seterusnya tandatangan dan serahan surat tawaran pembiayaan.
  6. Setelah kesemua dokumen dan syarat pengeluaran dana dipenuhi dan mendapat kelulusan bagi pengeluaran dana, PUNB akan menyalurkan pembiayaan kepada usahawan yang layak bagi tujuan yang telah dipersetujui.

Baca Juga:Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang 2021

Dokumen Yang Diperlukan

Senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 SPUR PUNB ini adalah seperti berikut pecahan mengikut syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

Perniagaan yang telah beroperasi

Bagi perniagaan yang telah beroperasi anda perlu menyediakan perkara-perkara seperti berikut sebelum membuat permohonan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 SPUR PUNB:

  1. Surat/bukti pemberhentian kerja
  2. Rancangan Perniagaan (pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan)
  3. Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham)
  4. Gambar berukuran pasport (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham)
  5. Penyata akaun bank bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini (penyata akaun bank individu/akaun gaji ketika membuat permohonan)
  6. Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
  7. Penyata akaun transaksi perniagaan atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 3 bulan.
  8. Lesen perniagaan dari majlis/lesen khas/perjanjian sewa premis perniagaan dan lesen lain yang berkaitan.
  9. Pendaftaran syarikat:
  10. Pendaftaran Enterpris – Borang D (Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP)
  11. Sendirian Berhad – Borang 9,24,44,49,32A,M&A atau seksyen 17,78,46(3),58 (Sdn Bhd), 105, perlembagaan atau yang setara.

Baca Juga:Biasiswa ISMP 2021:Semakan & Tarikh Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Baru memulakan perniagaan dengan konsep/idea yang menarik.

Bagi perniagaan baru memulakan perniagaan dengan konsep / idea yang menarik anda perlu menyediakan perkara-perkara seperti berikut sebelum membuat permohonan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 SPUR PUNB:

  • Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham)
  • Surat / bukti pemberhentian kerja
  • Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
  • Penyata akaun individu / akaun gaji bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini

Baca Juga:Pro-P MARA 2021: Permohonan Program Pembangunan Profesional

Video syarikat dan perniagaan : (Sila muat naik pautan)

Untuk memohon Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 SPUR PUNB ini anda juga perlu memuat naik video spesifikasi video adalah seperti berikut:

  • Boleh disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  • Sumber pautan dari YouTube
  • Durasi maksimum video selama 3 minit
  • Pengenalan latar belakang perniagaan dan syarikat
  • Penerangan tentang produk atau perkhidmatan ditawarkan
  • Keistimewaan produk atau perkhidmatan
  • Video haruslah kreatif dan menarik

MARA juga menyediakan pinjaman boleh ubah melalui program Pinjaman Boleh Ubah Young Talent Development Programme

​Semakan Kelulusan SPUR PUNB

Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya dalam jangka masa 20 hari waktu bekerja selepas pembentangan racangan perniagaan dinilai oleh juri penilai.

Baca Juga:Duit eKasih: Semakan Tarikh Bayaran & Kemaskini Permohonan

Soalan Lazim SPUR PUNB

Antara soalan lazim yang dikemukakan berkaitan SPUR PUNB adalah seperti berikut:

1. Apakah Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR)?

Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR) merupakan sebuah inisiatif yang menawarkan pembiayaan antara RM50,000 hingga RM100,000 khusus untuk membantu individu/entiti Bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan setelah kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

2. Berapakah kadar keuntungan SPUR?

Kadar keuntungan yang dikenakan ialah 3.5% setahun berdasarkan pengiraan asas bulanan.

3.  Bagaimanakah cara pembayaran pembiayaan SPUR PUNB?

Pembayaran boleh dilakukan melalui perbankan dalam talian atau JomPAY.

4.  Berapa lamakah tempoh pembayaran balik pembiayaan SPUR?

Tempoh pembayaran balik pembiayaan SPUR adalah sehingga 66 bulan atau 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium

5.  Bolehkah SPUR yang diluluskan digunakan untuk membuat pembayaran pembiayaan sedia ada dengan mana-mana institusi kewangan lain?

Tidak boleh. Pembiayaan SPUR PUNB ini tidak boleh digunakan untuk membuat pembayaran pembiayaan bagi mana-mana kredit/ pinjaman/ pembiayaan sedia ada dengan institusi kewangan lain.

6.  Apakah syarat-syarat yang diperlukan bagi permohonan SPUR PUNB ini?

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

A. Usahawan

  • Individu Bumiputera yang telah hilang pekerjaan akibat penyusutan ekonomi ekoran penularan wabak COVID-19
  • Berumur antara 18 hingga 55 tahun ketika memohon

B. Perniagaan

  • Idea perniagaan serta perancangan yang berinovasi untuk memulakan perniagaan atau perniagaan yang telah beroperasi (pendaftaran selepas Mac 2020)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa sekiranya lulus pembiayaan
  • Dimiliki atau diterajui sekurang-kurangnya 70% oleh Bumiputera
  • Entiti milikan tunggal/perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)/Sendirian Berhad
  • Perniagaan dari rumah atau beroperasi dari premis perniagaan
  • Perniagaan dalam bidang peruncitan/pemborongan/pembuatan & kejuruteraan
  • Perniagaan patuh Syariah

Sambungan Soalan Lazim

7. Adakah saya perlu membayar sebarang yuran?

Ya. Anda perlu membayar yuran pentadbiran sebanyak RM300 dan 1 bulan deposit sekuriti jika permohonan diluluskan dan diterima oleh pemohon. Yuran dan deposit sekuriti ini akan ditolak daripada pembiayaan.

8. Bagaimanakah PUNB menyalurkan dana SPUR PUNB kepada pemohon yang berjaya?

Penyaluran dana adalah seperti berikut:

  • Pembiayaan akan disalurkan terus ke dalam akaun pembekal atau pihak berkaitan yang diluluskan bagi pembelian aset tunggal yang melebihi atau sama nilai dengan 10% daripada jumlah pembiayaan.
  • Lain-lain tujuan pembiayaan atau pembelian asset dibawah 10% daripada jumlah pembiayaan akan disalurkan terus ke dalam akaun syarikat.

9. Bolehkah pemilik perniagaan memohon moratorium lebih daripada 6 bulan?

Tidak. Tempoh moratorium secara automatik adalah selama 6 bulan sahaja.

10. Bolehkah saya memohon pembiayaan tambahan SPUR PUNB sekiranya memerlukan?

Tiada pembiayaan tambahan dibenarkan. Kelulusan hanya diberikan sekali sahaja kepada setiap individu.

11. Apakah cagaran yang diperlukan bagi SPUR?

Tiada sebarang cagaran diperlukan.

12. Adakah saya perlukan penjamin daripada pihak ketiga untuk memohon SPUR PUNB?

Tidak. Hanya pemohon/pengarah/pemegang saham syarikat yang akan menjadi penjamin bagi pembiayaan.

13. Bilakah keputusan dana SPUR akan dimaklumkan kepada pemohon yang lulus?

Keputusan dana SPUR PUNB akan dimaklumkan kepada pemohon yang lulus dalam jangkamasa 20 hari waktu bekerja iaitu selepas selesai sessi pembentangan perniagaan (pitching) dijalankan.

Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang SPUR PUNB, anda boleh layari laman rasmi PUNB, www.punb.com.my

atau hubungi talian: 1300 13 7862

 atau e-mel kepada: [email protected]

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 SPUR PUNB ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment