Bantuan BKSS 6.0: Senarai 15 Inisiatif & Bantuan Untuk Rakyat Sarawak
Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini mengumumkan 15 langkah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.4 bilion bagi meneruskan kelangsungan bantuan yang amat diperlukan rakyat akibat langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD dan PKPB.
Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah-langkah itu merangkumi sembilan langkah pembayaran tunai dan enam langkah pemberian diskaun bantuan BKSS.
Berikut dikongsikan 15 inisiatif bantuan BKSS 6.0 sepertimana yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak
Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Pemohon Biasiswa 2024 Semak Di SINI:
- · Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank:Cara & Syarat Permohonan
- · Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu :Semak kelayakan & Cara Memohon
- · Biasiswa PIDM:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
- · Biasiswa MyBrain SC :Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama
- · Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA
- · PIDN JPA : Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)
- · Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang
- · Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Online 2024
- · Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
Bantuan Tunai BKSS 6.0
- Ketua Isi Rumah (KIR) B40 akan menerima pembayaran tunai RM250 sebulan bantuan BKSS untuk tempoh enam bulan mulai 31 Julai hingga 31 Disember 2021
- Manakala individu bujang B40 yang berumur 21 tahun ke atas menerima pembayaran tunai RM500 bantuan BKSS secara sekali bayar (one-off).
Senarai penerima bantuan BKSS berdasarkan pada semua data penerima BKSS B40 sebelum ini termasuk senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) .
Pembayaran bantuan BKSS akan dimasukkan ke akaun bank masing-masing atau yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Baca Juga: DanaNITA MARA:Permohonan Skim Pembiayaan Perniagaan Wanita RM50,000
Bantuan BKSS 6.0 Untuk Barisan Hadapan
Bayaran Elaun Bulanan Khas selama 6 bulan:
- Elaun Bulanan Khas Anggota Kesihatan (Doktor perubatan,Jururawat,kakitangan perubatan di hospital,klinik & pusat kuarantin) sebanyak RM300 sebulan selama 6 bulan di seluruh Sarawak.
- Elaun Bulanan Khas Imigresen RM250
- Elaun Bulanan Khas PDRM & Bilik Gerakan Negeri RM200
- Elaun Bulanan Khas ATM yang menjaga sempadan dan membantu menjaga ketenteram awam RM200
- Elaun Bulanan Khas Anggota RELA RM200
- Elaun Bulanan Khas Anggota KASTAM RM200
- Elaun Bulanan Khas Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan RM200
- Elaun Bulanan Khas Anggota BOMBA & PENYELAMAT(kecemasan dan kerja sanitasi) RM200
- Elaun Bulanan Khas Anggota APM(yang membantu PDRM & ATM) RM200
Baca Juga: Temujanji Online Tabung Haji:Muat Turun Borang Transaksi TH Online & Cara Buat Temujanji
Bantuan BKSS Bayaran RM1500 Kepada Pengamal Media
Pembayaran tunai sebanyak RM1,500 bantuan BKSS secara sekali bayar kepada pengamal media barisan hadapan.
Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.
Geran Khas Bantuan BKSS 6.0 RM1500 Untuk Penjaja & Peniaga Kecil
Geran khas berjumlah RM1,500 bantuan BKSS akan diberikan kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan dibayar secara dua peringkat iaitu RM750 pada Julai dan RM750 Disember nanti melalui Sarawak Pay.
Baca Juga: Temujanji Online Tabung Haji:Muat Turun Borang Transaksi TH Online & Cara Buat Temujanji
Bantuan Kepada Pemilik & Pengendali Penambang
Bantuan BKSS tunai secara sekali bayar sebanyak RM500 kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar di negeri Sarawak.
Baca Juga:Print MySejahtera QR Code:Tampal Di Pintu Kedai / Premis
Bantuan Kewangan RM600 Untuk Pengendali Van, Teksi & Bas
Bantuan BKSS kewangan secara sekali bayar sebanyak RM600 kepada 960 pengendali van penumpang, 1,980 pemandu teksi dan 740 pengendali bas dan van sekolah berdaftar di negeri ini.
Baca Juga: Connect Remote Astro Dengan TV:Cara Guna 1 Remote Sahaja
Bantuan RM500 Untuk Pemandu Perkhidmatan e-Panggilan & Pengajar Sekolah Memandu
Bantuan BKSS kewangan sebanyak RM500 secara sekali bayar pula akan diberikan kepada pemandu perkhidmatan e-panggilan dan pengajar sekolah memandu yang pembayarannya dibuat melalui aplikasi Sarawak Pay.
Baca Juga:Semak Status CTOS Online:Cara Daftar & Login Laporan Kredit
Bantuan Kewangan Untuk Agensi Pelancongan & Operator Homestay
Kerajaan Sarawak akan memberi bantuan BKSS kewangan secara sekali bayar iaitu RM3,000 untuk 216 agensi pelancongan berlesen, RM600 untuk 568 Operator Homestay berlesen.
Baca Juga: Semak Check kelajuan Internet Rumah Sekolah Pejabat:Cara Buat Speedtest Guna Web & Apps
Bantuan Kewangan BKSS 6.0 Untuk Pemandu Pelancong & Pemandu Kenderaan Pelancong Berlesen
RM1,500 untuk Pemandu Pelancong dan 173 Pemandu Pelancong Taman Negara dan RM500 untuk 99 Pemandu Kenderaan Pelancong berlesen yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.63 juta.
Baca Juga:Touch n Go eWallet:Pendaftaran & Penebusan Kredit eBelia RM 150
Diskaun Bil Air BKSS 6.0
Bantuan BKSSDiskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Julai hingga Disember 2021. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 647,000 isi rumah di seluruh Sarawak
Baca Juga:i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kelayakan Bantuan Suri Rumah
Diskaun Bil Elektrik BKSS 6.0
Diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan untuk bulan Julai hingga Disember 2021.
Baca Juga: Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK
Pengecualian Sewa Untuk PKS
Kerajaan Sarawak akan meneruskan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC Negeri seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi tempoh 6 bulan lagi iaitu Julai hingga Disember 2021.
Baca Juga:Touch n Go eWallet:Pendaftaran & Penebusan Kredit eBelia RM 150
Diskaun 50% Sewa Skim Perumahan HDC
- Diskaun 50% sewa Skim Perumahan HDC akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021.
- Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 3,200 penyewa Skim Perumahan HDC di seluruh Sarawak.
Baca Juga:Permohonan Rayuan BPR Fasa 2
Diskaun Sewa Pasar & Gerai PBT
Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021.
Baca Juga:Laptop Tablet Percuma CERDIK:Semakan Kelayakan Inisiatif Cerdik Murid B40
Bantuan BKSS Diskaun 25% Cukai Pintu
Diskaun 25% untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2021.
Ketahui Juga:Duit eKasih: Semakan Tarikh Bayaran & Kemaskini Permohonan
Lain-lain Bantuan BKSS 6.0
Sepanjang tempoh pelaksanaan bantuan bantuan BKSS , terdapat 11 langkah dalam pakej BKSS 5.0 yang masih dalam pelaksanaan, akan turut memberi manfaat kepada rakyat Sarawak iaitu:
- Diskaun 30% Cukai Tanah;
- Penangguhan Pembayaran Premium Tanah;
- Pengecualian Bayaran Permit Dan Lesen Perniagaan;
- Pengecualian Pembayaran Lesen Hotel Dan Rumah Tumpangan;
- Program Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK) dan Usahawan Teknikal & Vokasional (USTEV);
- Skim Kredit Mikro Sarawak untuk Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS);
- Subsidi Faedah Bagi Targeted Relief And Recovery Facility (TRRF);
- (Pemansuhan Kadar Faedah 2% kepada 0% selama 3 tahun setengah di bawah Skim Kredit Mikro;
- Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS);
- Program Go Digital Sarawak; dan
- Latihan Pemasaran Digital.
Baca Juga:Permohonan YTP MARA :Pinjaman Boleh Ubah Young Talent Development Programme
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja :Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang bantuan BKSS 6.0 atau perkara lain berkaitan anda boleh hubungi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) atau anda boleh layari https://bkss.sarawak.gov.my/
atau
Tel: 082-555 999
anda juga boleh membuat rayuan BKSS 6.0 baca: CARA BUAT RAYUAN BKSS 6.0
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang bantuan BKSS 6.0 ini memudahkan anda untuk mendapat bantuan daripada kerajaan negeri Sarawak ini insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com